IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, December 15, 2009

Perginya Seorang 'Mujahid Kecil'



'Ukasyah bin Mohd Hafiz

Sebaris nama indah buat seorang mujahid kecil, anakanda sulung sahabat sekuliah saya, Mawaddah Sabaruddin. Kelahirannya cukup diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh ahli keluarga kedua-duanya kerana 'Ukasyah yang cucu pertama.

Di saat mengikuti kisah perkembangan sahabatku ini, segenap hati saya dijentik perasaan syahdu ketika membaca kisah di sebalik nama' Ukasyah yang diberi. Bergetar jiwa, jatuh gugur air mata..
(http://buatmuanakku.blogspot.com/2009/09/ukasyah-yang-berbahagia.html)

Di sepanjang usia bayi comel ini mencecah 3 bulan lebih, saya bersyukur dengan kesempatan untuk bermain dengannya di ketika clinical posting di Temerloh. Cuma itu sahaja saat saya pernah mendukung dan mencium bayi suci itu..Terlalu mulus dan terlalu suci daripada dosa, buat rasa tidak pernah puas menciumi dia.

Berita yang saya dengar daripada K. Mar usai solat Isya' malam itu, cukup perit merentap tangkai jantung saya..Terduduk saya, seolah-olah tak percaya..Beratnya rasa hati waktu itu..Berita awal yang disampaikan 'Ukasyah 'pergi' akibat 'aspiration pneumonia' (tersedak susu) petang itu..Namun, saya enggan percaya akan khabar itu lagi selagi belum mengesahkannya daripada orang-orang yang maklum betul dengan keadaan itu.

Ohh, baru saya sedari rupa-rupanya Naddy bergegas keluar petang itu bersama Mona atas sebab kemalangan itu. Kami pelajar Nursing di level ini diselubungi rasa terkejut dan masih tidak percaya. Ada yang sudah bersiap untuk ke hospital.

Dan saya, masih lagi kaget..

Cuba menenangkan diri,saya menarik nafas panjang..Berfikir..Bimbang juga jika kita akan mengkalutkan lagi keadaan..Mencari-cari siapa bersama Mawaddah tika itu, K.Am salah seorang daripadanya..Alhamdulillah, K. Am menjawab panggilan dan kami terus bersiap untuk menuju ke unit forensik selepas mendapat kebenaran Mawaddah..

Sepanjang pemanduan, hati dan jiwa saya terasa di awang-awangan. Cuba memfokuskan diri. Terasa dada dihimpit 1 tan bongkah batu. Rasa ingin menangis itu tak tertanggung, namun airmata ditahan daripada berjujuran. Dan sesungguhnya, perasaan itu amatlah perit..Kehilangan orang tersayang sekelip mata tanpa sebarang persediaan, cukup menguji kekutan iman di jiwa..

Kerana tidak berkesempatan malam itu untuk memeluk Mawaddah dan mengucapkan takziah, Allah memberi saya ruang untuk menemani 4 sahabat baik Mawaddah; Naddy, Siti, Mona dan Ismi keesokan harinya. Berbekalkan 3 jam tidur yang tidak berkualiti malam itu, kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi. Aku thabatkan hati untuk pergi, menunaikan hak anak buat seorang sahabat.

Peristiwa ini meruntuhkan tembok jurang sahabat itu. Meskipun saya bukan di kalangan yang rapat dengan Mawaddah, tapi hati menjerit ingin berkongsi keperitan itu. Kerana saya tahu betapa beratnya perasaan menanggung bebanan.

Alhamdulillah, perjalanan ke rumah Mawaddah berjalan lancar,kecuali di ketika mencari rumah Mawaddah. Agak memakan masa di situ. Selepas menghubungi saudara terdekat, kami bergegas ke tanah perkuburan di masjid Alam Damai. Sesampainya di sana, jenazah sudah selamat dikebumikan. Di bawah langit redup tengah hari, Hafiz sedang meratakan tanah buat kali terakhir dengan wajah yang cukup tenang.Cukup redha.Cukup tabah...Allah, sungguh saya sepi menghayati suasana.

Bacaan doa Imam mengalirkan air mata saya. Tak tertahan...Doa yang cukup menusuk kalbu..
Alhamdulillah..'Ukasyah selamat kembali ke sisi Allah..


Insan Terpilih

Allah telah memilih kalian berdua dengan seistimewanya, wahai sahabatku..

'la yukallifullah nafsan illa wus'aha (2:286)
" Allah tidak sekali-kali akan menguji seseorang itu melainkan dengan keupayaannya.."

Sesunggunhnya, janji Allah itu benar..Kalian benar-benar terpilih untuk dikurniakan ujian kehilangan insan tersayang. Barang pasti, ujian itu diturunkan buat kalian dengan penuh kasih Allah, berjanjikan kerahmatan dan kecintaan Sang Pemilik segala di bumi dan di langit..

Kalian terpilih untuk menjadi ibu bapa buat si kecil yang tiada palitan dosa.
Kalian terpilih untuk merasa nikmat bahana Kasih Sayang Allah yang Maha Hebat
Kalian terpilih untuk diraikan bayi comel ini di pintu syurga di akhirat kelak..
Moga Keimanan dan Kesabaran kalian semakin ampuh dek belaian kasih Allah ini..


"'Ukasyah Milik Allah"~Mawaddah

Runtun jiwa kecil saya di saat Mawaddah menuturkan bait itu sejurus memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat yang hadir buat mengiringi jenazah 'Ukasyah di Hospital Tengku Ampuan Afzan malam itu (14 Disember 2009). Kaki tak terasa menjejak bumi, hati parah menahan rasa.Mata tak terbendung air mata..

Tabahnya hatimu, wahai sahabat..
Pulangnya ' Ukaysah dengan keredhaan sepenuh jiwa kalian pasti adalah yang terbaik untuk pejuang kecil itu.

Lahirnya membawa sinar ke dalam hati kalian, Keletahnya membawa bahagia beserta kesyukuran buat kalian. Namun, perginya tidak akan pernah memalapkan semangat dan cinta kalian pada pejuang kecil itu..Pasti..

Syukurnya, perjalanannya tidak dicaliti dosa, tidak dipaliti nista..Jiwa dan pancainderanya belum discemari kejelekan dunia..Teruskan bertabah, Cinta Allah buat kalian senantiasa ada. Itu Doa saya.

Kasih Sayang Tanpa Syarat..

Ingin saya lakarkan segunung kegembiraan buat arwah 'Ukasyah, kerana si kecil itu merasa kehangatan kasih sayang tanpa batasan daripada kalian sekeluarga. Sejak daripada perkhabaran ketibaannya, hinggalah ke hujung nyawanya, cinta, kasih dan sayang itu tidak bersyarat, melainkan semata-mata daripada jiwa fitrah seorang ummi dan ayah..

~Allah, ku kagumi segala perancanganMU, ku tangisi segala kedhaifan ini ciptaan sendiri.


fiey ahmad
Jiwa masih Suram

2 comments:

  1. meremang bulu roma aku baca post kali ini. erm. x terfikir sedalam ini, sebelum ni cuba tidak berfikir byk mengenai perkara ini kerana mende ni sme terjadi di kala kt semua sibuk dgn kerja2 sekolah.. xpe2. nanti 'ukasyah akan menunggu mawaddah& hafiz di pintu syurga.. :)

    ReplyDelete
  2. urmm..di waktu itu semua kebingungan..namun itulah tanda kekuasaan ALLAH, tak kira masa, sedia ataupun tidak, KUN FAYAKUN..bila2 masa je..

    ayuh perbaiki diri lagi

    ReplyDelete