Kerinduan ini menggamit rasaUntuk pulang ke teratak tinggalan Ayah Mak
Teratak penuh rasaSuka duka, tawa air mataTeratak yang menyaksikan sebahagian besar cerita kamiInsan pelarian di bumi orang, membina kehidupanCinta, Kasih, Sayang bertitik segalanyaMarah, dendam, benci hanya mainan perasaanSungguh, Allah telah menitip yang terbaik buat kehidupan kitaBaik atau Buruk natijah kita selepas ini, adalah pilihan kita
Hati ini masih terus di situ,Walau dua wajah kasih tiada lagi tersenyum,Kerana masih terasa kehangatan cinta dan kasih mereka bertumpah di situ..
Harapan hati kecil ini, agar tidak dicemari keindahan itu hubungan darah ituDek marah dan khilaf kita sebagai manusia..
Kembalilah kita pada fitrahYang penuh kasih sayangSebelum kembali kita kepadaNYA selamanya..
Di situ segalanya bermula,Titik sebuah kehidupan duniaYang menjadi sisipan untuk kehidupan akhirat.
Harga syurga nilaiannya adalah pengorbanan dunia,Harga redha Allah nilaiannya adalah keseluruhan jiwa kita
RinduTak TerungkapInfinitiSungguh ingin aku kembali dengan kerinduan ini.
fiey ahmad
pulang ke Terengganu
nice one.. :)
ReplyDelete