Saturday, July 18, 2009
Menjadi Muslim Terbaik-Aa Gym
Hadiah bermakna daripada seorang sahabat, Nadiah Shamsuddin.
Moga Allah sentiasa berkati kamu dan setiap langkah perjalanan kamu..
MENJADI MUSLIM TERBAIK...tinta nukilan Aa Gym
Bahagian Pertama
~ BERSYUKURLAH KITA SEBAGAI MUSLIM~
Betapa Agung ALLAH yang Maha Penyayang, menjadikan kita sebagai sebahagian daripada kasih sayangNYA. Kita dilahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa diminta.
Ini BUKTI kasih sayang ALLAH pada kita.
Apakah pernah kita terfikir, bagaimanakah kita sekarang pabila saat kita dilahirkan kita bukan seorang Islam?
Adakah kita akan ketemu nikmat agung Islam dalam hidup kita di sepanjang perjalanan hidup?
Lantaran itu, BERSYUKURLAH kita lahir sebagai Muslim. Dan sedarlah bahawa betapa berat perjuangan saudara-saudara kita yang bukan Islam bagi bertauhid dan beribadat kepada ALLAH.
Tiada sikap yang begitu baik yang dapat lakukan selain daripda bersyukur kepada Pemilik Segala Jiwa atas limpah inayahNYA dalam kehidupan ini.
Kita adalah makhluk yang diciptakan dengan memiliki berbagai-bagai kelebihan dan keutamaan berbanding makhluk Tuhan yang lain. Dalam hal ini, sebaik-baiknya kita selalu panjatkan kesyukuran dan pujian pada hadrat ALLAH Tuhan Agung.
Persoalannya, Bagaimanakah cara mensyukurinya?
Jawapan dari hati kecil saya, bertutur kata demi perkongsian bersama.
Pertama..
Basahkan bibir, gerakkan lidah, pasakkan hati, dengan zikr hamdalah tanda pujian pada Tuhan Agung dengan penuh rasa kehambaan. Zikir itu ingatan, maka ingatan haruslah pada setiap nafas yang ada, kerana nafas itu tanda kasih ALLAH masih bersisa untuk kita..
Masakan saya mampu mengucap kata puji itu untuk setiap hela nafas saya, saya cuma makhluk biasa, namun,saya pujuk hati saya, pada jiwa saya, selagi ingatan saya masih di jasad ini, ucap syukur saya pasti hanya pada ALLAH,untuk segala kurniaanNYA pada saya, baik suka atau luka, baik sedih atau gembira, kerana mana mungkin saya di sini hari ini, bernafas, hidup, menulis jika tanpa rahmat dan cintaNYA.Moga-moga jalan pertarbiyahan diri ini akan terus diselusuri dengan impian cinta Tuhan.
Kedua..
Untuk setiap hela nafas yang masih bersisa, untuk segala kelebihan dan keutamaan yang dihadiahkan Allah, untuk setiap detik perjalanan hidup yang berlalu, untuk ilmu yang dikurniakanNYA, akan saya cuba sedaya mungkin saya infakkan untuk saudara-saudara di muka bumi ini,seupaya mungkin berkongsi atas nama cinta sesama manusia bersandarkan cinta pada ALLAH.
DEMI MENCARI REDHA TUHAN
"ya ALLAH, jadikan kami Muslim yang kamu redhai, bimbinglah kami menuju jalan redhaMU.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment