Kebelakangan ini, bertalu-talu berita kematian yang mengejutkan, pemergian yang tak dijangka, yang yang diduga.
Bukan pergi kerana tua umurnya,
Bukan Pergi kerana uzurnya badan,
Namun pergi dijemput Ilahi di usia muda,
sihat tubuh badan..
Dijemput pergi untuk mengakhiri kehidupan di muka bumi ini..
Selesai urusan mereka di sini..
Setiap kali mendengar khabar pemergian sahabat saudara sesama manusia, suara kecil di benak hati bertanya,
"Urusan dia dah selesai, aku bagaimana?Apakah bentuk pengakhiran aku? ALLAH,"
~allahummma khtim lana bi husnil khatimah,wa la takhtim alaina bi ssu'il khatimah~
Hidup ini suatu medan perjuangan.
Medan berjuang mencari kemenangan hidup bersama redha ALLAH di bumi ini, bersama Rahmat ALlah di Akhirat sana..
Telah dijanjikan Allah, perjuangan menuju cinta Allah Maha Agung di dunia kekal abadi bukan perjuangan yang mudah. Medan juang ini memerlukan iman sebagai perisai, amal-amal baik sebagai senjata-senjata ampuh, hati yang tulus sebagai tunggangan di perjalanan,dan keredhaan Allah sebagai hadiah dan kelebihan seorang yang bersyahadahkan kalimah Allah.
Hujung akhir perjuangan ini adalah husnul khatimah..Pengakhiran yang baik diidam-idamkan setiap jiwa hamba sebagai 'golden ticket' untuk permulaaan yang baik bertemu Allah.
Iman
"Iman yang turun naik ini, bagaimana hendak aku jadikan perisai agung di padang tempur ini?"
~Ya Allah, teguhkanlah iman di jiwa hamba Mu yang hina ini~
Amal-amal baik
"Apakah amal baik aku yang aku ada untuk aku persembahkan di tika mengadap Allah nanti?"
~Ya Allah, titipkanlah pada jiwa ku rasa cinta untuk berbuat segala kebaikan atas nama cinta padaMU~
Hati yang tulus
"Apakah hati aku ini benar-benar tulus?Adakah setiap perbuatan yang aku lakukan itu benar aku sandarkan pada Allah?Adakah hati aku ini memang tidak dipengaruhi rasa ujub, takbur dan sombong di tika aku melakukan kebajikan?Adakah hati ini benar-benar tulus..??"
~Ya Allah...untuk ini aku benar-benar pohon padaMu wahai Tuhan..Peliharalah hati ini daripada bisikan syaitan yang sentiasa menyuntik rasa sombong dan ujub di tika mencari redhaMu, ALLAH..
~Ya Allah, aku takut ya Allah, jika tiap detik langkahku diiringi kitakredhaanMU kerana ketidaktulusan hatiku.
~Ya Allah, peganglah hatiku dengan kasih sayangMu, janganlah Kau lepaskan walau sekadar seklip mata atau kadar yang lebih singkat daripada itu, kerana tiada aku mampu tanpaMU..
Monolog
Seringkali aku kebimbangan jika dikala Sakaratul maut menjemput aku, tanganku melakukan kebajikan, kakiku melangkah berjuang, tubuhku bertempur di medan jihad, namun di hatiku ada sekelumit rasa sombong, bangga, ujub dengan amalku di tika itu...Nauzubillah....Pengakhiran yang tak sanggup aku fikirkan..
Semoga jiwa ini subur dengan Istghfar(zikir memohon ampun daripada Tuhan)
I.K.A
fiey Ahmad
JHC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment