Sepagi menghabiskan masa di UIA ni dengan menyiapkan tugasan yang diberi kawan dan juga MENGEMAS BILIK..hohohoho..Baru1/4 rasanya barang-barang saya yang menjadi khazanah sepanjang hampir 4tahun di sini..
Separuh barang-barang daripada dalam 'locker' saya telah siap dibungkus untuk diberi buat sesiapa yang boleh memanfaatkannya lagi..Seronoknya perasaan dapat memberi ini..Bak kata K.Lin Rumet
"awak ni beli beli barang pastu bagi kat orang gak.."
"Hurmm, doh tu nak simpan wat pe kalau dah tak le pakai, bagi orang lain pakai lagi baik.."jawab selamba saya.
Urmm, sebab itu saya rasa saya tak membazir bila membeli barang, sebab saya rasa bukan saya seorang saja yang mendapat manfaat daripada itu. Kalau saya seorang je yang mendapat manfaat, membazir juga sikit kan.
Dah nak GRAD!!
Sedar tak sedar, perjalanan sebagai 'student' UIA ini bakal saja berakhir dalam kira-kira 3bulan lagi.
Huhuhu...semestinya segala kenangan dan ingatan di sini akan sentiasa dirindui dan tersimpan rapi dalam diri..Huhu, bersedia ke tak ni nak grad ni? ermm, dah banyak kali fikir pasal ni, insyaALLAH..Semoga Allah membuka ruang dan jalan untuk kita semua.
Kurang pasti berapa jauh lagi perjalanan selepas ini, mungkinkah bertahun-tahun lagi, berbulan-bulan lagi, beberapa hari lagi atau saja hari ini hari terakhir..Yang pasti, saya amat-amat bersyukur pada ALLAH atas kurniaan hidup di sini..Perjalanan yang pasti mencatat sejarah dalam hidup saya.
Saya tidak pasti apa gambaran hidup saya selepas graduasi nanti. Yang pasti setiap babak kehidupan itu pasti ada keunikan dan cabarannya tersendiri.
Alam kerjaya..Masih lagi samar-samar..beberapa 'list of options' sudah disenarai pendek kan.. tapi apa-apa pun mesti disisipkan dengan 'jika dengan KEHENDAK TUHAN'..
Mendengar cerita sebahagian rakan-rakan dan seniors yang telah di alam kerjaya sedikit mengguris hati, yakinlah bahawa cabaran yang lebih menanti saya di depan. Akan saya ambil semua kisah itu sebagai langkah ingatan buat saya bahawa jangan sekali-sekali tinggalkan Allah dalam setiap langkah saya, jika tidak, pasti saya akan terjadi seperti yang di bawah ini di awal bulan pertama..huhuhu..
Apa-apapun yang Allah sediakan untuk kita, hadapi dengan dada yang terbuka ye, dengan Iman yang meyakini bahawa hanya DIA mengetahui setiap sesuatu.
Maknakan diri kita di setiap adanya kita,
Dunia ini hanyalah ladang Ibadah kita nuat mengejar akhirat..
Kita takkan sekali-sekali SENDIRIAN,
Allah pasti akan bersama kita kan..
Sungguh, syurga itu terlalu indah untuk dinilai dengan kepahitan yang kita rasa hari ini
fiey ahmad
Berilah aku ingatan dikala aku telupa
No comments:
Post a Comment