Perjalanan 6 hari 5 malam ini merupakan antara beberapa program yang harus diikuti pada tempoh masa yang sama. Namun, ekspedisi ini juga yang terpilih untuk diikuti sedangkan ia adalah pilihan terakhir sekali di awalnya.
Ekspedisi ini merupakan pendakian gunung yang pertama buat saya. Selama ini setakat 'jungle trekking', bawa air mineral sebotol, perjalanan 30 min- 1 jam saja. Tapi kali ini, saya mendaki dengan muatan 11kg di belakang. Pengalaman yang menakjubkan. Huhu..
Butiran Expdedisi Padang, Indonesia.
Tempat: Padang, Indonesia
Tarikh : 20-25 April 2009
Peserta: 28 ahli Adventure & Recreational Club (ARC) UIAM
Kendalian: Majlis Pencinta Alam, Politeknik Andalas, Padang Indonesia
Tempat-tempat menarik yang kami kunjungi antaranya ialah:
- Gunung Merapi
- Danau Malinjau
- Jam Gadang, Bukit Tinggi
- Padang Kota, Padang
1) Gunung Merapi
- Jenis gunung : Gunung berapi hidup tak aktif.Mempunyai beberapa kawah tapi hanya satu kawah yang masih hidup dan berasap sulphur dengan hebatnya ketika kami berada di puncak.
- Ketinggian : 2981 m dari paras laut
- Puncak sebenar tidak dijejaki kami, sekadar melihat dari jauh kerana trek ke sana amat merbahaya, hanya seorang sahaja boleh melalui itu pada satu masa, keadaan yang berkabus juga membahayakan lagi keadaan.
- Perjalanan dari kaki gunung ke puncak memerlukan lebih kurang 6 jam dengan 2 hentian ( 1st base pada sejam pertama dan bermalam di 2nd base selepas 3jam mendaki). Cuaca pagi, masyaALLAH, sejuk yang amat..dengan kabus yang sangat tebal. Hajatnya nak menyaksikan matahari terbit, tapi, dek terlalu sejuk dan masih gelap, kami memutuskan untuk tunggu hari cerah sikit sebelum mendaki ke puncak.
- Pemandangan sedari awal perjalanan hinggalah ke puncak amatlah menakjubkan. Maha Suci ALLAH yang menciptakan segala sesuatu..Perasaan yang tak terungkap..Pengalaman yang tidak mungkin dapat dirasai di kala waktu biasa di tempat biasa. Terima kasih Tuhan kerana memilih aku untuk menyaksikan keagunganMU melalui ciptaanMu..Terasa rendahnya diri, kecil dan dhaifnya aku sebagai hamba.
Untuk fasa 1 cerita ekspedisi ke Padang, Indonesia berakhir di sini..Esok harus bangun awal untuk 'clinical posting' di ward ENT, 'office hour' 8 pagi- 5petang..
salam.. piping, alhamdulillah, dah balik ngan selamat...
ReplyDeleteSemoga pengalaman yang bermakna menjadi detik-detik yang berharga dalam hidup.
naddy,,,kangan bangat sama kamu..huhu..semoga kamu jua tenang2 selalu hendakNYA
ReplyDeletesalam =)
ReplyDeletetumpang lalu cik kak hehe..
best kan panjat gunung!
jeles..jeles..