Betapa riang dan gembiranya anak-anak kecil ini menikmati dunia mereka
Dunia yang penuh keriangan dan keindahan
Dunia yang tiada perkara yang menyesakkan jiwa
Bertatih dalam meniti hidup ini sebenarnya meletakkan diri kita sebenar-sebenarnya kembali betapa hebat dan agungnya penciptaan Tuhan. Betapa agungnya perancangan dan aturan DIA..
Betapa hinanya kita manusia yang tidak menghargai setiap detik nafas kita ditarik dan dihembus selama ini. Memandang semula ke belakang, tiada suatu pun yang boleh diri ini hadapkan di saat bertemu Tuhan kelak yang boleh memberatkan timbangan yang menyelamatkan..~Allah..
Apa yang tinggal sekarang ialah MASA DEPAN
Masa depan yang tinggal tidak diketahui berapa lama lagi yang bersisa
Sedaya upaya menghargai apa yang ada di sisi
Seboleh mungkin menyayangi dan mencintai kurniaan dan anugerah daripada Tuhan
sama ada Baik atau Buruk di mata saya
Mungkin juga saya tinggal meninggalkan kesan yang baik yang boleh dibanggakan atau dimanfaatkan oleh yang seterusnya, paling-paling kurang yang saya impika tiada bekas kesan terasa hati di hati insan-insan yang mengenali saya, lebih-lebih lagi insan terhampir dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya mungkin bukan saya yang sekarang..
Meniti pertengahan usia ini seolah-olah segala cerita yang didengari sebelum ini benar belaka. Bila dikatakan di kala umur menginjak ke digit bermula dengan nombor 2, hampir segala perkara terasa menyesak di dada, memberat di kepala..
Setiap kali terjadi perkara yang berbekas di jiwa, setiap itulah semangat terus dibakar..
Kebangkitan sejurus kejatuhan..
Semoga tidak disalah ertikan..
Semoga diri ini terus ditegur dan diperbaiki..
Kerana saya perlukan itu~
fiey ahmad
di kala hujan berhenti sekejap
No comments:
Post a Comment