~Lihatlah setiap sesuatu itu daripada Allah,pasti ketemu nikmat kasih sayang Tuhanmu padanya~
Telah Allah janjikan bagi umat manusia, setiap apa yang dijadikanNYA bukan sia-sia..Pasti penuh hikmah dan ibrah yang tersurat mahupun tersirat..Dan pasti ada yang bisa membongkarkannya, sama ada dari kaca mata mahupun mata hati..
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]
Fikir dan Zikir pada Allah, kesannya ketenangan pada hati kita..
Bila kita memandang sesuatu itu daripada Allah, pasti hati kita aman merasakan cinta Allah itu, sama ada berbentuk HADIAH,TARBIAH, INGATAN,ataupun TEGURAN..
Barang pasti setiap derap langkah perjalanan hidup kita pasti ada perancangan dariNYA, 'haluan' dan 'laluan' sebahagian daripada pilihan kita.
Bersangka baiklah dengan DIA, insyaALLAH ketemu ketenteraman di jiwa.
Berbuat baiklah dengan setiap sesuatu yang ada pada kita untuk setiap sesuatu di sekeliling kita, kelak pasti datang pertolongan yang tidak disangka-sangka daripada Tuhan yang Maha Pemurah, dalam sedar mahupun tidak...
~Ya ALLAH, tenangkanlah hati ini dalam maghfirah dan mahabbah dariMU..Jauhilah aku daripada bersalah sangka terhadapMU dan terhadap segala yang Engkau berikan~
fiey ahmad
Temerloh Bandar Ikan Patin
No comments:
Post a Comment