اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
~Wahyu pertama
Tak mampu disangkal hikmah yang sangat besar Allah turunkan ayat 1-5 surah al-Alaq ini sebagai wahyu pertama buat Rasulullah s.a.w, bagi membenarkan bahawa menuntut ilmu itu tinggi tempatnya di sisi Islam. Ilmu itu maha luas definisinya yang tidak tertakluk pada ilmu pelajaran dan silibus sahaja. Segala apa sahaja yang tercipta di alam ciptaan Allah ini punya ilmu masing-masing di sebaliknya.
Luasnya Ilmu Allah itu hingga digambarkan bahawa jika jari kelingking kita dicelup ke dalam air laut, hanya titisan yang terakhir di jari itu mewakili ilmu di bumi, selebihnya itu adalah ilmu Allah, dan itu masih jua belum mencukupi untuk menyamai keluasan dan keagungan ilmu Allah walau didatangakan dengan 7 kali lautan di bumi ini..
~Baca dan Beramal
Amal tanpa ilmu satu kegilaan, ilmu tanpa amal adalah satu yang sia-sia.
Penghubung pembacaan dan beramal ialah daya fikir dan pengolahan rasional dan kefahaman. Maksudnya, kena fikir lepas baca barulah tak habis masa untuk membaca tapi tak dapat apa-apa (saya banyak kali juga baca tapi lupa, T_T).Semakin banyak kita baca semakin dalam kita tahu yang betapa kita ini kecil sahaja. Dan benarnya, berapa A kita dapat, berapa GPA, atau berapa CGPA kita bukan penentu mutlak tinggi rendah ilmu itu. Yang pasti, ilmu yang diamalkan, dikongsi, dan ditebarkan, dicatat di bahu kanan dan menambah berat amalan baik di timbangan Mizan kelak.
Selamat membaca dan selamat Beramal...
Kembara IlmuAlbum : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com
kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis
kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi
lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
fiey ahmad
hanya DIA yang tahu
No comments:
Post a Comment