IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, June 9, 2009

Cuti Semester Yang Terisi

Hari ini dah masuk hari ke 4 saya berada di Terengganu.

Balik ke rumah seperti biasa, dan kali ini pula kebetulan overlap dengan cuti sekolah. So, semua adik-adik berkumpul kat rumah..Tapi, seperti biasa lah, musim cuti sekolah ni 'port' biasa kami ialah PP2 Pasar Besar Kedai Payang. Kedai tinggalan arwah Ayah dan Mak. Kedai tu adalah hasil titik peluh mereka untuk kami..ALHAMDULILLAH, masih utuh seperti dulu.

emm.... perasaan rindu yang mengusik..Terlalu rindu pada Mak Ayah..Kadang-kadang terasa mereka masih di sini..

Setiap kali pulang ke rumah selepas seharian di kedai, penat sangat terasa, kalah kepenatan ketika 'posting'..Lama-kelamaan, saya sedar, penat itu bukan penat fizikal semata-mata, tapi lebih pada penat menanggung perasaan

Saban hari, dalam kereta ketika perjalanan pulang, saya dan kakak sering berkongsi cerita masing-masing, daripada perihal kawan-kawan, anak saudara, family , Mak Ayah hinggalah ke isu-isu masa depan. Macam-macam perasan wujud, gelak tawa, tangis hiba, semua ada..

Saya ada berkata, " Dulu aku rasa macam nak lari sangat dari keluarga ni..Sejak dari sekolah lagi..Tapi bila sekarang, aku rasa aku tak boleh lari, sebab aku adalah sebahagian dari ni.. Dan aku sekarang adalah kerana family ni..Sakit susah senang, aku belajar dari hidup dengan family ni."

Nor (kakak tua setahun daripada saya) "emm..aku pun macam tu..dulu, aku selalu rasa jauh, tapi sekarang terlalu dekat..kerana amanah-amanah Mak Ayah..Berat macam mana pun, kita kena teruskan"

Cuti kali ini akan sedaya upaya saya manfaatkan untuk keluarga dan orang lain..
Bak kata Aa Gym, dalam sebuah bukunya,"berbahagialah kamu dengan membahagiakan orang lain.."

Ahad ini saya harus pulang ke Kuantan.Uruskan kerja-kerja yang masih tertunggak dan yang akan datang juga. Beberapa hari lepas tu, saya akan berangkat ke KL untuk uruskan NANSA.

P/S: Rindu juga pada insan-insan yang berjasa dalam membangunkan jiwa ini. Doa sejahtera untuk arwah Mak Ayah, family dan sahabat-sahabat dunia akhirat.

2 comments: