Sejarah Haji
Album : Balada Makkatul Mukarramah
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com
Haji mengingatkan kita
Sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas
Agung lagi suci
Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya
Sejarah berkata lagi
Tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah
Taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di Tanah Haram
Suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal kepada Ilahi
Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali
Siti Hajar mencari air
Ke hujung ke pangkal
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah Beberapa kali
Aduh hatinya cemas
Anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah
Yakin sekali
Di dalam mencari-cari
Terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan
Kaki anaknya bakal Nabi
Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut Zam-zam,
Zam-zam Itulah dia air Zam-zam
Yang kekal hingga ke hari ini
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya
Sudahkah kita mengambil Pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
Wajib berkorban Taat, sabar dan tawakkal
Jadikan pakaian Cintakan Allah
Pengorbananlah sebagai bukti
P/s :
Walaupun Aidiladha sudahpun berlalu, tapi alhmadulillah juga dapat bertemu dengan lirik lagu zaman kanak-kanak saya yang masih evergreen di ingatan. Balik ni kongsi denagn Nor, mesti dia suka ni.
Moralnya di sini (berhasil untuk saya dan mungkin juga untuk sesetengah orang yang lain)
Moralnya di sini (berhasil untuk saya dan mungkin juga untuk sesetengah orang yang lain)
- Pentingnya zaman kanak-kanak..Waktu kecil-kecil lagi, jika anak-anak disajikan dengan pengisian yang baik, insyaALLAH kesan itu amatlah berbekas dalam diri mereka kerana waktu inilah 'optimal time' mereka menerima input dan membina jiwa mereka. InsyaALLAH inputnya juga akan baik.
- Go surfing..Sesungguhnya jaringan tanpa wayar ini sangatlah bermanfaat bagi sesiapa yang mampu memanfaatkannya sebaik mungkin. Tanpa dilalaikan atau melalaikan kepentingan harian, internet boleh menjadi sumber isian jiwa yang amat luas. SELAGI HATI ITU MAHU..
- Banyakkan MEMBACA, fiey..Banyakkan membaca, terlalu banyak perkara yang menarik lagi beraedah yang ada dalam dunia ni..Cuma tinggal, kena raji baca dan cari je..Lagipun, kene tingkatkan 'gear' untuk 'improve' English ni.Bak kata Ria, "Ko kena banyak tengok movie English ni, vocab ko macam kurang lagi"...~baik bos..!!
- Hargai dan gunakan sepenuhnya nikmat yang Tuhan beri..Menjadi hamba yang bersyukur itu pasti dipandang senang oleh Tuhan. Menjadi bersyukur itu bilaman kita memanfaatkan apa yang kita ada, apa yang kita tahu, apa yang kita fikir demi kebaikan orang lain. InsyaALLAH, nilainya mesti tinggi di sisi Tuhan. ~Balligh anni walau ayat~
fiey ahmad
~Sila siapkan proposal tu~
~Sila siapkan proposal tu~
No comments:
Post a Comment