IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Friday, September 4, 2009

Ramadhan dan Tidur...


Puasa bererti menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari..

Urrmm..menahan diri daripada makan dan minum menyebabkan sebahagian besar kita berehat daripada melakukan kerja-kerja harian mereka setahun yang lepas. Berehat ni bukan bermakna tak buat kerja langsung, cuma berjalan dengan 'slow rate' sikit. Kalau tak jalan langsung, alamatnya, "bercerailah nyawa dan badan" (gaya nada suara P.Ramlee dalam cerita Pak Belalang).

Ini bermakna sistem penghadaman dan juga sistem lain diperlahankan gerak kerja disebabkan perlahannya sistem peredaran darah dalam badan. Pendek kata, sistem badan amatlah bergantung pada satu sama lain, dan sistem peredaran darah merupakan sistem penghubung antara kesemuanya. Di kala berpuasa, kebanyakan kita akan mengalami syndrome 'oxygen deprivation' (kekurangan oxygen) dan mendorong rasa mengantuk itu menghantui hidup, lebih-lebih lagi di Ramadhan ini. Bila ditambah dengan kerja-kerja sekolah dan Mid Term exam yang memenuhi ruang waktu pelajar-pelajar UIAM di ketika ini. Stress dan high workload meningkatkan lagi oxygen demand oleh sel-sel dalam badan ni.

Compensatory response


Bila dah kekurangan oksigen ni, kita biasanya akan menguap (tanda kurang oksigen la tuh). Dan menguap ni tandanya kita perlu tidur, sebab tidur buat badan kita berada dalam keadaan 'stand by', penggunaan oksigen paling minima dan juga dapat tebus oksigen tu.
Boleh difahami di sini,
bila puasa, oksigen makin kurang,
bila oksigen kurang,kena ganti balik,
nak ganti balik, kena tidur..wuwuwuwu..

Tapi...

Cuba ambil masa fikir sekejap, bulan ni bulan Ramadhan, setahun sekali je datang jenguk kita. Tu pun kalau kita panjang umur, sempat lagi Ramadhan depan, kalau tak, ni je peluang kita, nak rebut keberkatan dan keindahan Ramadhan ini. Ramadhan bukan sahaja pasal puasa, buka puasa, makan apa, minum apa..Ramadhan is far beyond those..
Urrmm..ruginya kalau Ramadhan kita ni banyak dipenuhkan dengan tidur kan, sebab bila kita tidur, mata tutup, otak dah tak berfikir secar sedar,dan masa di Ramadhan berlalu macam tu je..Sayang kan..

Bukan niat di sini nak beritahu semua orang jangan tidur di bulan puasa ini, saya pun tidur jugak, *sengih-sengih..;), tapi kena berpada-pada kan..

cuma buat peringatan kat diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, Ramadhan ini bulan istimewa, jom kita sama-sama memaksimakan penggunaan masa di ketika masih di dalam waktunya..

Baca Quran..
Baca buku..(da nak exam kan)
Baca blog orang..(cari iktibar dan pengajaran, serta cerita-cerita lucu)
Muhasabah diri..
dan lain-lain lagi lah..

sesungguhnya saya hanya insan biasa..Ngantuk dan tidur dalam kelas tu amatlah sinonim dengan saya ini, bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, *huhhhh..
Tapi akan cuba berusaha ni, at least di Ramadhan ini nak menikmati Ramadhan ni baik-baik, bimbang tak sempat Ramadhan seterusnya..
Kalau saya tidur sekejap tu, bagi lah saya peluang..hihi..
Kalau nampak tidur yang lena dan lama itu, kejutkanlah saya..
Beritahu kat saya "fiey, Ramadhan ini..jangan terlepas.."

Apa yang saya nak kongsikan di sini..pentingnya sahabat-sahabast dalam menjalani hidup.
Sebagai teman,
Sebagai sumber suka duka,
Sebagai pemberi peringatan,
dan sebagainya lah..


“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu,
sehingga dia mengasihi untuk saudaranya,
apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri”
(Hadith Muslim)



P/s: teori tidur, menguap dan sebagainya di atas adalah pemahaman saya yang sedikit daripada ilmu yang saya belajar. Kira overview je la dari pehamaman ni.:)

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru, sedang dan akan belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..

No comments:

Post a Comment