IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, August 18, 2009

Kasihku buat keluargaku...


Semalam 17hb Ogos 2009, syukur pada yang Pengasih atas nikmat kesempatan masa dan ruang untuk menghadirkan diri ke UKM Konvokesyen ke-37 i UKN, Bangi, Selangor. Kesyukuran terbit di hati kerana dapat meraikan kakanda tersayang, Nor (Noor Asiah Ahmad, 24)..

Seronok dapat jumpa adik-beradik yang dah lama tak jumpa..wuwuwuwu...love being home (with family)..
Memenuhi masa dengan mengisi perut dengan makanan yang dah lama diidamkan..
Meredah hujan di jalan TAR, cari barang-barang untuk Nor..
Bebas daripada berfikir banyak tentang perkara di KUANTAN (kadang-kadang rehat itu perlu untuk kerja seterusnya lebih berkesan)
Kenangan yang pasti sukar untuk ditemui kembali..

Esok paginya, awal-awal pagi lagi dah kena naik kereta ke Kolej Za'ba, UKM, sebabnya Kolej Ibrahim Yaakob tak ada air..wuwuwu..

Tepat 7.30 Ayie dan Hafiz dah tunggu kat bawajh blok nak menuju ke DECTAR( Dewan Canselori Tun Abdul Razak)..Dah ramai dah 'buah oren bergerak' bak kata k. Basyirah analogi untuk graduan-graduan Fakulti pendidikan yang berjubah oren hari tu..Meriah jugak suasana pagi tu di kawasan UKM ni.

Urrm, ada dua tiket jemputan ke sidang, menyaksikan upacara gilang-gemilang Konvokesyen UKM ke 37 sidang ke 5 unutk Fakulti Pendidikan..Hafiz (adik bongsu umur 12) diberi ruang oleh abang-abangnya untuk masuk dengan harapan dapat menyuntik semangat di dalam hati dia, namun, bukan rezeki dia kali ini, dia tak dibenarkan masuk kerana silap pakai seluar jeans hari tu..Tak pe la, len kali ye, HAfiz..

Part ni yang macam menyayat hati sikit..Tercari-cari saya kakak yang sorang ni di celah-celah 'buah oren' yang banyak yang hanya sebesar semut je bila dipandang dari atas dewan..Bila da jumpa tu, terlambai-lambai saya ni penuh semangat..
dan hati remuk kesedihan, bila dapat SMS dari Nor berbunyi..

"aku nanges je dari tadi sejak masuk dewan, kawan aku pegang aku je dari tadi, tak tertahan rasenya rindu kat Mak Ayah.."

Mengalir juga air mata ni.."Nor, aku pun rindu juga..Kuatkan hati ye.."

Sekali lagi air mata ni tumpah, dek menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajaran Diraja yang dikurniakan kepada 2 orang graduan UKM..Dulu, pernah hati ini menyimpan cita-cita untuk berada di tempat sebegitu, menerima anugerah sebegitu, bersaksikan Ayahanda tercinta di Majlis Konvokesyen nanti..Ayah pasti gembira yang teramat, Ayah pasti berbangga dengan usahanya menitik beratkan ilmu pada anak-anak...

~kenangan bersama arwah Ayah~

Tapi itu semua kenangan, masih jauh ingin berada di tempat sebegitu..Anak Mak Ayah ini masih banyak perkara yang perlu di perbaiki..Masih terlalu jauh..

Tapi anak Mak Ayah ni berjanji akan cuba untuk berusaha menjadi anak yang baik untuk Mak Ayah, agar doa ini akan terus jatuh ke riba kalian.

~Ku doakan kalian bahagia tenang di sisi Tuhan..Sungguh, aku rindu..~



p/s:Kini sudah berada di Kuantan..Kembali menilik kerja-kerja yang ditinggalkan..Tabahkan hati, fiey..

1 comment: