Thursday, August 13, 2009
Ramadhan..Bulan Penuh Rasa..
Ramadhan..
Bulan penuh barakah..
Bulan penuh Rahmat..
Bulan penuh Rasa..
Gembira
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Bagi orang yang berpuasa bagi mereka dua KEBAHAGIAAN, iaitu kebahagiaan ketika berbuka dan juga kebahagiaan ketika bertemu dengan TUHAN mereka" (Bukhari dan Muslim)
Rasa gembira di hati ini bercambah dengan suburnya di tika menghitung hari semakin hampirnya pada Ramadhan..
Rasa gembira di hati ini kerana adanya harapan bertemu Ramadhan kali ke 22 dalam hidup ini, kerana masih adanya harapan mengutip kasih sayang dan limpahan nikmat rahmat Tuhan di bulan Ramadhan ini.
Gembira dengan Ramadhan..
Dukacita
Bertitik jua dukacita di hati menjelang Ramadhan ini..
Rasa dukacita dengan diri sendiri yang masih bersiap sedia sepenuhnya untuk Ramadhan.Rasa dukacita dengan diri sendiri dengan amalan-amalan di Ramadhan lepas. Rasa dukacita masih mendiami hati..
Dukacita juga pada kelalaian diri yang mungkin mencalar kebaikan Ramadhan..ALLAH, aku pohon bimbingan MU..
Rindu
Meniti 8 hari yang berbaki sebelum tirai Syaaban dilabuhkan, sebelum sinar Ramadhan muncul tiba kembali..Merenung pada seminggu bersisa ini menzahirkan rasa kerinduan teramat sangat di hati..
Rindu pada masa lalu yang ditinggalkan..
Rindu pada memori lalu di belakang..
Rindu pada amalan yang pernah mendapat tempat di hati..
dan..
Rindu pada kedua-dua arwah tercinta...Mak Ayah..
Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan pertama dalam hidup ini tanpa keduanya..ALLAH, hanya Engkau Maha Tahu apa rasa dalam hati ini..2 Ramadhan ini genap 3 tahun arwah Mak meninggalkan bumi kudus ini, meninggalkan kami anak-anak yang masih mendamba kasih sayang ibu..
Pengalaman yang tak mungkin dapat dibayangkan namun harus jua ditempuhi.
"Ya ALLAH, kuatkan hati ini demi cinta padaMu dan kasih pada Mak Ayah.."
~Ramadhan, kehadiran yang ditunggu..Moga kali ini lebih baik daripada sebelumnya, moga kali ini diri ini lebih berpeluang memberi dan merasa..CINTA dan KASIH SAYANG~
::Kenangan berbuka semasa di matrik bersama rakan MSCC::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment