Salam..
Hari ni hari kedua 'post' ekspedisi mendaki Gunung Merapi, Padang Indonesia..Banyak ingin diceritakan, dikongsi bersama sahabat2. Tapi, tahap kekuatan badan dan minda agak tidak mengizinkan kerana saya berharap dapat menulis dalam keadaan yang baik, tenang dan aman agar segala maklumat dan isi dapat disampaikan sebaik mungkin..
Hari ini sistem pertahanan badan berada di bawah paras normal mungkin..
Hidung terasa sangat pedih dan berair tak henti-henti lagi sejak petang tadi. Masa bersukan tak pula begini..Mata sudah terasa sangat pedih dan berair asyik..Tekak dah makin menjadi- jadi sakitnya, minum air pun tidak banyak kesannya. errm..'muscle' pun da terasa kesan 'inflammatory action' dalam badan ni.
hmm..sedaya-upaya bertahan. Esok sudah bermula 'clinical posting ' peringkat kedua..Di klinik Eye & ENT (Mata, Telinga, Hidung dan Tekak)..Berharap dapat sembuh sebelum tengah hari esok. Kang, tak pasal-pasal saya pula yang jadi 'patient' esok..
"Allah, andai ini tanda kasih sayangMU, aku terima dengan hati yang terbuka..
Peganglah hatiku ini supaya senantiasa dekat dan ingat pada Mu, jangan Kau lepaskan ia walau sekadar sekelip mata ataupun untuk kadar yang lebih singkat dari itu...
Ku damba redha dan keampunanMu, Tuhan..Aminn"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
moga fiey cepat sembuh, insyaAllah..
ReplyDelete