Zionis makin kejam..Semakin hari semakin kejam..
Zionis gah melangkah tanpa secubit pun merasa bimbang dan gerun pada sesiapa..PBB??OIC??
Tidak ada satu kuasa besar pun mampu mencuit mereka...
Hari ini mereka dengan begitu tegar menyerang kapal-kapal yang dipenuhi bantuan-bantuan kemanusiaan untuk GAZA, menembak dan membunuh sukarelawan dengan alasan mereka hanya menyerang balas tembakan yang dimulakan oleh pihak kapal, Mavi Marmara..Hingga 16 orang terbunuh, ramai yang tercedera..Dan kini, anak-anak kapal itu sedang ditawan manusia-manusia kejam itu.
Butakah kita?
Pekakkah kita?
Jika kita menyaksikan ketidakmanusiaan ini tanpa berasa apa-apa. Jika kita mendengar berita cerita tentang peristiwa ini tanpa berasa apa-apa..Ataupun kita langsung tidak tahu menahu apa sebenarnya yang dikecohkan orang ramai dan media pasal Palestin hari ini...Naudzubillah..
Usah biarkan sikap KETIDAKPEDULIAN kita membuta dan memekakkan kita, atau lebih teruk membutakan hati kita daripada peduli dan ambil tahu tentang perkembangan Islam di sudut dunia lain.
Kita harus peduli.
Kita harus berbuat sesuatu.
“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim)
Ismail Haniya, Pemimpin Hamas Palestin lantang berkata:
"kita menunggu bantuan daripada kapal-kapal itu tiba..Andai mereka tiba, maka itulah kemenangan bagi kita..Sekalipun bantuan itu gagal tiba kepada kita, kita masih jua menang, kerana ketika itu dunia akan melihat lagi kekejaman Israel itu..!"
Wahai umat Islam khususnya,
Usah sekali-kali biarkan KETIDAK PEDULIAN menguasai kita dan jiwa kita. Usah biarkan DUNIA menutupi mata hati dan ihsan kita. Usah biarkan KEHIDUPAN kita hari ini menjarakkan persaudaraan seakidah kita..
Tingkatkan senjata ampuh kita berupa doa setinggi-tingginya pada Sang Penguasa dunia, kerana kita cukup yakin pada KUN FAYAKUN kerana Allah satu-satunya yang membenarkan setiap sesuatu itu berlaku.
Laungkan Qunut Nazilah....Tanamkan 'Kebencian' sedalam-dalamnya buat Israel serta kezalimannya, agar tertunai hak kita sebagai saudara, agar kita sentiasa mengingatkan jiwa dan hati kita bahawa seluruhnya kita tidak pernah menyetujui kezaliman bukan hanya apa yang berlaku di Palestin, malah di seluruh dunia pastinya..
Layarilah web berikut untuk terus mengikuti perkembangan semasa di sana.
fiey ahmad
andai kita di tempat mereka, bersediakah kita?
No comments:
Post a Comment