IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, March 30, 2010

Wahh,,,Patutlahhh!!

No comments:

Sikap suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat, tiada masa atau terlalu sibuk terbukti boleh membantutkan usaha untuk mengekal atau mengurangkan berat badan kerana akan menyebabkan berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori.

Kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London ketika membentangkan kertas kerja di Mesyuarat Persatuan Endokrin di Washington melaporkan apabila kita meninggalkan sarapan pagi, otak akan menjadi lebih aktif apabila melihat gambar makanan yang tinggi kalori (pilihan yang diberikan kepada peserta kajian ialah piza, kek dan coklat) berbanding sayur-sayuran, ikan dan salad.

Peserta sendiri mengakui bahawa mereka lebih tertarik kepada makanan yang berkalori tinggi. Bagaimanapun, apabila ujian sama dilakukan 90 minit selepas bersarapan, otak peserta tidak menunjukkan tarikan ketara terhadap makanan berkalori tinggi.

Malah, keinginan untuk makan makanan yang banyak kalori juga jauh lebih rendah berbanding jika tidak bersarapan.

Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan 'puasa' sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.

Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja.

Sarapan dapat mengawal rasa terlalu lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan.

Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa 'puasa lanjutan' (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak.

Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa 'puasa lanjutan' ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.

Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme.

Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.

Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga.

Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.

Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda

Sumber
Harian Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Monday, March 29, 2010

Ayam Masak Gajus..

6 comments:
Salam semua..

Hari ni nak letak perasa baru dalam blog ni...Dah lama terfikir tapi kali ini baru berkesempatan nak mempelbagaikan lagi perkongsian bersama pengunjung laman blog saya ini..

Dengan kepulangan ke Terengganu yang tidak dirancang, begitu juga dengan resepi masakan saya petang ini...

Dipersembahkan...!!!!!

AYAM MASAK GAJUS..

Bahan-bahan:

  • *1/2 Ayam dipotong 6@8 (diperap dengan serbuk kunyit dan garam)
  • Lada Kering (dibersih dan direndam dengan air suam)
  • Biji gajus
  • Cili merah & Hijau
  • 1ulas Bawang putih
  • 3 ulas Bawang merah
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Lada sulah 
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Minyak untuk goreng dan menumis
  • Daun pudina untuk hiasan dan penambah rasa (ikut suka)

*Bergantung kepada kuantiti pemakan..Kat rumah saya pemakan-pemakan ramai dan berperut aligator...hihihih =)

Cara penyediaan:

  • Goreng ayam dengan minyak sederhana banyak. Ketepikan.
  • Goreng gajus hingga garing atau keemasan (kalau tetiba jadi keperakan itu, silap kacang la tu, huhuhu =)). Ketepikan.
  • Goreng lada kering sehingga garing dengan minyak yang sederhana
  • Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang dihiris halus, goreng hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, lada sulah, cili merah dan hijau.
  • Sedikit garam jika perlu
  • Masukkan ayam dan gajus yang telah digoreng. Gaul sebaik mungkin ..hihi
  • Sediakan dengan daun pudina untuk penambah bau pembangkit selera

    Paling penting IKHLASkan hati semasa memasak dan bacalah DOA..apa-apa doa untuk kesejahteraan pemakan dan hubungan hati tukang masak dan tukang makan...

    TaDaaaaa...!!!!


     alamak, comot sikit pinggan..=)



     SELAMAT MENCUBA!!!!

    **** Kesedapan makan petang hari ini ditambahnilai dengan jus mangga yang pekat hasil tangan  bibik..huhu, thank you, bibik..

    p/s: Nor & Omar, please jangan jealous...Soon, kita try menu lain lagi k..!




    fiey ahmad
    Selagi aku mampu, ingin aku bahagiakan jiwa-jiwa yang aku cintai..

    Sunday, March 28, 2010

    Allah sentiasa ada bersama kalian~

    3 comments:


    Salam sayang penuh kasih buat adik-adikku,

    Pertamanya, jutaan maaf daripada kakak kalian yang seorang ini kerana tidak selalu bersama kalian, tidak mampu untuk menghadirkan diri dan tidak juga senantiasa di sisi kalian di saat kalian memerlukan. Maaf juga di pohon kerana tidak bisa menyelami perasaan dan memberi keprihatinan buat kalian..Maafkan K.fiey.~

    Sungguh, K.fiey bukan seorang kakak yang dapat menjanjikan kebahagiaan bersulam kasih sayang sepangjang masa buat kalian. Kalian lebih mengetahui K.fiey seumur hidup kalian hidup..K.fiey mungkin agak berkasar dengan kalian, agak bertegas dengan kalian, agak directive @bossy bila bersama kalian. Maafkan K.fiey~

    K.fiey akui K.fiey tak mampu memberi kasih yang hilang daripada hidup kalian yang kalian rindukan. Mana mungkin kasih sayang K.fiey menggantikan kasih dan sayang Ayah Mak untuk kalian. Mana mungkin k.fiey janjikan untk K.fiey sediakan dahan untuk kalian berpaut di kala kalian terasa dihanyutkan oleh keadaan. Mana mungkin K.fiey menjanjikan kehadiran di belakang kalian untuk senantiasa menyokong kalian di kala kalian ingin jatuh. Mana mungkin K.fiey janjikan tangan untuk dihulurkan di kala kalian terjatuh untuk bangunkan kalian kembali .K.fiey tidak mampu untuk berjanji, kerana bimbang tidak mampu semuanya ditunaikan..

    Adik-adikku yang k.fiey sayangi,

    K.fiey kehilangan kata-kata untuk terus berkata-kata..K.fiey pasti, apa yang kalian lalui pasti jauh lebih sukar daripada apa yang K.fiey lalui. Kehilangan di usia kalian sedang membesar dan masih perlukan perhatian daripada Mereka pasti bukanlah satu perjalanan yang mudah yang juga pasti bukan kehendak sesiapa pun melainkan KEHENDAK Allah..Sungguh, Allah telah mentakdirkan jalan ini untuk kalian, untuk kita semua..Allah telah memilih kalian untuk merasa ujian sebegini. Dan, mungkin saja ada persoalan daripada kalian, 

    "mengapa aku harus aku diuji, mengapa aku? Mengapa di saat aku masih di usia ini? Di saat aku masih perlukan kasih dan perhatian..."

    K.fiey juga tidak mampu menyediakan jawapan buat kalian, hatta buat diri sendiri..Soalan itu juga K.fiey lontarkan dalam hati kecil K.fiey. Namun, cebisan-cebisan jawapan itu mula K.fiey temui di perjalanan masa yang tidak akan berhenti ini. 

    Nabi SAW bersabda:

    " Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mengujinya."

    Allah Maha Mengetahui sebaik-baiknya buat semua dikalangan kita, Buat Mak Ayah, buat keluarga kita, buat kalian dan buat K.fiey..Allah telah pilih ini untuk menjadi yang terbaik buat kita walaupun hanya kesusahaan yang kita nampak di mata kasar kita, walaupun hanya kedukaan yang kita rasa di hati kecil kita, tapi Allah memilih kita untuk berada di sini hari ini bagi memberi kita rasa DIUJI, menjentik rasa KEBERGANTUNGAN kita pada DIA, meniup semangat MENILAI dan MENGHARGAI apa ada pada sekeliling kita..Allah sedang membuka pintu RahmatNya seluas-luasnya buat kita yang diuji tanda kasih dan sayangNYA pada kita, jika kita BERSABAR menghadapinya..

    SABAR itu bukan semudah sebutannya. Hanya orang yang mencuba untuk memegang sekemasnya merasa betapa sakitnya sabar itu..Sungguh, Allah sedang ingatkan kita, nilai Syurga Allah itu amatlah tinggi hingga memerlukan pengorbanan jiwa dan kehidupan dunia untuknya. Barang pasti, nilaian PERHATIAN dan KASIH Allah jauh lebih tinggi daripada itu, yang hanya diberikan buat hamba yang mengadu, merintih kasih dan belas daripadaNYA..

    Adik-adikku, 

    Usah dirasa kita lah manusia paling sukar hidupnya, kerana di segenap ruang muka bumi Tuhan ini, pasti ada manusia yang jauh lebih sukar jalan yang Allah pilih untuk mereka..Adakah Allah itu tidak adil? TIDAK jawapannya. Sekali-kali tidak, kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui seluruh yang di langit dan di bumi. Hikmah sebenarnya, hanya Dia yang tahu dan kita hanya perlu bersangka baik pada Allah kerana Allah sentiasa berbuat baik pada orang yagn bersangka baik padaNYA..Rapatkan diri dengan DIA ya, adik-adik.

    Solat 5 waktu hendaklah di jaga, kerana di situ wasilah penghubung kita dengan Allah, di situ doa-doa dan rintihan kita perdengarkan pada Sang Pemilik Jiwa. Perbanyakkan selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, moga Baginda jua mendoakan kita. Rajinkan-rajinkan diri membelek dan mengalunkan Al-Quran. Selami dan hayati makna bacaan, K.fiey pasti kalian akan ketemu ayat-ayat pemujuk jiwa penyembuh luka di dalamnya.

    Berusahalah untuk menjadi anak-anak yang soleh dan perbanyakkan doa buat Ayah Mak di sana kerana hanya doa anak-anak soleh mampu sampai kepada mereka. Tautkan hubungan antara kita yang masih tinggal di sini hari ini, biarpun rasa terluka, biarpun rasa sakit, sama-sama berharap sedikit usaha ini membuahkan sedikit kesan dan diangkat nilainya oleh Allah..Jangan sesekali menjauh..Jangan sesekali..

    Harus kita akui, ada banyak perkara bukan di bawah kawalan kita, lantas kita tidak sedikit pun berkebolehan untuk mengawalnya, seperti contoh perangai dan tingkah manusia yang lain sekeliling kita. Harus juga bertahan, sambil sentiasa dipanjatkan doa agar Allah membuka ruang kesedaran di hati mereka dan kembali melorongkan mereka kembali ke jalan yang baik. Itulah sebaiknya usaha daripada kita.

    Adik-adikku, 

    K.fiey berharap k.fiey bukan hanya bermadah kosong di sini, k,fiey berharap coretan ini meninggalkan bekas di hati kalian kerana K.fiey juga tidak pasti berapa banyak masa yang K.fiey ada untuk kalian. Mungkin saja Tuhan menjemput kembali, andai itu terjadi mohon kemaafan daripada semua, dan K.fiey benar-benar ingin kalian tahu bahawa K.fiey serahkan kalian di bawah penjagaan Allah kerana itu adalah sebaik-baik buat kalian.

    Allah sentiasa ada bersama kalian...~

     

    fiey ahmad
    Berjanji untuk terus menyayangi kalian...~

    Saturday, March 27, 2010

    Charity Shop

    No comments:
    ~Nikmat memberi itu hanya boleh dirasa jika kita memberi dengan hati~

    Dah 2, 3 hari dah nak mengisi ruang blog ni, disebabkan kesibukan dengan 'exam', FYP, 'training volley', dan itu semua hanyalah alasan-alasan 'ciput'. Sebab terbesar mungkin juga "tak ber'hati' nak menaip kebelakangan ini. Tapi fikir-fikir balik tujuan asal menulis, cepat-cepat tepis rasa yang tak sedap itu. Pujuk diri, kena yakin, akan ada je perkara yang ingin dikongsi untuk semua, untuk isian diri. Baik buruknya pasti jadi pengajaran.

    Malaysia dan Europe

    Sekembalinya Ria dari UK family trip mereka, Ria banyak berkongsi cerita orang-orang dan kehidupan harian di sana. Sampaikan banyak kali ayat ni keluar dari mulut dia,

    "fiey, aku sooo  la tanak duk kat Malaysia ni.."

    Sebab apa? Katanya, life  orang sana macam sangat best, compared to Malaysia..

    Sebab apa? Bukan sebab dekat sana sejuk, boleh main salji, bangunan cantik-cantik (walaupun itu menjadi sebahagian sebabnya, hihi) tapi sebab utamanya ialah KESEDARAN SIVIK mereka di sana berada di tahap yang lebih tinggi daripada kita. Antaranya,

    • Kawasan merokok mereka amatlah terhad di kawasan public dan kebanyakan mereka tahu untuk menghormati orang lain ketika merokok, bukan main hembus je asap rokok tanpa mengira ke muka siapa yang  terkena asap itu.
    • Amatlah payah nak jumpa orang lalu-lalang membuang sampah merata-rata dan bukan pada tong sampah, bukan sebab risaukan saman tapi sebab kesedaran sendiri @ self awareness. Kalau di Malaysia, tengah berhenti di lampu isyarat pun, mereka sanggup mencampak keluar tin minuman yang dah habis, kalau sehelai tisu tu bolehlah dipertimbangkan lagi sebab keupayaannya untuk terbiodegrasi. (Marah juga sikit ingat peristiwa itu hari..hmm).
    • Budi bahasa kebanyakan orang-orang UK amat sopan, daripada bahasa selamat datang, jemput makan, minta izin hatta kalau berlaku kesilapan ketika jual beli pun, mereka sanggup bagi small gifts hanya kerana kelambatan di kaunter pembayaran disebakan oleh sistem credit card tergendala. Kalau kat sini, nak buat pembayaran pun malas sikit, sebab nak kena mengadap cashier yang lokek nak menghulur senyum.
    Cerita di atas hanyalah sebahagian dan unsur generalisasi tidak diselit bersama kenyataan di atas. Tidak dinafikan, masih ramai rakyat yang lebih berbudi dan lebih berbahasa daripada saya, tapi dalam kebanyakan cerita-cerita yang dikongsi daripada orang-orang yang pernah hidup di luar negeri, pasti ada cerita comparison  seperti di atas. Hujan emas, hujan batu?? I would like to experience it by myself before giving the answer. InsyaALLAH=)

    Charity Shop

    Satu lagi perkara menarik daripada Ria. Dia sangat teruja menceritakan pasal charity shop ni.

     "Best, fiey. Nanti bila kau dah tua, aku nak buka dan jaga charity shop  macam tu, .." Ria.

    *Bagus-bagus, bung..Niat tu ada, insyaALLAH, mana tahu jadi realiti nanti, boleh aku melabur sebahagian..Untuk saham akhirat kan, bung.

     Dua tiga hari lepas, masa sibuk nak exam, sempat pula cik Ria ni nak mencari shampoo kat kedai feveret dia, kedai LENUGAH, tepi Secret Recipe di area Indera Mahkota. Dalam perjalanan ke Lenugah, sempat pula mata K.Lin menangkap satu kedai ni, katanya charity shop.Dalam penat dan lapar pada masa itu, teruja terhadap shampoo beralih arah pada charity shop  seketika. Kami pun berkesempatan lah menapak ke sana.

    Dalam masa 10 minit kami di situ, sempat juga mengagumi usaha Pertubuhan Perkumpulan Pahang (WI) untuk menubuhkan kedai kebajikan ini. Kedai ini diusahakan semata-mata untuk mendapat sumbangan bagi disalurkan kepada saluran kebajikan luar dan dalam negara. Sumber jualan adalah sumbangan orang ramai, dan hasil jualan adalah untuk disumbangkan pada orang yang memerlukan..

    Saya amat sukakan konsep itu..=)

    Antara barang-barang yang boleh didapati di ditu ialah, beg, baju, blaus, tudung, bantal, barangan rumah, baju kanak-kanak, hatta komik dan buku zaman tok kaduk pun ada. Harga barang-barang jualan juga agak menarik dan mampu dibeli. Harga bagi barangan tersebut hanyalah sekitar RM1-RM20..

    Apapun, saya di sini ingin mengajak sahabat-sahabat dan kawan-kawan untuk sama-sama meraikan usaha baik di samping meningkatkan pelaburan dalam saham akhirat masing-masing. Apa yang kita boleh buat:

    • Singgahlah ke kedai itu alang-alang dalam perjalan ke Secret Recipe ataupun Lenugah. Anda hanya perlu menapak dalam 20 langkah dari Secret Recipe. Berilah sokongan moral dan juga kewangan jika mampu. Jenguk-jenguklah ye, insyaALLAH, ada barang yang mungkin anda cari ada di sana.
    • Memandangkan ramai sahabat-sahabat saya di UIAM Kuantan sudah berada di semester akhir tahun akhir, pasti sudah ramai yang mula mengosongkan bilik masing-masing. Untuk itu, saranan saya, jika ada item-item yang masih elok untuk digunapakai sama ada buku, pakaian ataupun segala jenis lagi, bolehlah di hantar ke kedai kebajikan WI, sederet dengan kedai Lenugah dan Secret Recipe.
    Tentang WI Charity shop : tekan di sini

     *Pesanan saya: sumbangkanlah sesuatu itu dalam keadaan yang elok daripada kita sepertimana kita ingin menerima yang elok daripada orang lain. Contohnya, pakaian berbasuh, buku yang bermanfaat dan elok, serta barang-barang lain yang masih elok ataupun sudah dibaikpulih. Harapan saya, kedai itu tidak menjadi tempat buangan kelas satu di mana kita sesuka hati memberi lebih banyak bebanan bagi pengusaha kedai itu jika barang-barang kita harus diteliti dan di tapis dua tiga kali lagi.

    Ini RIBENA, hiasan kereta yang saya ketemu di kedai itu berharga RM 2. Hadiah untuk kereta CBK yang selalu saya tumpang..~Ayah ko tak marah kan, bung?? hihihi =)


    fiey ahmad
    masih tercari-cari 'rasa' itu..

    Monday, March 22, 2010

    There will be a Rainbow after a rainy day..

    No comments:
    ~Allah is so Great...That's why HE is a the ultimate God

    HE knows everything between us,  and behind us, and in front of us....

    (Al-Baqarah 255)
    He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. 


    After few miserable days, full of things that made me feeling bad, drove me headache and heart-ache, today, Allah gives me a rainbow onto my way..Even it is not visibly seen, but, the happy and relief feeling is just there similarly felt when we see the beautiful rainbow emerge after a rainy day..When, the burdensome is removed and taken away, what else can fill in the heart other than the highest gratitude towards HIM, for everything could not happen without His will..=)


    Life is so much beautiful.

    Maher Zain's song, singing outloud..OPen your Eyes

    Look around yourselves
    Can’t you see this wonder
    Spreaded infront of you
    The clouds floating by
    The skies are clear and blue
    Planets in the orbits
    The moon and the sun
    Such perfect harmony
    Let’s start question in ourselves
    Isn’t this proof enough for us
    Or are we so blind
    To push it all aside..
    No..
    We just have to
    Open our eyes, our hearts, and minds
    If we just look bright to see the signs
    We can’t keep hiding from the truth
    Let it take us by surprise
    Take us in the best way(Allah..)
    Guide us every single day..(Allah..)
    Keep us close to You
    Until the end of time..
    Look inside yourselves
    Such a perfect order
    Hiding in yourselves
    Running in your veins
    What about anger love and pain
    And all the things you’re feeling
    Can you touch them with your hand?
    So are they really there?
    Lets start question in ourselves
    Isn’t this proof enough for us?
    Or are we so blind
    To push it all aside..?
    No..
    We just have to
    Open our eyes, our hearts, and minds
    If we just look bright to see the signs
    We can’t keep hiding from the truth
    Let it take us by surprise
    Take us in the best way(Allah..)
    Guide us every single day..(Allah..)
    Keep us close to You
    Until the end of time..
    When a baby’s born
    So helpless and weak
    And you’re watching him growing..
    So why deny
    Whats in front of your eyes
    The biggest miracle of life..
    We just have to
    Open our eyes, our hearts, and minds
    If we just look quiet we’ll see the signs
    We can’t keep hiding from the truth
    Let it take us by surprise
    Take us in the best way(Allah..)
    Guide us every single day..(Allah..)
    Keep us close to You
    Until the end of time..
    Open your eyes and hearts and minds
    If you just look bright to see the signs
    We can’t keep hiding from the truth
    Let it take us by surprise
    Take us in the best way(Allah..)
    Guide us every single day..(Allah..)
    Keep us close to You
    Until the end of time..
    Allah..
    You created everything
    We belong to You
    Ya Robb we raise our hands
    Forever we thank You..
    Alhamdulillah..


    Why we are always forget and ungrateful, that's because we are human and HIS servants. Not to see those as humiliations yet to see that as imperfections to gracefully bow to Allah, The Compassionate and The Merciful....Let's back to our nature, to our fitrah..We are always belong to Him..

    Please, fiey..Do always remember, there will always be a rainbow for you, as long as you still have faith in Him...there'll always be..

    HE'll always be there..Always..

    p/s: to my friends, I hope u'll find your rainbow too..Please, live on your life as you are such a beautiful and meaningful creation Allah sent to live this world on..I hope I'll be there everytime and everywhere you need me, but I just cant promise it..I leave it to Allah to answer all those unanswered things..wallahua'lam

    fiey ahmad
    still got far way to go

    Saturday, March 20, 2010

    When things dont work accordingly

    3 comments:

    Initially, I  feel bad when I look back

    When I see myself who is not really me

    When I hear those words which hurt so much

    When I act the way I hate most


    Now, I do realize

    I am not that superb to make things work

    When things dont work accordingly, 

    I deeply realize, I am nobody

    Even how hard I tried, there are people will get hurt..

    And I put all the blame on me


    There are so many things I still dont get
    Yet, I am still here, STUCKED..


    fiey ahmad
    a long deep breath....................pray for a way out

    Tuesday, March 16, 2010

    Salam Imtihan..~

    2 comments:
    ~Ma'an Najah...~

    Salam imtihan buat Semua sahabat-sahabat...

    Mohon maaf andai tersilap kata dan perbuatan, saya cuma manusia biasa yang terkadang khilaf dalam mengawal rasa. Sungguh, saya tidak akan pernah membenci sahabat-sahabat, cuma saya tidak setuju dengan sesetengah tindakan. Yang pasti, saya juga pasti begitu, kerana mungkin kita rasa benar di mata kita tapi kurang enak di mata orang, dan sebaliknya..

    Tingkatan akal yang baik, iman yang sihat, Islam yang sejahtera yang ada pada diri yang akan memujuk hati agar menerima hakikat tiada manusia sempurna, dan setiap daripada kita adalah ujian buat masing-masing..Benarnya, saya selalu aja tumpas dalam mengawal kemarahan dan gagal untuk bersabar..Ingatan untuk diri sendiri dan buat yang memahami, "Berlapang dada dan cuba menerima, sepertimana kita ingin diterima seadanya"...~Allah Maha Mengetahui..

    'Exam' bukan semata-mata exam, bukan juga semata-mata kertas soalan dan jawapan, bukan juga semata-mata 'pointer'..Ia lebih daripada itu, 'xam' salah satu wasilah Allah uji kita untuk tahu tahap iman dan kebergantungan kita padanya, 'exam' juga wasilah untuk Allah memberi hadiah kepada kita, dan 'exam' juga wasilah Allah menegur kita..Pendek kata, 'exam'= peperiksaan= ujian= wadah Allah berbicara dengan kita.~ Indahnya hidup buat yang mengerti

    Saya sedar siapa saya

    Sedari kecil, saya akui saya bukan pelajar cemerlang, anak yang cemerlang, muslim yang cemerlang..Terlalu banyak kekurangan yang terlalu sebati dengan saya untuk dibaikplihkan..Dan, saya selalu ingatkan diri saya, apa ada pada saya hari ini adalah UJIAN Allah untuk saya, bukan hak milik saya semata-mata, bahkan mencakupi hak semua yang perlu saya tunaikan..

    Antara kata-kata yang pernah saya terima...

    "Kau genius, tak pe lah..Tak yah baca pun tak pe.."...ayat yang selalu saya dengar dari sekolah rendah.. 

    Genius???Kalau saya ni genius , dah pasti di kala umur saya mencecah 24 ni saya dah mencipta kapal angkasa yang dapat keluar daripada  Galaksi Bima Sakti untuk menziarahi Galaksi Andromeda, paling kurang pun saya dah cipta mesin menguruskan badan tanpa perlu exercise dan boleh makan banyak tanpa dikawal..Hahaha..

    "Dah la, fiey, ko tu lain, orang lain tak macam ko...ko cakap senang laaa..." urmm..kadang-kadang terasa terluka juga dengan statement sebegitu, telan aja..Saya amat akui itu, sebab manusia itu memang beza-beza...Sangat bebeza walaupun nilai kromosom hampir serupa..DNA cimpanzi yang hanya berbeza 2% daripada manusia juga membuktikan manusia dan cimpanzi itu sangat berbeza..Kerana, manusia itu hamba yang dinilai Allah atas tiket akal yang diberi pinjam..Dan pastinya, tanggungjawab yang datang sekali pakej ini pasti berat, dan saya pun tidak pasti mampu menggalasnya ataupun tidak..~Allah, ku serah segala perancangan padaMu

    Berkat

    Antara SATU perkara penting yang saya pegang hingga ke saat ini, apa ada pada saya adalah 'BERKAT' doa dan ingatan daripada insan-insan yang murah hatinya..

    Saya ingat saya pernah kongsi kat adik-adik sekolah saya masa lepas SPM, kat Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMAKH), yang rata-rata memang tahu 'my bad habits' yang sokmo tidur dalam kelas, malas baca buku, kuat main, dan segala macam lagi (ada yang masih kekal hingga ke hari ini, penyakit kot??..hehe.

    "Tak de apa pun tips atau apa-apa yang istimewa untuk saya kabo ke adik-adik sume macam abang-abang dan kakak-kakak yang lain (jemputan best students daripada Sekolah Menengah Sheikh Malek), sebab adik-adik sume kenal kak fiey kan, dah tau perangai kak fiey kan..urmm..K.fiey ngaku apa yang k.fiey dapat tak sepadan pun dengan apa yang k.fiey usahakan..k.fiey percaya ini semua 'BERKAT' doa semua orang untuk k.fiey"

    Hingga ke hari ini, saya masih berpegang pada percaya harus adanya 'keberkatan' pada setiap apa yang kita perolehi hari ini. Cuma, bezanya hari ini, saya sudah terasa makin kurangnya kehadiran berkat itu, mungkin dek kelalaian dan terjauhnya saya daripada kecenderungan berbuat baik pada orang dan mungkin terhakisnya berkat itu dek perlakuan dosa-dosa semalam..

    Apapun, harus jua melangkah dengan niat untuk terus menuju penambahbaikan.....

    Walaupun bukan mudah dan sukar, tapi jika ini jalan Allah pilih dan sediakan untuk saya, saya berdoa agar DIA kuatkan hati saya dan bedoa agar DIA memegang kejap hati untuk hidup dan mati kerana DIA..

    Bittaufiq wan najah........
    Seeru 'alaa baarakatillah....
    Allahumma yassir walaa tu'assir...

    fiey ahmad
    salam imtihan

    Thursday, March 11, 2010

    Nikmatnya 30 saat itu..

    2 comments:
    Bumi Kuantan ni dah beberapa minggu dilanda kepanasan melampau, kering garing kami dibuatnya..Ada satu masa suhu di sini pernah mencecah 40'c..hohoho, semacam duduk kat padang pasir lah pula..Kalau dijemur baju basah lencun, air berjejer-jejer, mau kering tak sampai 2 minit..2 minit....^.^

    Sedar tak sedar, kepanasan dan kegaringan memberi kesan pada kehidupan sehari-hari kami..Aircond yang selama ini buat kami terketar-ketar kat di dalam kelas, tak beri 'effect' pun..Aircond kereta tak main dah 'on' kat 1, buka kat tahap 'max'..Tanpa sebarang 'exercise' pun, bersiram peluh semua orang..Tekak semua orang pun dah semacam, suara dah nak jadi ala Amy Search dah..Sore throat dek kurang air....

    Petang-petang, bilik sendiri dah jadi  'sauna' percuma..

    Tidur petang?
    Dulu, tidur petang macam nikmat sangat untuk melepaskan penat di kala selepas posting, 'compartment' kecil bilik pun terasa macam bilik hotel, lena..Hilang penat.
    Sekarang, saya tak mampu sangat tidur selepas pulang kerja, berpeluh, tidur pun tak lena..Dan, saya cepat dapat 'rashes' bila peluh sebab panas (alhamdulillah, tak 'rashes' sebab peluh main..hehe).

    Alam juga terkesan~

    Tasik kat dalam UIA ni pun dah kering dengan hebatnya...Sampai nampak tebing tanah merah, mungkin hanya beberapa kaki je kedalaman yang tinggal..
    Pokok-pokok nampak kering, berdebu, gersang..
    Jalan tar nampak berair, dek fatamorgana semacam kat padang pasir sudah.
    Kucing-kucing pun nampak kering semacam, mungkinkah sebab tiadanya air kat dalam longkang-longkang ataupun lopak-lopak air? (iskkh, ada kaitan ke kucing ni, hihih..)

    Manusia-manusia..Muka berkerut-kerut..Sama ada dua, kerut muka tahan panas atau kerut muka tak puas hati "kenapa panas sangat nih?..."

    Adapun tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh dengan subur dengan izin Allah. Dan tanah yang gersang, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kebesaran kami bagi orang-orang yang bersyukur.         (Al-A'raf: 58)


    Kita manusia yang selalu kufur nikmat..

    Bila panas kita mahu sejuk, bila terik kita mahu awan, bila kemarau kita mahu hujan, bila sejuk kita mahu haba, bila tengkujuh kita mahu matahari...Bukankah itu tanda-tanda kita kufur nikmat? Bila mahu kita bersyukur dan ingat pada ya Rabb Maha Pengatur Alam.


    Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat)“. (Ibrahim: 34)

    30 saat itu..~



    Di saat air di empangan Kuantan kering sepenuhnya, di kala rakyat Kuantan hampir mengalami keputusan bekalan air, di waktu Ria Izzati Razali sudah pun mengumumkan berita itu di Facebook dengan jayanya (sikap kasihnya si bung),......
    Allah dengan penuh ihsan, cinta dan hikmahNya, menurunkan hujan dari langit biru yang sangat lebat petang tadi,

    30 saat..Atau kurang daripada itu..

    Kira-kira jam 10 pagi tadi, saya masih di wad saya masih di wad 5B, memandang keluar pintu sisi wad dengan rasa yang cukup teruja...Tak berkelip, menyaksikan jutaan titisan air rahmat daripada Allah...

    "Katalah alhamdulillah......" tegur seorang patient yang agaknya telah lama perhati gelagat saya di tepi katil dia..


    Saya senyum panjang....
    "Alhamdulillah,..Pak cik, apa lagi yang layak saya ucapkan buat Allah atas nikmat 30 saat ini...." saya omong sendiri..

    Kesegahan daripada hujan

    Sepanjang perjalanan untuk dental appointment, hati berbunga menyanyi riang, bersyukur melihat bumi basah ditimpa hujan, tumbuhan hijau kelihatan segah kembali, langit mendung redup seketika waktu.. Nikmat di celah-celah nikmat..Fikirku, pasti ada doa-doa orang soleh yang Allah perkenankan, pasti ada orang-orang yang Allah ingin uji dengan hujan yang Dia turunkan

    Allah itu hebat bukan..

    Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah.             (Al-Baqarah: 172)


    “Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu.” (Ibrahim: 7)

    fiey ahmad
    Tuhan itu benar Maha Mengetahui

    Sunday, March 7, 2010

    Iqra' ~dengan nama Tuhanmu

    No comments:
    اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
    [1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
    خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
    [2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
    اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
    [3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
    الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
    [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
    عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
    [5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.




    ~Wahyu pertama

    Tak mampu disangkal hikmah yang sangat besar Allah turunkan ayat 1-5 surah al-Alaq ini sebagai wahyu pertama buat Rasulullah s.a.w, bagi membenarkan bahawa menuntut ilmu itu tinggi tempatnya di sisi Islam. Ilmu itu maha luas definisinya yang tidak tertakluk pada ilmu pelajaran dan silibus sahaja. Segala apa sahaja yang tercipta di alam ciptaan Allah ini punya ilmu masing-masing di sebaliknya.

    Luasnya Ilmu Allah itu hingga digambarkan bahawa jika jari kelingking kita dicelup ke dalam air laut, hanya titisan yang terakhir di jari itu mewakili ilmu di bumi, selebihnya itu adalah ilmu Allah, dan itu masih jua belum mencukupi untuk menyamai keluasan dan keagungan ilmu Allah walau didatangakan dengan 7 kali lautan di bumi ini..


    ~Baca dan Beramal

    Amal tanpa ilmu satu kegilaan, ilmu tanpa amal adalah satu yang sia-sia.
    Penghubung pembacaan dan beramal ialah daya fikir dan pengolahan rasional dan kefahaman. Maksudnya, kena fikir lepas baca barulah tak habis masa untuk membaca tapi tak dapat apa-apa (saya banyak kali juga baca tapi lupa, T_T).Semakin banyak kita baca semakin dalam kita tahu yang betapa kita ini kecil sahaja. Dan benarnya, berapa A kita dapat, berapa GPA, atau berapa CGPA kita bukan penentu mutlak tinggi rendah ilmu itu. Yang pasti, ilmu yang diamalkan, dikongsi, dan ditebarkan, dicatat di bahu kanan dan menambah berat amalan baik di timbangan Mizan kelak.

    Selamat membaca dan selamat Beramal...

    Kembara Ilmu
    Album : Kias Cinta
    Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
    http://liriknasyid.com


    kembara ilmu selaut cahaya
    milik Tuhan tiada bertepi
    diselam tak jejak ke dasar
    ditimba tak luak setitis

    kembara misi lembah nurani
    menakung titisan ilmu suluhan budi
    resapan dari akal yang murni
    untuk diuntai mutiara sufi
    menjadi azimat menuju firdausi

    lembah nurani fitrahnya suci
    jangan ditinggal gersang
    jangan dibiar hitam
    gersang nurani kerana tiada ilmu
    hitam nurani kerana dosa bertimbun

    noda di hati melemahkan minda
    kembara sufi terasa sukar
    sesatlah di dalam pelayaran
    hanyut tiada pedoman
    akhirnya karam dalam kegagalan
     
     
    fiey ahmad
    hanya DIA yang tahu

    Saturday, March 6, 2010

    Tiada Manusia Sempurna...

    2 comments:
    Sebaik-baik Ciptaan yang tidak sempurna

    Di belakang kisah penciptaan manusia, Allah menyatakan bahawa DIA menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, bukannya sesempurna kejadian. Dengan itu, bukanlah layak kita membanggakan diri sendiri bahawa kita makhluk terbaik dan 'paling sempurna' kerana setiap manusia itu pasti ada kekurangannya, yang dengan sengaja dan bertujuan Allah sertakan ke dalam penciptaanNYA. Hargai dan gunakan sebaik-baiknya nikmat yang ada pada kita..

    "kekurangan yang ada pada orang lain itu menjadi ujian buat kita"

    Thursday, March 4, 2010

    Di sebalik 'Pemergianmu'...

    No comments:
    Di sebalik..









    Diriwayatkan bahwa surah AI-Maidah ayat 3 diturunkan pada waktu sesudah asar iaitu pada hari Jumat di padang Arafah pada musim haji terakhir  iaitu Haji Wada.

    Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas menangkap isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.*

    Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:  


    “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Karena itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu denganmu.” ~Al-Maidah Ayat 3

    Setelah itu Malaikat Jibril a.s. pergi, maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. Ketika para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempuna.”

    Namun ketika Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis dengan kuat. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga malam.