IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Wednesday, April 8, 2009

Setiap Sesuatu itu ada maknanya..

3_190-191

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal 'Imraan 3: 190-191]


Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..Setiap sesuatu itu ada hikmah yang tersembunyi, didatangkan dalam bentuk ujian dan juga nikmat. Terpulang kepada yang menerimanya. Dalam situasi harian seperti berikut.

"Ish, tak sukanya aku demam macam ni, hidung berair-air, mata ni gatal-gatak je asyik, nak belaja pun susah..", kata si A.

Dalam situasi yang hampir sama, tapi sedikit berbeza,

"Emm, sakit-sakit macam ni buat aku lebih sedar bahawa aku manusia biasa, Allah nak bersihkan dosa-dosa kecil aku ni mungkin, kalau aku bersabar sikit, mesti berkat Allah bagi itu akan tolong aku walau aku tak belajar macam orang lain..", kata si B.

Perkara yang hampir sama keadaannya, tapi berbeza impaknya jika berbeza cara PENERIMAAN dan PEMIKIRANNYA juga berbeza..Cara terima dan fikir yang menentukan kesan seterusnya, sama ada kita akan terus mengomel dalam keadaan 'stress' dan menambahkan keserabutan yang ada, ataupun kita ambil masa untuk berfikir sejenak dan kembali kepada pergantungan kita padaNYA dalam setiap perkara, dengan berfikir sebijaknya, kita akan menerima dengan hati yang lebih terbuka, malah tersenyum barangkali, memikirkan bahawa setiap perkara yang Allah datangkan kepada kita ada maknanya, tanda kita masih dalam jagaanNYA, dalam kasih sayang dan rahmatNYA..

Allah menyediakan kita limpahan ayat-ayatNYA untuk kita, daripada sekecil-kecil naskhah al-Quran sehingga sebesar-besar alam semesta ini. Terpulang kepada kita untuk menilai, menggunakan akal fikiran kita sebaiknya.

Dibiar ia lusuh

Diasah ia kukuh.

2_76

“Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?” [al-Baqarah 2: 76]


Wallahua'lam

3 comments:

  1. erm. cam familiar je skit2. hik.

    erm. agak terasa jugakla bc post utk kali ni. cam debush2 kena. pasni aku akan rajin berfikir n x susahkan ko je asyik. hik. thx dear for the remembrance words. may Allah bless u always. like i always love to say,

    Allah mmg syg aku kan? ;p

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu..

    Allah memang sayang kita..
    DIA selalu bagi aku sesuatu yang aku rase aku tak layak pun untuk dapat sebenarnya..

    Thanks ALLAH..

    ReplyDelete
  3. apa yg ko x lyk dpt? kwn yg best cam aku? ala usahla begitu. malulah. wuwuw. wat biasa2 je k? aku insan yg lemah jgk. hahaha.

    sygku, setiap kali Allah bg dugaan, mmg Dia akan bg reward kan if kt berjaya buat mende yg betul? hik.

    ReplyDelete