~Kosong~
Sudah beberapa hari tangan cuba untuk menulis..Tapi kosong..
Terlalu banyak perkara bersarat di hati dan di jiwa..Tapi tak mampu diterjemahkan ke papan kekunci ini..
Sangat berdoa dan berharap pada ALLAH, beri petunjuk dan kuatkan hati masing-masing untuk lalui jalan yang tidak mudah ini.
Tajuk post itu sememangnya original di situ. Pengisian asalnya bukan begini. Malah, jauh sekali begini.
Tapi,
masih boleh di guna pakai untuk menyalurkan rasa hati ini di waktu ini.
Sahabat-sahabat dan adik-adik yang saya sayangi dunia akhirat kerana ALLAH,
Ingatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat dan adik-adik yang dicintai..
Belajar Untuk Rasa Bertanggungjawab..!!
Atas setiap tingkah dan tindakan kitaAtas setiap tutur kata an ucapan kitaAtas setiap gerak langkah kitaAtas setiap niat dan tujuan kita
Sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan setiap daripada kita..Nikmat, ujian dan ingatan disertakan sekaligus..Allah pertanggungjawabkan kita dengan TANGGUNJAWAB sebagai KHALIFAH..Setiap individu Muslim itu adalah khallifah dan bertanggungjawab.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)
Pantas ingin dibicarakan...Redha ALLAH matlamat utama kita.
Penuhi setiap genap ruang di jiwa dengan KASIH SAYANG kerana Allah, kerana kasih sayang itu pasti tanpa syarat..Tanpa syarat siapa orangnya, apa latar belakangnya, apa kisahnya, apa lakunya..
Kasih sayang tanpa syarat ini memandu BENCI pada 'perlakuan'nya, pada 'tindakan'nya, bukan pada PELAKUnya..
Kasih sayang ini mengundang rasa 'sakit' yang amat di hati, menambah 'berat' bebanan di dada tapi pasti ketemu KETENANGAN di akhirnya.
Matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara..Tak kan pernah...!!
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [al-Room 30: 41]
Kembali pada Allah.., dengan sepenuh Kasih Sayang
dan,
Belajar untuk Rasa Bertanggungjawab..!
No comments:
Post a Comment