Setiap kali result peperiksaan besar keluar banyak cerita kejayaan dan habuan yang dicanangkan..
Ada sekolah bagi hadiah ipad kat student straight A's.. woww..rezeki kan..tapi kalau dimanfaatkan dengan baik alhamdulillah, kalau tidak naudzubillah...
Satu persoalan daripada saya..
Ada tak sesiapa diantara kita yang dulu-dulu biasanya dapat result biasa-biasa saja, A pun sebiji 2biji.. lepas tu bila dah result sebenar dapt straight A's atau berbanyak A, jauh dari expectation..dan juga sebaliknya..
Buat sesiapa yang pernah ada pengalaman macam ni semestinya hanya mereka sahaja tahu di mana tahap sebenar mereka dan apa sebenarnya kedudukan result mereka..
Berapa ramai antara kita pelajar2 yang memang layak untuk dapat keputusan yang kita dapat berdasar usaha kita, tanpa cheating dan lain-lain.. Tak kira di level mana exam kita tu..
Buat yang layak mendapat, tahniah.. Buat yang tak layak sebenarnya, syukur pada Tuhan dan minta keampunan jika ada kesilapan yang tak patut kita buat.
Jangan terbiasa dengan sifat membohong kerana hakikatnya kita membohong diri sendiri dan Tuhan tak pernah berjaya dibohongi. Dan kebanyakan sifat ini akan terus menerus di bawa ke dalam kehidupan (belajar di uni pun cheat & masa kerja pun cheat) mereka selagi tidak bertaubat dan menyesalinya..
Mungkin ramai tak faham apa yang saya nak sampaikan dan juga tersensitif buat mana-mana pihak..
siapa yang terbuat, terkena, terkesan tak perlu melenting sebab tak ada siapa pun tahu selain kamu dan Allah..minta ampun dan janji tak nak ulangi..jangan dibawa ke hujung kehidupan sikap begini tak ada yang untung selain merugikan.
Buat sesiapa yang jujur dengan usahanya tapi tidak berjaya seperti kejayaan di mata orang, berbanggalah dengan usaha kamu..Itu cukup tinggi di sisi Tuhan..Apa yang penting, siapa kita dan usaha kita di mata Tuhan..
Sistem pendidikan kita masih lagi seperti dulu, berjayanya kejayaan pada banyaknya A..
Buat adik2, sila bersedia untuk di kehidupan seterusnya.. Di universiti atau kolej banyak lagi perkara yang kalian boleh nilai baik buruknya..
Banyak A sekarang tak menjamin pun baik atau tak kalian, kalian yang tentukan sifat, sikap kalian terhadap keluarga, masyarakat dan agama kalian..
Pandanglah setiap apa yang berlaku melalui sisi pandang agama dan redha Tuhan. Matlamat utama kita adalah redha Tuhan. Sukar mengubah mentaliti ini, tapi semoga usaha yang kecil ada impaknya.
Semoga menjadi manusia bermanfaat....^^
P/s; Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMAKH) terlalu besar manfaatnya saya di situ
fiey ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment