~Rugilah orang-orang yang berkira-kira yang jatuh itu tanda menuju KEGAGALAN, maka beruntunglah bagi sesiapa yang bangkit daripada kejatuhan itu menuju KEJAYAAN~
Hikmah Di sebalik Kegagalan.
Hikmah yang Allah sediakan di sebalik setiap sesuatu kejadian itu amatlah luas. Jika tak disempitkan hati, tak diredupkan fikiran, tak dikaburkan jiwa.
Keyakinan itu berbuah hasil daripada pencarian. Pencarian yang ikhlas. Pencarian yang ikhlas itu insyaALLAH didorongkan oleh rahmat dan kasih sayang ALLAH. Semakin kita mencari, semakin kita yakin. Usaha dan tawakal daripada kita, natijah nya daripada Allah. Terima kasih Naddy untuk buah ingatan cinta manusia sebagai hambaa.
Kasih sayang dan Perhatian 'family' dan teman-teman seperjuangan. Bukan tujuan saya menulis untuk meraih perhatian dan simpati sahabat-sahabat. Sekadar berkongsi cerita demi mengutip hikmah di perjalanan hidup ini. Di kala begini,terasa hikmahnya berkongsi cinta saudara sesama kita, baik sedarah sedaging, sesama menjunjung kalimah syahadah mahupun saudara sesama menghuni bumi Tuhan. Biarpun keresahan yang melanda pada awalnya tidak mampu dihambat pergi, namun, sedikit sebanyak sokongan dan semangat daripada semua meredakan kegelisahan.
Rasa Syukur.Rugilah saya jika saya tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan yang diterjemahkan melalui kasih sayang dan perhatian sahabat-sahabat. Semoga jiwa ukhwah ini terus subur di hati kita walau apa jua yang kita tidak pasti berlaku di masa akan datang.
Tidak putus asa.Kejatuhan itu perlu buat kita manusia. Perlu. Kerana daripada kejatuhan itulah kita belajar dan lebih belajar untuk memahami langkah demi untuk langkah seterusnya. Apakah kita kira manusia itu lahirnya terus berlari, ataupun lahirnya terus petah berkata-kata. Kita untuk berjalan dan berlari, berapa kali sudah jatuh tidak dapat dikira, tapi daripada jatuh bangun itulah hasill daripada USAHA. Tanpa mengenal putus asa, kita sebenarnya mampu mencapai lebih daripada jangkauan kita.
Manusia itu dan segala jenis kejadian di muka bumi ini mengikut Sunnah Allah, yakni segalanya beredar mengikut ketetapan, lahirnya berevolusi. Untuk berevolusi manusia itu belajar untuk jatuh dan bangun.
Sesungguhnya, kejatuhan itu barangkali teguran atau ingatan daripada Allah, tanda DIA ingin menyedari kelemahan kita. Mungkin kita di suatu saat, kita lupa pada tujuan asal tindakan kita. Mungkin pada suatu waktu kita leka daripada matlamat dan hala tuju kita. Mungkin juga pada suatu ketika itu, kita lalai daripada erti keikhlasan yang kita titipkan pada setiap langkah kita.
ikHLaS aDaLaH uMpAmA seMuT yAnG hiTaM
di AtaS bATu HitAm di MaLaM yaNg GeLAp
- SAIDINA ALI R.A.-
Dan jatuh ini adalah tarbiah didikan penuh kasih sayang daripada dia agar kita selalu rasa dan sedar kita hanya hamba. Rasa kehambaan itulah yang melorongkan kita untuk senantiasa meletakkan rasa "Kebergantungan" itu hanya pada Allah. Hanya pada Allah.
~Bukan mudah benafas dalam jiwa hamba,...Lebih-lebih di ketika dunia ini meniti waktu ke penghujungnya.. Semoga Allah memelihara hati kita hamba yang selalu berbolak-balik ini~
fiey ahmad
3 paper lagi..
-maaf jka melukakan-
=)
ReplyDeleteyeah sokong!! salam perjuangan dari bumi gombak (^_~)
ReplyDeletenothing is permenant in this wicked world - even our troubles..
ReplyDeletenaddy: Terima kasih singgah,,ukhwah itu terkesan di hati
ReplyDeleteAnak ayah: salam kasih sayang..berharap kita akan lebih rapat.
Anonymous: there are fixed and variables things in this luvly world. We are the controller, and Allah is the Almighty Assessor.