Malam tadi membelek gambar-gambar saya di fb ini yang di tagged oleh orang lain..
Subhanallah... Masya Allah ..Walhamdulillahh...
Terlalu jauh rupanya kita dengan masa lalu...sedikit pun tak rapat...
Allahu...terasa sangat bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah untuk saya, untuk kami sebelum ini...betapa Allah sangat terlalu memberi pada saya dan mempermudah segala urusan untuk saya..
Allahu..dengan sedikit ujian daripadaMu tidak sedikitpun mengurangkan rasa syukur ini malah menggandakannya..kami diberi lihat olehMu sudut sisi lain hidup ini dan semakin jelas bagi kami tiada matlamat lain selain bertemu denganMu dengan jemputan kasih rahmatMu..
Ketika dulu ku punya segala mahu manusia; akal yang sihat, keluarga, sempurna fizikal, jalan hidup yang gembira...aku insan bahagia..
Dan tika ini aku kurang harta dan kedudukan dunia, kurang fizikal, jalan hidup yang belum pasti ke mana..aku juga insan bahagia..
Kerana aku yakin....Engkau ada..dan akan sentiasa ada...!!
Allah...tetapkan rasa ini di hati kami...dan kami mohon dijemput pulang ke sisiMu sebelum rasa ini menghilang pergi.....
Fiey ahmad