IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Friday, January 4, 2013

APPLE CRUMBLE...1st trial

3 comments:

Sangat simple dessert hari ini..1/1/12
Malas nak bake kek hari jadi sendiri, buat ni best juga

Bahan-bahan:
1. 6biji epal (kita guna 3bj epal merah 3 biji epal hijau, nak rasa which one lagi sedap..epal hijau masamm sangat rasanya)
2. Serbuk kayu manis (batang kayu manis pun boleh)
3. 120g gula perang
4. 250g tepung gandum
5.120g butter/margerine

Cara-cara:

1. Kupas dan buang biji epal, potong 8. Masukkan dalam pan bersama 1/3 gula perang dan serbuk kayu manis.
2. Panaskan dengan api sederhana dalm 3-5min. Lepas tu gaulkan 1sudu butter.


3. Sambil tunggu epal masak sikit, sediakan crumble,  gaul tepung, margerine gula (tinggalkan sikit untuk taburan atas crumble last2), serbuk kayu manis sikit.


4. Bila epal dah masak, letak atas ovenproof dish, then tabur rata tepung crumble. 

yang ini epal merah, kita letak sebelah

lepas tu epal hijau letak sebelah.. nak rasa mana lagi sedap
and, kita prefer epal merah sebab epal hijau masam sangat :)



5. Bakar 30min 180'c api atas bawah. 

6. Last, tabur lebihan gula dan bakar 5min agi untuk dapatkan super crunchy crumble dengan warna caramel..

warna caramel tu adalah hasil gula yang di tabur last 5min


Tabur lebihan gula perang kat atas sikit lagi.. Crumble ye saja rasa macam biskut jagung ada gula :)


P/s: rasa sebiiji cam pai epal, tapi lebih senang nak buat..OKU friendly..haha..makan dengan aiskrim dan sos vanila pun sedapp..sayang nak makan dengan BR, makan saja je la sebab malas nak buat vanilla sos lagi :)





 fiey ahmad
lepas ni, banana crumble pulak 





Happy Birthday to me..

No comments:
31/12/12

Dah genap 26 tahun dah diri ni.. Orang lain dah melangkah ke umur 27 tahun, kita baru nak merasa umur 26 dah jadi 27 juga..

Mr Hubby belanja BR 1/2 gallon.. sayang kamu!!

Pencapaian??

Tak kisahlah dengan nombor pada umur itu, tapi jenguk balik apa yang dah saya buat, apa yang dah saya capai.

Secara lahiriah, boleh kira banyak juga pencapaian dan perubahan yang berlaku pada diri saya..


UPSR, PMR, SPM, MATRIK UIA, MAIN CAMPUS UIA~ dah selamat semua, result Alhamdulillah cukup untuk makan..

Wakil sekolah, wakil matrik, wakil UIA main netball dan volleyball ~ dah sudah...

Join program itu ini, gi mari gi mari ~dah banyak jugak.

Dah dapat kerja baik sebagai nurse bilik bedah ~walaupun kerja 6bulan je tapi banyak perkara belajar.

Dah kahwin dengan Suami tercinta ~dah nak masuk 2 tahun Alhamdulillah bahagia ke saat ini.

Dah accident dan loss one of the most precious limbs ~ Alhamdulillah sebahagian besar badan masih dalam keadaan baik..

Dah berhenti kerja kat hospital dan jadi Suri rumah sepenuh masa dah ~ the great experience of life

Dah dapat seorang anak perempuan comel penyejuk mata penghibur jiwa ~Zahra nama diberi



Perkara di atas tiada apa yang kekal, dan tidak mampu jadi ukuran telah berjayakah saya..Tidak sama sekali..Allah tidak menilai semua itu melainkan saya manfaatkan semua itu untuk orang lain dan agama.

Saya tak pernah berbangga dengan semua itu tapi amat bersyukur dengan pengalaman indah itu..Itu antara jalan pembentukan saya hari ini. Tidak ada nikmat di atas mampu saya dustakan. Sesungguhnya, segala datang bersama tanggungjawab bukan..


Secara batiniyah........ sukar untuk cari kayu pengukurnya.


Sebagai anak >> arwah Mak dan arwah Ayah je tahu dan dapat kesannya hingga ke saat ini.

Sebagai adik/kakak >> adik beradik mungkin tahu betapa betah, lantang, selamba, kasarnya saya kadang-kadang dengan mereka.

Sebagai isteri >> masih turun naik, dalam usaha menambah baik diri untuk jadi isteri penyejuk mata penawar jiwa en Syed Abdul Mun'em tercinta.. Kadang-kadang merajuk, menangis, gelak, malas, rajin terlajak, cakap banyak, diam tiba-tiba, buat muka, ..Encik suami la yang banyak bersabar dengan kerenah saya dan dia jadi penilai juga untuk status isteri ini..~ " B, redha B lesen untuk Sayang dapat Redha Allah..Redhakan Sayang ye, B" 

Sebagai ummi >> Zahra belum boleh bagi feedback tapi jelasnya, long way to go..Banyak lagi ummi kena belajar kan Zahra..

Sebagai ahli komuniti >> masih jauh terkebelakang.. Jauh daripada orang yang memberi kepada agama dan ummat Islam. Baru join Masjid, baru nak involve program charity sekolah agama swasta yang tak berdaftar. Baru ngajar ngaji kat kakak muallaf seorang. Baru..Semua baru..

Ya Allah, mudahkanlah langkah-langkah kami untuk mencari redha Mu wahai Allah..


Tahun Baru Masihi 2013

Setiap kali ulang tahun kelahiran saya, memang sangat sinonim dengan sambutan tahun baru masihi.. Terasa baru nak berumur 26 tahun, sekali umur dah automatik jadik 27tahun.. :)

Dari dulu, memang tak pernah melibatkan diri dengan new year celebration. Bagi saya tak ada faedah langsung. 

Bunga api , buang duit.
Countdown2, buang masa.

Dua tahun kebelakangan ni, sambutan tahun baru menambah warnanya bila ada pihak yang berinisiatif menganjurkan sambutan yang lebih baik untuk umat Islam. Dan saya pula cemburu tak dapat berada di tempat begitu.

Pengisian rohani, tazkirah, selawat.. Tambah nilai iman kita, why not kan...

Dan bila tengok video mereka melaung takbir berkali-kali, Subhanallah, meremang rasanya..Kalau ruh dan semangat Islam semaki disuntik dan dijana di hati umat Islam berkali-kali sebegini, tak mustahil Malaysia bakal menyediakan barisan mujahid yang berani jihad untuk agama Allah..Suatu hari nanti inn Sha Allah.


Hari-hari terus berlalu dan tetap berlalu..

Menghitung umur yang makin bertambah, nilai kesihatan mulai susut secara teorinya, dan doa kami semoga kami lebih berusaha untuk menambah amal dan juga menambah nilai dalam hidup kami sendiri dan orang lain demi saham akhirat.

Semoga tak lalai di perjalanan. Semoga jalan hala tuju usrah kecil kami menghala ke arah membina masyarakat dan daulah Islam.


Radio kecil ini peneman kami dan sumber ilmu dan ingatan buat kami..best juga dan sangat berbaloi2..buat teman tidur lagi :)



fiey ahmad
dah tua dah...

Thursday, December 27, 2012

Our 1st BIG BAD WOLF

No comments:

21st December 2012

Last weekend for that big event, and Alhamdulillah we managed to get there.. Thanks to Aton & Kamal serta adik Manis for letting us having a precious hour to pick up books that caught our eyes, by holding Zahra for an hour (till Zahra cried and 'hidung meleles2..huhu). Thanks korang!!

For sure, we couldn't reach every single corners to scan every pieces of millions books there (might be 1/8 that night), so we just grab any books relevant to our aim which are SELF HELP, FINANCING, COOKBOOK, CHILDREN'S BOOK, PHOTOGRAPHY ETC..






With limited time, we walked separately, depending on the phone to meet again at the cashier.

And I used Zahra's stroller to wheel like 7kg of books.. My eyes never look up at the people or the places.. Just on the books.. But luckily bumping each other with my never-met before FB friend, k. Ain.. The 1st and the last person I know and met there. You don't even have time to look people around I tell ya.. :)


CASHIER TIME

Before payment, we went through once again to finalize books that we really want, and guess what, none of pieces in the stroller was taken out and somehow, more cookbooks were added..haha

Then, I'll left those to the money-holder..

Walked away and waited at the exit with my sleepy lil angel.

Total amountt for that night was RM 303...plus RM 107 that I requested Aton to buy before, making it RM 410...TADAAAAA...

HERE ARE THE BOOKS.....<3 p="p">




Till we meet again BIG BAD WOLF 2013.. :)

FIEY AHMAD
next year already got an assistant to wheel the trolley@something bigger..hihi..





Monday, December 17, 2012

Chicken Chop Black Pepper sauce

3 comments:
Salam semua..

Menu of the day..Chicken Chop..!!

#1 Attempt For Chicken chop Black Pepper Sauce..

ni suami kita punye sebab ye request nak letak cheese..


ni kita punya~

comment dr en suami: 

1. wedges tak cukup empuk (rebus xcukup lame.. adesss)
2. Kuah a bit salty (last minit pi tmbah oyster sauce, gulpp)
Overal is OK..yuhuuu..

Suke sebab sekeping raw chop tu roughly dalam rm3.50 je..masak2 mungkin dalm RM5-6, tapi makan menyandar..



Chicken Chop

BAHAN-BAHAN
1. boneless whole leg chicken
2. tepung gandum
3. telur 1biji atau 2biji, depend kuantiti ye cukup or x nk salut aym tu
4. bread crumb/serbuk roti (cari halal nye tau, sush nk carik hari tu)
5. garam n lada sulah


Cara2nya:
1. Salut ayam dengan tepung dulu, then salut ngn telur then baru breadcrumb..
2. goreng dalam minyak yang dah pns, tapi kekalkn suhu medium, sebb breadcrumb cepat garing n hangus kalu api kuat, tapi ayam lom masak..
Dah siap chick chop.

BLACK PEPPER SAUCE



1. 2sb butter
2. bawang holland, hiris
3.sedikit tepung gandum nk pekatkn kuat,
4. black pepper kisar, ikut suka ltak sbb ikut pedas masing2..kita letak 1sudu teh kut.
5. air rebusan ayam/ air plus kiub ayam
6. sos tiram skit pun boleh..garam jugak

Cara2.
Cairkn butter ats api sedikit, tumis holland, then tmbh 1 st tepung, gaul jauh dari api, then tmbh air rebusan ayam atatu air kiub ayam tu.
then tmbh perasa..

simple x?



fiey ahmad


so in love with chicken chop..


esok grilled chicken chop??

Sunday, December 16, 2012

Hujung Minggu = Hari Berjalan @ Hari memasak!!

No comments:




Salam semua..

Hujung minggu antara hari yang ditunggu- tunggu.. Biasanya, hujung minggu adalah waktu berjalan-jalan attend wedding sahabat handai, attend program family dan juga hari memasak kami jika tidak ke mana-mana.

Weekend adalah hari memasak BERIA kami..Beria bermaksud, banyak (boleh kasi jiran-jiran @ panggil kawan-kawan dan family makan..)

Suami pun dah bersetuju dengan idea tu dan kami ajak Nor dan Abg Ayub kami, satu2nya sedara ada kat Melaka ni join sekali dengan aktiviti ini dengan keluarkan plan, if Sabtu kami masak diorang tak payah masak, datang rumah kami makan, tapau pun bole, hari Ahad kami pulak bertandang kat rumah diorang..Jimat 1 hari memasak dan dapat 1 hari makan besar seminggu.. Best tak idea ni? hihi..


Dan minggu ni, adik dari KL datang, Luqman yang baru je kerja kat Daya Bumi..Orang bujang, makan minum dia tau tau jela..

Dan, ini dia menu hari Sabtu 16/12/12

SUP TULANG~ favourite since kecil2

3orang makan, 2mangkuk pyrex 1.25l ni dapat

Bahan-bahan: 
1. 500g tulang plus daging @ tetel 2 3 ketul (budget dlm rm7)
2. 1 biji Kentang potong 6
3. 1/2 lobak merah potong 12
4. 3inc x 0.5inc halia diketuk (detail x kita bagi, saja nak suruh buat math sikit, :P )
5. 2 biji Bawang merah
6. 2 ulas bawang putih
7. Rempah 4 beradik (ye ke dok tau panggil gitu, suka hati je kita, bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis)
8. Garam n 1/2 kiub ayam
9.Daun sup n bawang goreng untuk garnish

Cara-cara: 
1. Rebus tulang n daging dalam 1jam lebih (api medium, tudung lagi bagus, untuk daging yang emmpuk, cair di mulut)
2. Masukkan kentang n lobak n 1biji bawang potong besar2, bawang putih, halia.
3. Masukkan garam, kiub ayam, gula sikit*optional. Rebus lagi 30mint
4. Sambil tu, tumis 1 biji bawang lagi yang dah dihiris bersama rempah2 sampai naik bau dan garing. Pastu masukkan je tumisan tu dalam periuk sup..
5. Daun sup dan bawang goreng tabur time nak makan..Panas2..wushwush..





Makan time panas2, fuhhh..~

~never get bored with sup tulang ♥





Side Dish...Tempura Prawn

#1 Attempt

Bahan-bahan:

1. Udang ikut bil orang yang makan, seorang 2ekor atau 4 ekor untuk pemakan tegar (lagi besar udang lagi sedap, tapi kita guna L nye saiz kot udang ni, 1st trial 7 ekor dulu untuk 3org)
2. 2 sb tepung gandum
3. 1 st tepung jagung
4. Garam dan lada sulah
5. 1/2 telur (xbyk guna sebab nak bancuh tepung je, lebih lg 1/2, letak dalam makan Zahra. :) )
6. Serbuk roti (cari yang halal ye..tak banyak ada tanda halal)
7. Air sikit 
Cara-caranya;
1. Kupas udang 1/3 kulitnya basuh n tos
2. Bancuh tepung, telur, dan air, letak garam dan lada sulah sikit.
3. Untuk lekatkan bancuhan tepung kat udang, golekkan udang tu dalam tepung debu tu pastu baru celup dalkam bancuhan tepung.
4. Salut dengan serbuk roti, siap untuk digoreng.. 
p/s: udang ni cepat masak, jadi 2-3 minit deep fry tu dah cukup..Api medium high..

fiey ahmad


happy cooking

Saturday, December 15, 2012

Saya seorang SURI..

No comments:
Bimillahirrahmanirrahim


Tersenyum...

Termenung jauh kejap memandang screen putih ni..Lamanya tak menaip untuk menulis..

Dan hari ini harus gagahkan diri, lawan masa, lawan kelembapan menaip lawan segala-galanya.. kerana apa yang saya mahu daripada tulisan sendiri ialah agar ianya bermanfaaat pada semua semua orang terutama diri sendiri..ke arah lebih baik pastinya..

Alhamdulillah..sudah hampir setahun menjadi SURI RUMAH sepenuh masa.. Dan Alhamdulillah, saya gembira dan bahagia.. Moga Allah panjangkan rasa tenang dan damai ini hingga ke Syurga nanti..


Zahra dah nak masuk 11 bulan dan dapat tengok dia membesar depan mata sendiri, membesar dengan susu sendiri (terbaik dan jimatttt amatt) adalah nikmat tak terungkap dengan kata-kata.. Syukur Ya Allah..


SURIRUMAH SEPENUH MASA

Tak sangka impian suatu masa dulu hari ini jadi betul-betul..kenyataan..walaupun dulu-dulu belajar je, exam, grad then kerja, seperti tak terfikir pun akan secepat ini jadi fulltime housewife.. :)

Accident tahun lepas melakar banyak peristiwa hidup, mengubah perjalanan hidup yang saya sendiri tak pernah imagine akan lalu semua ini..

Saya yang sangat workaholic, pernah sewaktu lepas MC 6 bulan dipanggil masuk kerja kembali (bukan sebagai staffnurse OT lagi dah, tapi sebagai Quality assistant (bahagian admin gitu), saya mengandung Zahra 7bulan masa tu stay back till midnight selesaikan kerja-kerja diperlukan untuk audit..Dan hari ini saya SURIRUMAH (senyummmmm..)

Dan, bila jadi housewife mula-mula tu tak dapat buat banyak benda juga sebab masa pindah ke Melaka tu saya baru lepas surgery skin graft kali ke2.. Bila dah makin baik, makin baik, mula sibukkan diri dengan aktiviti2 rumah macam masak, baking, segala bagai.. Seronok dan paling happy sebab dapat tengok, main, guling-guling dengan Zahra 24/7..ngeeee~

I felt blessed.........

With husband and my own little angel around..


TAWARAN DEMI TAWARAN

Selepas confinement period je, saya tender Resignation Letter..phewww.. A big move but we have to move on :)

Ada tawaran untuk posisi lebih baik..Alhamdulillah saya tolak..

Ada tawaran untuk sambung belajar n mengajar.. Alhamdulillah, juga saya tolak dengan hati yang berat sekali kerana itu antara impian saya (belajar lagi dan berkongsi ilmu dengan orang lain)

Tapi saya yakin, tiada apa yang lebih besar daripada meriah redha suami dalam meraih redha Allah.

Bukan suami tercinta tidak mengizinkan..namun faktor jarak, anak, dan impian memiliki suri di rumahnya menjadi dorongan kuat untuk saya memilih berada di sisinya..

Dan ini yang terbaik buat kami sekeluarga hingga ke saat ini dan akan datang jua inn Shaa Allah..

Mungkin rencana Nya begini untuk kami hari ini, mungkin esok, berubah sepenuhnya (sebagaimana kisah kami setahun lepas)..

Maka, kami sentiasa inn Shha Allah akan mempersiapkan diri, jiwa dan hati kami untuk segala yang Allah titipkan buat kami..

Tiada apa yang kami damba dalam hidup ini kecuali redha Sang Pencipta dan mati dalam husnool khotimah..Amiiinnn..



Introducing my little cutie pie..
Sharifah Faathimah Al-Habshee Syed Abdul Mun'em
Co-owner Az Zahra Store


~~Saya dalam proses mengasah jiwa membaca dalam diri saya, suami dan anak-anak inn Shaa Allah..Semoga hidup kami bermanfaat untuk orang setiap masa inn Shaa Allah


Friday, November 4, 2011

Salam Eid Adha..

No comments:

Balik dari kerja hari ini, sambil drive keletihan,saya layan IKIM seperti biasa dan isian petang ini sangat menyucuk hati, menggoncang kelopak air mata..

Dan sama-sama kita berkongsi agar kebaikan daripadanya sampai kepada kita dan generasi seterusnya..

T_T


Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
fiey ahmad
rasa rindu walau tak ketemu

Rezeki Daripada Tuhan

2 comments:
Salamm..

Dah lama juga baru berkesempatan membuka ruang ni. 2 minggu berturut-turut kerja balik lewat, terkadang sampai ke malam. Tapi ruang dan kesempatan tu milik Allah, ada ruang dan peluang, ayuh guna sebaik-baiknya.

God's Gift

After going through some times, God gives us one of the valuables gift in life. Who knows and who do expect? Yet, He knows best..

Frankly saying, for a quite some times, I did ask myself and sometimes I did bother my hubby with the same question "Could I go through all of these? Could I? People see me as a strong person, am I that strong as they see?"...

Then, my 'hati kering' said, "just go through,time will go on"..

My Iman said, "Allah choose you, Fiey..you're lucky and somehow maybe luckier than others..Allah sayang kamu dan ini bicara Dia untuk kamu"

And I definitely like my hubby phrase, with smile and hug he said," He knows best, you can cry if you want to, we will go through these"

And this little baby, is going to be 7 months old. Da besar da. Da nak keluar da anak yang baik ini.

For the first 3 months, its like too hard to believe, da nak jadi ummi orang dah saya ni, ye ke ni, dan Alhamdulillah, tak ada alahan tak ada mengidam apa-apa. Suami pun macam tak percaya juga muka-mula, siap tanya lagi, "ye ke ngandung ni? tak rupa orang ngandung pun" (Haa, sekarang da buncit terkedepan da pon).

Kami berdua first time percaya pon bila tengok baby gerak-gerak masa first time scan untuk first trim check up hari tu..What a wonderful experience..Tengok little creature as God's gift dalam tummy main-main hisap jari.

Some people said to me before, " nak kena tunggu dulu ni untuk ngandung, biar ubat-ubat (kesan surgery dulu) tu hilang dulu, baru elok"..dan ada pointnya di situ, tapi rezeki Allah kan , dan dengan pengetahuan Nya yan maha luas, kami dengan hati terbuka dan gembira menunggu kelahirannya (walaupun cuak jugak).

Rezeki datang bersama Rezeki

Dan Alhamdulillah, dah genap sebulan saya kembali bekerja di Ampang Puteri. Kali ni bukan sebagai nurse tapi sebagai Quality Assisstant untuk QM kat sini. Tak sampai sebulan dah dapat appointment sebagai Document Controller. Walaupun tak berapa nak tahu lagi document apa nak kena control dan nak control macam mana, tapi saya menikmati waktu-waktu kerja "ofis" macam ni.

Betul-betul menggamit kenangan MSCC zaman matric dulu. Itulah bukti apa yang Allah bagi kat kita tak pernah sia-sia kan. Selagi kita tak sia-siakan dan tak rasa ia sia-sia. Saya bersyukur untuk peluang ini, berpeluang untuk mengenal lebih banyak karakter manusia untuk lebih kenal diri dan lebih dekat dengan Pencipta.

Dan, memang tak dapat nak nafi, rasa rindu kat suami yang tak pernah berenggang 5 bulan sebelum ni itu mengatasi semuanya tau. Percaturan kami adalah untuk apa yang terbaik untuk kami buat masa ini. Semoga senantiasa selaras dengan percaturan Allah dan mendapat berkat dariNya.

Dan, si kecil ni lah peneman weekdays umminya. Bergolek, menendang, menguis dan segala bagai nak beritahu kewujudan dia waktu ini. Semoga kamu menjadi anak yang baik, aminnnnnn...

esok tunggu Abi balik, pastu kita balik Raya k!

fiey ahmad
SELAMAT BERKORBAN..
EIDUL ADHA...

Tuesday, October 18, 2011

Rindu untuk menulis..

No comments:
 it has been more than 7 months...This page was left in silence....

=)

Untuk jangka masa tu juga, sarat kepala, jiwa dan minda...

Mungkin perlu sedikit masa lagi untuk benar-benar kembali menulis...

Buat sahabat pembaca, saya masih seperti dulu, cuba berpositif debgan nikmat dan ujian kasih sayang Allah..



Berita Gembira...

Dan untuk 7 bulan ini juga, saya membawa satu lagi nyawa kecil dalam 'rahim' anugerah Allah ini, tanda kasih dan cintaNya pada kami suami isteri..Dan usianya kini mencecah 6 bulan 1 minggu...

sangat menakjubkan rasa dan pengalaman ini..

Dan pastinya tak sunyi daripada ujian yang mendamba pengorbanan..Jazakallahu khairan kathiran buat hubby tersayang untuk cinta dan perhstian yang sedaya diberi kepada si isteri penuh kekukarangan ini...


Moga 'kasih' yang bakal lahir ini punya bukan saja hidung malah jiwa baik dan kental sepertimu..=)



Hidup ini takkan pernah mudah tapi cukup menjanjikan pelbagai warna kehidupan.Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..


fiey ahmad
kami yang bakal bertiga