IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, September 15, 2009

*Omar ALi*



Tiada ucap dapat menterjemah rasa kasih dan sayang yang ada dalam hati ini..

Hanya ingin digambarkan betapa rasa kesyukuran itu melangit punya adik seperti kamu..

Sejak bila..tiada pasti dari sini..

Mungkin sejak kamu kecil..
Adik paling nakal, paling hyperactive, paling gagah perkasa (boleh bilang banyak parut di muka dia tu).. ~Ada bahagia di situ

Mungkin juga sejak di sekolah rendah,
ketika kita selalu pergi sekolah sama-sama,
ketika kamu diumumkan 'lanun sekolah' bermata satu di hari perhimpunan, ketika melihat rambut kerinting kamu itu digunting cikgu Zamri (cikgu disiplin S.K. Paya Bunga) sejurus lepas perhimpunan.Juga ketika telinga kamu hampir diparang arwah AYah (tapi acah je pakai bahagian tumpul parang..hehehe).. ~Ada bahagia di situ

Mungkin juga sejak kamu di sekolah menengah..
Daripada budak gemuk Form 1, kamu 'transform' jadi lelaki good looking yang baik hati. Setiap minggu ada saja dapat 'call' untuk ke asrama SBP Batu Rakit tu, keropok, mee sup dan duit poket semestinya jadi bekal.~ Ada bahagia di situ...
Di Zaman Kamu SBP Batu Rakit dulu nih...

Dan..

Paling berkesan di hati ini, bila saat dan waktu kamu menjaga arwah Mak..Kamu menjaga arwah sepenuh hati, sepenuh jiwa, penuh kasih sayang dan tanggungjawab, sehingga arwah sendiri memuji layanan baik kamu sekalipun kamu dalam tempoh persediaan SPM.. Masih jauh untuk aku setaraf itu..Ketika aku ingin mengkhabarkan berita pemergian arwah, aku kuatkan seluruh jiwa untuk ke sekolah kamu, dengan air mata bercucuran sepanjang perjalanan, aku doakan agar kamu tabah..Namun, sebaliknya, aku lah yang tidak tabah di ketika itu, empangan air mata aku pecah tatkala melihat ketabahan kamu, kecekalan kamu, kekuatan kamu, dan ketaatan kamu..
Di kala kamu memeluk aku saat itu, aku menangis lirih mendengar kata-kata kamu..

"Shhhh..Jangan nangis, fiey...Kita kena kuat" Bukankah itu ayat aku untuk kamu sepatutnya..

Aku kaku melihat wajah tenang kamu, lalu kamu berkata " Arwah dah pesan kat aku jangan menangis bila dia pergi"..Lantaran itu aku dapat jawapan untuk kecekalan kamu itu, letaknya pada KETAATAN kamu..

~ALLAH, sungguh...., ada bahagia di situ..Sebenarnya aku beruntung punya adik seperti kamu..

Sejak itu kita makin bertambah rapat kan, menghabiskan masa bersama arwah Ayah yang kita masing-masing tidak menjangka pemergiannya selepas 2 tahun lebih arwah Mak pergi...Masih aku ingat lagi, nada suara kamu mengkhabarkan berita kepulangan arwah ke Rahmatullah malam itu...

"Fiey...Doakan Ayah yee..."

"Omar, Ayah macam mana?????!!!"

"Doakan 'ARWAH' Ayah yee..." sambung kamu penuh tenang.. Aku rebah..Tak tertanggung rasa itu..

"Omar....!!Tak mboh (tak nak)..!!"jerit aku tenggelam dalam tuala kecil di tangan..

"Jangan nangis, fiey...Jangan gini...Kita kena redha kan arwah pergi.." seru kamu..

Kelemahan ini jua aku pahatkan pada ketabahan kamu tika itu..Setibanya di rumah pagi itu, kamu berwajah tenang, seolah-olah tiada perkara yang memeritkan berlaku, menyambut aku dengan berpayung banner dengan Amit, dek hujan renyai yang membasahkan...~Ada bahagia dalam sayu di situ..

Perjalanan kita sebagai piatu juga menjadi tidak begitu berat dengan kamu di sisi...

Memberi kata-kata kekuatan di kala lemah bertamu,
Memberi jenaka menghibur di kala duka menjelang..
Memberi optimis di kala pesimis menjengah..

~Sungguh, ada bahagia di situ~

Aku sangat ingin kamu tahu, betapa aku kasih pada kamu..
Aku sangat ingin kamu tahu betapa aku sayang pada kamu..
Aku sangat ingin kamu tahu betapa aku tidak mahu melukai kamu..
Aku sangat ingin kamu tahu betapa aku sangat ingin lihat kamu tenang dan bahagia selalu dunia akhirat..

Sungguh, tiada apa pada aku untuk aku katakan bahawa aku adalah kakak yang baik untuk kamu..
Tiada apa yang aku lakukan untuk kamu untuk aku katakan aku telah menjadi kakak yang baik untuk kamu..

Aku sekadar aku yang akan sentiasa kasih dan sayang pada kamu..
Tak kira apa kamu dulu,
Tak kira apa kamu sekarang,
Tak kira apa kamu akan datang..
Cinta, Kasih Sayang atas nama Allah yang Maha Pengasih, demi darah yang mengalir sama dalam tubuh kita, aku harap tidak ketemu hujungnya..

Maafkan aku andai tersalah bicara, mengguris rasa, mengusik hati kamu...
Sungguh, bukan itu niat aku..

~wallahua'lam~

fiey ahmad
UIA Kuantan
25 Ramadhan

3 comments:

  1. This post, it's really great... Bertuah adik ko fiey.. Aku doakan ko dan family ko bahagia selalu.. Dan dikesempatan ini, aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI".. 'MAAF ZAHIR DAN BATIN'..

    Ikhlas daripada;

    RICCA

    ReplyDelete
  2. kau bertuah & adik kau pun bertuah...

    ReplyDelete
  3. ada bahagia di situ... bermula dari kaca mata apa yang kita pakai kan? jika kaca mata mengeluh..mengeluh lah selalu.. jika gelap.. gelaplah yang dilihat.. buang sekejap segala jenis kaca mata. Gunakan mata asli anugerah ilahi.. ada bahagia di situ. Thanks fiey. Jaga adik2 kat umah dan kat uia gak yer.. :)

    ReplyDelete