IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Sunday, February 28, 2010

SAYANG saja tak cukup~bingkisan Maulidur Rasul

~Kata-kata tidak mampu membawa makna KESELURUHAN CINTA, harus disusuli dengan TINDAKAN dan PENGORBANAN~





Maulidur Rasul

Tercatat sejarah agung dalam lembaran sejarah Islam di muka bumi pada tarikh 12 Rabi'ul Awal. Tarikh yang mencatatkan kelahiran insan teragung di tengah-tengah kejahilan melata. Tatkala dinihari, cahaya memancar dan memenuhi segenap ruang, terpadam api sembahan di biara Majusi yang tiada pernah padam beribu-ribu sebelum ini, runtuhlah 14 anjung di istana Kisra Parsi. Para penghuni langit bersyukur berzikir kegembiraan menyambut Rasul terakhir di lahirkan.

Di awal penghidupan Baginda s.a.w, kisah anak yatim yang mulia ini sangat mengharukan di mana di usia yang anak-anak kecil masih mendambakan kasih sayang dan belaian, Baginda kehilangan insan-insan tersayang di ketika umurnya masih kecill, malah tidak pernah punya peluang menatap wajah ayahandanya.Masih kita enggan bersyukur??



Dan pastinya, itu antara sisipan hikmah besar daripada Allah untuk diamati. Rentetan peristiwa itu menunjukkan bahawa mulianya Baginda s.a.w kerana menerima pentarbiyahan secara terus daripada Allah s.w.t, terpujinya Baginda s.a.w adalah kerana terjaganya Baginda di bawah jagaan dan lindungan Allah s.w.t.. Akhlak Baginda adalah Al-Quran..


Sirah Baginda

Sirah kehidupan dan perjuangan Rasulullah menukilkan keindahan dan kehebatan akhlak dan tingkahlaku insan mulia ini. Baik dalam kekeluargaan, persahabatan, dan lain-lain. Dakwah lisan Baginda seiring dengan dakwah bil hal (dakwah melalui tingkah laku). Rupa fizikal, akhlak, cara bertutur dan sebagainya mampu menyejukkan mata sesiapa yang memandang. Alangkah indahnya perasaan menatap wajah maksum itu..Rasa rindu ini menyusup ~

Kisah perjuangan menegakkan agama Allah memaparkan catatan luka dan air mata seorang yang tinggi kedudukannya di sisi kerajaan langit, hanya demi memastikan nilai Islam masih diwarisi di dada umat Islam hingga ke hari kebangkitan.Daripada dakwah pertama ke Thaif, penentangan orang-orang kafir di Mekah, hinggalah kepada beberapa siri peperangan di mana darah dan keringat insan terpuji ini menitis ke bumi.~ Allah, titipkan salam dan selawat ke atas Baginda...


Pemergianmu

Lirik serta lagu kumpulan In-Team, Pemergianmu amat menyentuh hati. Setiap kali didendangkan, setiap itu bulu roma tertegak, sayu, rindu. Perginya Muhammad s.a.w juga pada 12 Rabi'ul awal, setelah 23 tahun melaksanakan tanggungjawab melengkapkan agama Allah. Perginya beriringan air mata keluarga dan sahabat, di pangkuan Aishah r.a..Seluruh penghuni langit menangis kesayuan dan kerinduan, tidak sabar ingin bertemu kembali Rasulullah mulia.


Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Di saat ajalnya datang menjemput, Baginda masih menyatakan cintanya pada umatnya..

"Wahai Allah, andai mati itu amat menyakitkan, kirimkan padaku segala kesakitan umatku agar mereka tidak merasai sakitnya mati itu"

"Ummati, Ummati, Ummati.."~Kasih seorang Rasul buat umatnya


SAYANG saja tak cukup..

Ungkapan sayang pada Rasulullah melalui kata-kata sahaja tidak mencukupi, untuk menyatakan rasa cinta pada Rasulullah. Sebagaimana sayangnya Baginda pada umatnya, TINDAKAN dan PENGORBANAN Baginda menjadi bukti..Seluruh jiwanya, seluruh kehidupannya adalah untuk Islam dan umatnya.



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
[21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Dan Allah berfirman lagi


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
[56] Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Suburkan sentiasa di jiwa.. Kasih dan cinta pada Rasulullah, walaupun kita tidak mampu mencontohi seluruh kehidupan Baginda, semaikan keazaman dalam diri untuk mengikut ajaran Baginda dan meninggalkan apa yang ditegah Baginda sekurang-kurangnya, insyaALLAH, ingatan dan doa Baginda ada bersama-sama kita.

Mekarkan rindu dan kasih kita dengan menghayati sirah kehidupan dan perjuangan Baginda, agar hati kita sentiasa bersyukur bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad yang diangkat kedudukannya dan banyak keistimewaannya,kita akan lebih menghargai nikmat iman dan Islam kita ada pada hari ini, andai kita mengetahui..

Hidupkan kecintaan terhadap Baginda di hati masyarakat sekeliling kita, bermula daripada keluarga dan sahabat. Saling mengingatkan tentang Rasulullah, pengorbanan, kisah persahabatan Baginda pasti akan membuatkan hati-hati kita akan lebih erat bertaut.

Kata-kata Sayang sahaja tak cukup..basahkan lidah dengan Selawat, banyakkan ingatan pada Baginda, kongsikan segala yang kita tahu pasal Baginda, insyaALLAH itu pasti tak kan jadi sia-sia..

p/s: berazam di hati, untuk bed time stories anak-anak nanti, ceritera kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat menjadi pilihan untuk santapan hati anak-anak. Biar mereka tahu, sapa qudwah hasanah mereka, biar mereka cinta pada Rasulullah dan perjuangan Baginda melebihi sayangnya pada ibu bapa dan sekalian alam. Biar semangat mereka terbakar dengan semangat perjuangan Rasulullah dan para sahabat..Biar mereka syahid menegakkan Islam..~Ya Allah, berikan aku ingatan andai aku lupa..


fiey ahmad
Cintai Rasul...
harus bermula denganku untuk meneruskan pada yang lain..

2 comments:

  1. Rasulullah "bed time story"..ini lah yang aku dan zauj praktikkan...sangat terkesan.

    ReplyDelete
  2. BIla kita cerita 'bed time stoiry' kita akan rapat dengan anak-anak, anak-anak kenal Rasulullah dan kita pun akan lebih dekat dan kenal Rasulullah..
    ~Semoga Rasulullah sentiasa dalam ingatan..

    ReplyDelete