Sebaik-baik Ciptaan yang tidak sempurna
Di belakang kisah penciptaan manusia, Allah menyatakan bahawa DIA menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, bukannya sesempurna kejadian. Dengan itu, bukanlah layak kita membanggakan diri sendiri bahawa kita makhluk terbaik dan 'paling sempurna' kerana setiap manusia itu pasti ada kekurangannya, yang dengan sengaja dan bertujuan Allah sertakan ke dalam penciptaanNYA. Hargai dan gunakan sebaik-baiknya nikmat yang ada pada kita..
"kekurangan yang ada pada orang lain itu menjadi ujian buat kita"
Bila kita tengok seseorang itu lebih buruk rupanya, teruk pakaiannya, singkat tudungnya,kurang elok akhlaknya daripada kita, kita berkata 'owh, mujur aku tak macam tu'...
Bila kita berhadapan dengan orang-orang yang bertindak lebih beremosi daripada kita, kita berkata "bakpe lah orang ni gini gitu gayanya?"..
Bila kita bertemu orang yang kurang Islamiknya daripada kita konon-kononnya, kita berkata "tu lah, kurang agama punya fasal"..
~Bukankah kita sedang diuji?~
Sebaiknya kita berdoa dan memohon serta bersyukur kan...,
Agar kita tak merasa lebih baik nilainya berbanding orang-orang itu, agar kita tak merasa kita sedang menilai dan meletakkan diri kita lebih Islamik, baik darjat dan tempatnya daripada orang itu, agar kita sedar setiap manusia itu tiada sempurnanya, tiada cacatnya..Pasti ada..Jua pada kita.
Wajarkah kita hukum orang dengan hanya kerana kita mengalami sekerat seciput masa yang membuatkan kita terasa dan marah.
Adilkah kita bertindak bermasam muka sesama saudara hanya kerana 'level' tahan marah dan beremosi kita lebih baik daripada mereka konon-kononnya.
Logikkah kita mengambil tugas menilai mana yang lebih baik dan mana yang buruk itu daripada Allah yang Maha Sebaik-Baik Penilai..
Layakkah kita untuk menghukum sedang kita punya segala macam kekurangan dan kelemahan yang Allah hijabkan daripada pandangan orang buat sementara waktu..
Kita diberi pilihan untuk memilih.....
Sesungguhnya, jika kita berhadapan dengan orang-orang yang kurang membina dengan kata-katanya, kurang memberi dengan tindakannya, pandanglah daripada sudut sisi yang lain, pasti ada perkara baik daripadanya yang boleh dicedok ibrah dan pengajarannya..
Sungguh, ini jua peringatan buat diri saya yang serius banyak lagi kelemahan, bertambun lagi kekurangan, cetek lagi daya pemikiran.
'fiey, INGAT, dan sentiasa beringatlah! Bencilah pada TINDAKAN dan LAKUnya, bukan pada PELAKUnya,...kita sekali-kali tidak berhak menghukum..Leave to Allah, HE knows best..'
Nafsu amarah itu sebati dengan manusia namun, Allah kurniakan Akal, Rasional dan Iman untuk menjaganya..Bukan nak disekat rasa marah itu, sebab marah itu fitrah, tapi marah itu harus dikawal dijaga agar tidak bercambah lebih kerosakan dan kepincangan ukhwah sesama saudara..
Jadilah pemaaf, walaupun ia sukar
"Memaafkan tidaklah menambah apa-apa kepada seorang hamba, kecuali kemuliaan. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian memaafkan, nescaya Allah akan memuliakan kalian ." (HR Ibnu Abiddunya).
Mesti kita mahu kan Allah memuliakan kita,?
dengan diberi pengampunan yang pasti diingin-inginkan.,
dan diberi penghormatan dengan darjat kita diangkat baik di mata manusia mahupun penghuni di langit.
Mesti kita nak kan?
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberi kepadamu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu” (HR Ahmad, al-Hakim dan al-Baghawy).
fiey ahmad
aku bukan sempurna
betul fiey...
ReplyDeleteseharusnya tidak boleh rasa ujub dalam diri walau sekelumit...manusia diciptakan dengan kekurangan dan kelebihan masing2...yang membezakan antara kita cuma taqwa.pupuk mahmudah, dan singkirkan mazmumah...
syurga Tuhan itu terlalu mahal harganya kan untuk apa yang kita buat hari ini..
ReplyDeleteRedha dan kasih Allah itu terlalu jauh untuk kita gambarkan kan, dengan akal fikiran emosi kita..
Kita tak pernah sempurna, yang kita mampu ialah untuk berusaha dan terus memperbaiki usaha bak kata ustaz Hasrizal.
Tujuan hidup kita, ingin kembali dengan Allah dengan belaian redha DIA