13 Julai 2009
Hidup sebagai pelajar tahun akhir Kuliah Kajururawatan IIUM bermula hari ini..
Hari dimulakan dengan baik, walaupun agak penat semalam menyiapkan tempahan cupcakes untuk minggu ini.(bisnes da bermula kembali http://cutiecuppies.blogspot.com)
Bas ke Jalan Hospital Campus(JHC), trip 0730 pagi agak lengang.
"Hmm, ke mana budak-budak nursing lain ek?"
Rupa-rupanya ramai yang naik trip awal, tak kalah juga orang yang naik kenderaan sendiri..
Saya, lebih suka naik 'transport' yang disediakan pihak IIUM, atas sebab rase ingin mendidik diri lebih bersederhana dalam masa yang sama nak latih diri agar menggunakan semaksima mungkin masa untuk persiapkan diri, mengelakkan diri seboleh mungkin daripada aktiviti-aktiviti yang kurang bermanfaat..Harap-harapnya,,InsyaALLAH.
Di pagi hari, seawal 0830 pagi, 'briefing' qudum daripada Sr Rubbya Hasan, selaku Deputy Dean Student Affairs merangkap lecturer untuk subjek Issues of Nursing bagi semeter ini, membuka bicara tirai kehidupan year 4.
Seperti biasa, dengan gaya ' energetic' nya, beliau bersuara di depan kelas. Banyak point-point menarik yang yang disampaikan dengan harapan kami mencerna dan mengambil teladan daripada kata-katanya. Sesungguhnya, pasti ada sedikit sebanyak yang terlekat di jiwa-jiwa yang mendengar hari ini.
Antaranya ialah:
1. Penekanan tentang, Fulfilling the Amanah- hari-hari yang kita lalui adalah amanah..
2. Forgive and Forget-cerita lama adalah sebahagian daripada kisah hidup yang bolek dijenguk kembali untuk terus melangkah seterusnya ke hadapan.
3.Sebagai The Most Senior Students.."Be the role models to your juniors" in every angles of students life and human life as well(ayat ni saya sambung sendiri)
4.Right and Responsibility/ Responsible and Accountable
Di'taukid'kan lagi dengan ayatnya "Allah is near to your jugular vein"-kesinambungan daripada ayat Al-Quran
"Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"
(Surah Qaf: Ayat 16)
5. Antara bait-bait kata beliau yang terkesan di minda separuh beku ini
"Make Your Strengths Stronger, Make Your Weaknesses Your Strengths"
InsyaALLAH, Sr..
Azam saya untuk kali ini, akan cuba saya usahakan semampu saya, akan saya sumbangkan seadanya saya..
Semoga hati ini lebih tabah dan bersedia untuk perjalanan yang bakal mendatang.
Wallahua'lam
Fiey_Ahmad
Jalan Hospital Campus (JHC)
IIUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment