"Bila engkau memandang segalanya daripada TuhanMU,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan hatimu sakit,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan DIA tidak tahu betapa deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak,
mudah akrab denganNYA..."

Semoga kita termasuk di dalam orang-orang yang terpilih untuk didekatkan padaNYA dengan limpahan kasih sayang dan rahmatNYA...
Ingatan demi ingatan diberikan padaku..
p/s: Terima Kasih Sahabat..Semoga kamu mendapat yang terbaik daripadaNYA jua..
Ingatan demi ingatan diberikan padaku..
"Seringkah kita terfikir,
bagaimana mulianya dan bersihnya hati Nabi kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walaupun disakiti,
tetap menyeru walaupun diusir pergi,
Kenapa kita mudah benci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila kita dinasihati,
Ayuh kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah Nabi,
kerana itulah sifat hamba ALLAH yang hakiki..."
bagaimana mulianya dan bersihnya hati Nabi kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walaupun disakiti,
tetap menyeru walaupun diusir pergi,
Kenapa kita mudah benci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila kita dinasihati,
Ayuh kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah Nabi,
kerana itulah sifat hamba ALLAH yang hakiki..."
p/s: Terima Kasih Sahabat..Semoga kamu mendapat yang terbaik daripadaNYA jua..
sajak yang sangat indah...
ReplyDeleteummm..
ReplyDeleteaah..seorang sahabat fiey yang bagi..;)
Masa tu macam terasa 'down' sikit, bila dapat tu, cam naik semula semangat..
Thanks semua..