#kembaraQuranfieyahmad
#studycirclebedahalkahfi
#notakahfi
~LETIH di perjalanan menuntut ilmu~
18. Surat Al Kahfi (Ayat 62):
Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: "Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini".
.
.
Alhamdulillah.
Pertama kali, Allah beri izin study circle kecil kami dilaksanakan di Jumaat mulia ini.
Study circle yang berkonsep knowledge sharing, mutual equal give & take, kami semua bersama-sama belajar dan mengambil manfaat sebaiknya insyaAllah.
Penyertaan dari kalangan mak-mak surirumah yang beranak kecil, yang mana sering kali sukar bertumpu lama di kelas formal. Di sini, kanak-kanak bermain dan sesi gigit menggigit juga berlaku.😂😂😁
Moga keberkatan berpanjangan untuk ibu-ibu dan anak-anak kelak.
Memilih untuk membedah Al kahfi di setiap Jumaat. Semoga ia jadi titik tolak pada pembedahan Al Quran seluruhnya di tahap mampu kami mak-mak ini.
Hari ini dua jam diisi dengan:
PENGENALAN SURAH AH KAHFI
KEISTIMEWAAN & KEUTAMAAN SURAH
ASBABUN NUZUL
8 SEGMEN DALAM SURAH
TAFSIR/TERJEMAHAN AYAT 1-3
alhamdulillah ala kulli hal.
La quwwata illa billah
Rabbana wataqabbal minna.
Moga thabat dengan sedikit usaha mencinta Al Quran ini.
Moga dapat menyediakan modul study circle bermanfaat buat kelompok ibu bapa lain juga.
Letih, memang letih.
Hidup biasa harian juga masih selesa walaupun letih.
Letih ini letih untuk hidup luarbiasa, di sini juga di sana.
Letih dalam menuntut ilmu itu janji.
Legasi Nabi Musa dapat dirasai.
Terima kasih Afifah Jaafar Nadia Roslan Noor Azurah Anuar Hidayatun Nafisah K. Norhazirah Mohd Nasir
Fiey Ahmad
Nasi kerabu untuk dijamu.
Saturday, July 29, 2017
Wednesday, July 26, 2017
Ingin kembali menulis blog
Bismillahirrahmanirrahim
Hati ingin sekali kembali menulis di sini.
Sebelum ini banyak menulis di fb, tapi simple short sweet tentang kehidupan seharian saja.
Setelah anak sudah tiga ini, tujuan perjalanan hidup bertukar hala lagi. Anak-anak yang semakin besar dirasakan perlu sentuhan yang lebih istimewa daripada kami ibu bapa.
Tiadalah pengisian terpenting terawal yang kami pilih untuk mereka selain pengisian hidup berTuhan dan beragama. Itu perkara pertama kami mahu cuba sedayanya isi dalam kehidupan awal mereka.
Baguskah kami
Alimkah kami
Mampukah kami
Wallahualam.
Kami harus redah hadapi cabaran dan terima ini sebagai PANGGILAN UNTUK KAMI KEMBALI pada trek jalan hidup bertuhan sebenarnnya.
Untuk mengajar mendidik memupuk, kami ibubapa yang terawalnya perlu belajar didik dan pupuk diri sendiri dengan pengisian yang baik serta benar lalu mengamalkannya secara optimum.
Kedengaran sukar ya.
InsyaAllah biiznillah, la quwwata illa billah.
Kami mohon doa, berusaha, jatuh bangun jatuh dan bangun lagi.
Doa lagi
Doa lagi.
Kami yakin Allah akan sentiasa ada dan bantu kami selagi kami benar ikhlas ingin kembali pada jalanNya sebenar-benar kembali.
Doakan kami ya.
fiey ahmad
Ini jalan tarbiyah kami.
26/7/2017

Subscribe to:
Posts (Atom)