#quranichomeschoolingmelaka
~Moga ia penuh Barakah~
الحمدلله على كل حال
Dalam penuh cabaran menjelang hari kejadian, ujian pecah rumah, demam menjengah ahli keluarga bersambung-sambung, ziarah mengejut mertua dari jauh.
Allah beri izin seminar Pn Siti Aminah Sulaiman berlangsung dengan lancar. Sehari suntuk di Ahad 13 Ogos lalu.
Dengan bilangan penyertaan yang kecil pn aminah sedikit pun tidak rendah motivasi, bersemangat berkongsi ilmu seperti biasanya dan sahabat peserta sedikit itu mengambil peluang yang baik ini bertanya berkongsi, hubungan komunikasi dua hala terjadi sangat baik.
Rata-rata yang datang anak masih kecil dalam julat 11bulan hingga ke 8 tahun.
Beruntunglah mereka diberi peluang berada di bawah jagaan ibu bapa yang pro aktif melakar masa depan dunia akhirat anak-anak.
Latar belakang ibu bapa yang datang beza-beza. Ada bekerja, ada suri rumah, ada resigned, ada guru. Begitu juga latar belakang pendidikan agama juga beza-beza.
Tapi, itu bukan jurang membezakan. Malah kita semua disatukan dengan harapan dan impian yang sama, Melahirkan anak-anak Pencinta Al Quran bukan saja hafal, tahu al Quran tapi cinta jaga pelihara malah menggambar & menterjemah AlQuran dalam kehidupan harian menuju akhirat.
Allah hitung pada setiap usaha,pada setiap penat susah payah usaha.
.
.
Ramai juga ibu bapa di luar ingin sertai, cuma masih dibatasi kekangan waktu dan tempat.
Didoakan semua dipermudahkan peluang.
Banyak kelas seminar atau perkongsian ibu ibu hebat, asatizah, kumpulan sokongan online offline yang boleh diikuti sikit demi sedikit, untuk sama-sama islah diri, anak-anak, keluarga serta membentuk komuniti yang lebih baik. InsyaAllah..
Doakan. Usahakan.
Moga Allah lorongkan kita pada jalan yang sesuai untuk kita, berjumpa dengan orang yang baik-baik insyaAllah..
Tekun mengutip ilmu |
Penuh semangat |
.
Antara contoh mind mapping Story telling |
Terima kasih pn aminah.
Terima kasih sahabat peserta.
Terima kasih suami tuan Syed Abdul Mun'em, kakak Asiah Ahmad & abg Abu Ayub tolong kita.
Minta maaf atas segala yang terkurang.
Makanan pun moga menepati selera.
Alhamdulillah moga berkat sebab cukup-cukup untuk semua 😊.
Packed Dinner yang diminta khas Pn Min |
Next: playgroup quranic homeschooling Melaka
Terima kasih semua |