IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Saturday, April 20, 2013

Nasi Kukus Ayam Dara #1

No comments:

Selesai mengikuti penamaan calon dan analisa yang masih senget sebelah, jom layan lunch..

Lunch 20.4.13.. cubaan pertama NASI KUKUS AYAM DARA^^

Macamana define ayam dara tak pasti la saya.. ayam tak pernah bertelur ka, ayam betina kecil ka.. (ada orang tahu, boleh la kongsi info) saya guna ayam biasa je..

Menu hari ini adalah untuk meraikan belated birthday boy yang suka sangat nasi kukus ayam dara Wafi kat Greenwood tu.(saya pun hantu gak^^)

Alhamdulillah..cubaan pertama yang boleh tahan ajaaa^^..ayam dah sedap dah, air lada pun ok, kuah lagi sikitt je..(apa la secret ingredient mereka yang saya tak dapat teka ni??)

Takpe2..lain kali boleh cuba lagi..

Resepi Nasi Kukus Ayam Dara

Bahan untuk 4orang makan:

2 cawan nasi -rendam dalam air 2jam awal. Saya kukus direct dalam pengukus dalam 1jam sehingga nasi masak(ada beberapa cara tapi saya guna cara ini).

Ayam;
6 ketul ayam-kelar
1st garam
1st serbuk kunyit
1 inci halia besar ibu jari
1st lada hitam*
1st biji ketumbar*
1st jintan putih*
*sangai dan tumbuk bersama halia.
Cara;
1. Gaul semua bahan paling kurang 30 min lagi lama lagi sedap.
2. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.. tutup kuali untuk bantu proses menggoreng. Perghh..sila nikmati bauuu nya..subhanallah!!

Kuah;
10biji bawang merah saiz* medium
4 cili padi*
4 cili merah besar*
4 cili hijau besar*
2sb lada giling*
2 inci halia*
*kisar semua
2 tangkai daun kari
2 plastik rempah cap ros RM 0.60
7sb minyak
1 cawan stok daging (air rebusan daging saya simpan beku setiap kali rebus daging.. kalau tak ada tambah air kosong je)

Cara2:
1. Tumis bawang sampai lebam (lama tau, saya punya baru ni pun tak cukup lama, 30min ke atas kot..kakak kata biar bawang jadi kuning dan kuantiti makin sikit.)
2. Baru tambah rempah dan daun kari.. Tumis lagi 10 minit. Kemudian tambah stok daging.
3. Api perlahan. Biar kuah mereneh.. the longer the time the tastier in sya allah..prinsip masak sambal tumis2 ni..^^

Air lada:
4 cili padi
2 batang cili merah
2sb cuka
1 1/2 sb gula
1 st garam
1/2 cawan air

1. Kisar semua bahan.. Masak dalam 5 min atas dapur..

Siappp!!!

P/s:
Kuantiti yang saya kongsikan adalah anggaran saya sebab saya pun tak ukur dengan tepat guna sudu bagai..anggaran secara relatif..bak kata Jamie Oliver "do not worry about the measurement ir the quantity, u'll master it sooner or later' depends on how frequent you cook la kan^^

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

Thursday, April 18, 2013

Anak itu Anugerah

No comments:

Anugerah berserta Amanah

Allah tidak menjadikan sesuatu ciptaanNya tanpa tujuan, dengan sia-sia..

Setiap sesuatu bersebab dan penuh rencana hikmah. Lebih-lebih lagi penciptaan manusia untuk manusia yang lain.

Anak itu amanah besar buat ibu bapa mereka. Segalanya akan dipersoalkan setelah dipertanggungjawabkan buat manusia. Bukan sekadar lahiriah, makan minum pakai tapi lebih jauh daripada itu..

Cara mereka berhidup; akidah, akhlak, ibadah, cara fikir mereka semua itu lebih besar daripada sekadar nemenuhi keperluan fizikal mereka.

Besarkan anak satu nikmat..

Zahra dah menjangkau 1 tahun 3 bulan.

Antara perkembangannya yang direkod..

5 bulan: Duduk tanpa sokongan
7 bulan: mula merangkak
8 bulan: mula makan
9 bulan: 2gigi bawah tumbuh, berdiri dan meniti dengan pegangan.
10 bulan: merangkak laju2
11 bulan: berjalan
1 thn 1bulan: 2 gigi atas tumbuh..'ma ma' 'ba ba' sebutan nya.
1 thn 3 bulan: Allah, ummi, abi nenek, jiddi, annor, aisyah dah boleh sebut..dah mula berlari anak..belajar lompat dan lain-lain..

Ohh..super duper aktif dan sangat cepat belajar..

Semua aktiviti kita pun nak copy dan sekaligus menjadi tarbiah baik untuk ummi abinya untuk jadi lebih baik dan lebih berhati-hati dalam bergerak geri.

Dan anak juga sumber tarbiah buat ibu ayah mereka..

Semoga kami dapat sentiasa memperbaiki diri untuk mendidik anak-anak dunia dan akhirat..

Zahra 1tahun 3 bulan

Baby food~ Baked cheesy pumpkin with honey

No comments:


Lunch untuk Zahra 17.4.13

~ Baked cheesy pumpkin with honey..

Guna baki labu yang dah direbus malam tadi..

Bahan2:
1. 1/2 cawan labu yang dah di rebus. lenyek
2. 2st madu
3. 2 st serbuk roti
4. cheese

Cara2:
1. Lenyak labu dan gaul dengan madu.. Letak dalam bekas ramekin.
2. Tutup dengan serbuk roti, tabur cheese.
3. Bakar 150'c 10min :)
4. Tunggu sejuk dan makan..nyumnyum

Moga Zahra makan dengan banyak lagi macam malam tadi..^^

Thursday, April 11, 2013

Buka puasa!!^^

No comments:

Buka puasa 11.4.14..

Setelah sekian lama tak puasa, hari ini lembik betul rasa.. Rupanya dinner semalam sandwich je.. Pity zahra susu macam tak banyak je hari ini..

Dah tak larat sangat lepas asar.. Tak mahu masak daaaa..tak mahu buat apa da..

Last minute 6.30pm..marinade wholeleg lepas tu letak je dalam oven..

Pukul 7.00pm gagahkan juga goreng nasi buat air..en suami pulang just around nak berbuka. Syukur ada teman buka..

~ Ayam bakar madu dan paprika
~ Nasi goreng simple
~ Air laici (3/4 habis kat saya sorang...dehydrated!!)

Leftover jadi rezeki  Man Ana Man Anta & kawan dia plus keropok lekor dan karipap ikan..

RESEPI AYAM BAKAR MADU & PAPRIKA

•1 Wholeleg
• 1st paprika
•1 sb madu
•1 st biji ketumbar
•garam, lada hitam, sos tiram sikit

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan semua tu.. cucuk-cucuk sikit ayam tu bagi perapan diserap. Sebab instant sangat perap hari ni.
2. Bakar dalam ovem 180'c dalam 40-50min.

En suami cakap kurang pedas, haa, lepas n boleh adjust lagi.

RESEPI NASI GORENG SIMPLE

• Nasi 3-4 orang makan (letak dalam frigde dulu lebih baik sebab air dapat kering sikit dalam nasi tu) chef sher ajar..
• minyak 4 sudu (tuang minya sederhana laju dalam kiraan 4saat) jamie oliver ajar ni^^
• 2 biji telur
• kobis, lobak merah, daun sup, daun bawang- hiris
• bawang putih, bawang holland- hiris
• garam, lada hitam & sos tiram

Cara-cara:
1. Tumis bebawang dan lada hitam. Kemudian masukkan sayur kecuali daun sup daun bawang. Masukkan bahan perasa. Gaul.
2. Masukkan telur yang dah digaramkan sikit dan dipukul. Tunggu separuh masak lepas tu gaul. Masukkan nasi dan gaul lagi.
3. Paling akhir daun sup daun bawang..Siap!!

AIR LAICI..??

Yang ni semua orang boleh buat kot^^..

Selamat mencuba!!

P/s: sangat kelaparan tadi, berbuka dengan kismis banyak biji merupakan nikmat yang sangat besar.. ditambah dengan air laici separa sejukk phewww..1/2 jag habis sebelum makan..nganga suami tengok..kesian biniku, katanya dalam hati mungkin^^

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

Wednesday, April 10, 2013

Ayam Steam dengan Selabu bawang putih

No comments:

Lunch 10.4.13

~ Ayam steam dengan selabu bawang putih..

Resepi daripada buku Caseroles saya.. Resepi asal menggunakan 40 ulas bawang putih..saya guna 1labu saja.. Resepi asal guna rosemary dan taim, saya guna daun sup, daun bawang dan daun basil..

Resepi sihat untuk orang yang demam dan orang yang memang suka healthy meals (saya2!!).

RESEPI CHICKEN WITH  GARLICS

Bahan2:
• 1keping ayam wholeg
• 1 labu bawang putih- tumbuk kasar
• 1/2 biji bawang holland-hiris
•1 1/2 batang saderi- hiris
• 1/2 batang lobak merah- potongan batang mancis.tebal
•daun sup, daun bawang dan basil- hiris kasar
• garam dan lada hitam
• 1/2 biji lemon
• sedikit sos tiram
• sedikit minyak zaitun

Cara2:
1. Lumur ayam dengan garam dan lada hitam dan sikit jus lemon.
2. Dalam bekas heatproof, letak semua bawang holland, saderi, lobak merah, daun sup, daun bawang dan basil. Kemudian tabur bawang putih.
3. Perah lebihan jus lemon, minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Letak ayam dan letak sedikit sos tiram atas ayam.Letak bekas ayam itu di atas baking tray yang berisi 1/3 air..Tutup dengan foil dengan kemas.
5. Bakar dalam oven 250'c dalam 60min. Tinggg!!Siap!!

P/s: orang demam bagi feedback kata a bit tasteless, saya doublecheck tasting memang dah cukup masin.. tastebud sick person memang blunt sikit kan..kesian pulak^^..mujur makan banyak sikit hari ni.

Breakfast ekspress

No comments:

Breakfast ekspress 9.4.13..^^
~pizza style toast bread..with teriyaki chicken n cabbage

Lambat ngat upload..hari yang full dengan zahra yang tak mahu tido dan abinya yang mc^^

Bahan2 (2orang makan):
•4 keping roti
• dada ayam sekeping potong kiub
•1/8 kobis saiz kecil potong ikut kesesuaian
•3ulas bawang putih
•1 ulas bawang merah hiris
•sos tiram, garam, lada hitam
•1/2 biji tomato hiris
•4 sudu kecil tomato puri
• mozarella cheese parut
• helaian daun basil

Cara2:

1. Tumis bawang hingga naik bau..masukkan ayam..kemudian bahan perasa..kemudian kobis..masukkan air sikit jika terlalu kering.
2. Susun kepingan roti atas baking tray..sudukan tomato puri..susun tomato, kemudian ayam yang dah dimasak..tabur cheese dan daun basil.
3. Bakar 200'c dalam 7-10min.. siap!!

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

Monday, April 8, 2013

Seafood celup tepung & sayur tomyam

No comments:

Lunch 8.4.13..seafood day!!

~sotong & udang celup tepung
~ sayur masak tomyam udang

Resepi celup tepung yang ini dikongsi oleh sis Amirah Hamzah.. simple dan crunchy..

Ini saya kongsi sikit pula untuk semua

RESEPI SEAFOOD CELUP TEPUNG

Bahan2:
• 2ekor sotong saiz sederhana- hiris bulat
•6ekor udang- tinggal kulit kat ekor je
• 1 biji telur- pukul lembut
• 1 sudu tepung jagung, tepung gandum dan tepung kentucky- sebatikan
• garam dan lada sulah
• serbuk ketumbar * saya tak ada yang ni, jadi x letak

Cara2:
1. Celur sotong dan udang dalam air mendidih 30 saat..jangan lebih nanti liat, terlebih masak
2. Angkat dan keringkan sotong udang dengan tisu dapur.
3. Gaulkan bahan perasa dalam campuran tepung.
4.  Ni celup style saya..ikut westeners masak.- celup tepung, telur dan tepung lagi sekali..
5. Goreng dengan minyak yang sudah cukup panas..angkat bila dah keemasan..

Makan ketika masih panas2 suam..nyumnyum.^^

RESEPI SAYUR MASAK TOMYAM

Bahan2:
•5 ekor udang
• 1/2 biji bawang holland
•3 ulas bawang putih diketuk
•1 st pes tomyam
•kobis, tomato, saderi, cili padi potong ikut kesesuaian
•1 batang serai- diketuk

Cara2:
1. Tumis bawang holland dan bawang putih..kemudian masukkan udang.
2. Masukkan pes tomyam..kacau..kemudian masukkan sayur..
3. Masukkan air panas secukupnya hingga menutupi sayur. Perasakan dengan garam gula..Masak dalam 3min..siap!!

En suami baru baik dari demam, selera tak baik lagi..jadi si isteri la habiskan 3/4 makanan..huhu^^

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

Ikan siakap kukus bawang jeruk

No comments:

Dinner 26.3.13

~ ikan siakap kukus bawang jeruk

Ini hasil tangkapan pancing kawan pak cik Omar kita.. dia trade in ikan dia 9kg, beli yang 4kg. Ni pun dah cukup besar..

Sungguh sedap rasa ikan yang fresh^^
Resepi as requested by my old friend..Dah..

Bahan2 (untuk kepala ikan seberat +- 2kg)
• kepala ikan
• 1 ketul halia-hiris nipis
• 1 plastik bawang putih jeruk
• 1 batang bunga kantan -hiris
• 1/2 labu bawang putih-hiris
• 1biji bawang merah besar-hiris
• garam dan gula

Cara2;
1. Basuh ikan sebersihnya..ikan ni fresh jadi tak ada bau hanyir.
2. Alas foil, letak ikan, masukkan semua bahan di atas.
3. Kukus 50-60min suhu 250'c sebab ikan ni besar dan oven rumah kakak pun besar...boleh adjust ikut situasi masing2 ya..

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

Sunday, April 7, 2013

Jom HIJAUKAN bumi!!

No comments:
Hasil shopping kat pasar hari ini..

Ini adalah stok untuk 1minggu in sya Allah..

Ada ;
•bebawang
•tepung gandum
•sayur (kobis, cili padi,lemon, mangga sebiji, daun bawang daun sup, daun selasih, 3biji tomato, 1 bak choy)
•ayam wholeleg buang tulang 2keping
•sotong 5ekor
•Ikan selar medium saiz 3ekor
•Buah (1sikat pisang berangan, 3biji limau 4013, 1biji pear trucape)

Semuanya rm 40 ^^..alhamdulillah. Misi berjaya hari ini..en suami bagi rm 100..saya suka tawar menawar juga dengan penjual, ada rezeki dapt less singgit atau sen2..

Dan, seperti yang sahabat lihat, inilah cara bahan2 ini dibeli dan di bawa pulang..

Minimakan penggunaan plastik..!! << kempen baru kami yang dah lama start tapi baru nk cerita..^^

Dalam gambar kat atas ikan dan sotong je terlepas masuk plastik sebab pakcik tu laju sangat membungkus.. Ayam tu bertudung actually^^

 ~Jom ke arah bumi yang lebih HIJAU..Segalanya bermula daripada kita!!


Friday, April 5, 2013

Di ambang PRU13

No comments:
Salam semua...

Alhamdulillah parlimen dah dibubarkan walaupun tarikh pilihanraya masih di luar pengetahuan, mungkin kebanyakan kita boleh merancang sekarang.. Merancang dengan segala apa yang ada. Merancang untuk memilih yang terbaik dengan hak kita sebagai rakyat..

Sekarang terlalu banyak drama, lakonan, fitnah, kepalsuan sampai rata-rata antara kita tak mampu nak bezakan kebenaran antara mereka..

Walaupun begitu, kita masih punya tanggungjawab sebagai rakyat, sebagai pemilih, sebagai pengundi di mana Allah akan tanya kita tentang hak dan tanggungjawab ini.

Sekalipun terlalu banyak propaganda, kita masih punya iman, akal dan Allah paling penting sebagai panduan untuk kita mengundi.

UZAR di udara radio Ikim semalam, berpesan dan menasihatkan, dengar dan belajar dengan penuh bijak dan hikmah untuk menilai perkembangan daripada 2 pihak yang bertanding. Dengar, baca, tengok sendiri dan nilai dan dengan itu itu kita berasa lebih bertanggungjawab dengan undi kita. Tanya diri sendiri, adakah Allah akan redha dengan keputusan kita..

Andai masih terdapat kekeliruan, keseimbangan rasa antara pihak yang patut dipilih, carilah orang yang telus dan jujur memberi pandangan.

Yang terakhir perlu dibuat sebelum membuang undi, mohon dan doalah pada Allah agar keputusan yang kita buat Allah redha Allah berkati dan itulah undi yang Allah dorongkan kita untuk pilih...

Wallahu a'lam~ Semoga bermanfaat..
Semoga Islam itu kembali dijulang di kehidupan kita hari ini..


Selagi ada masa dan kesempatan ini (Zahra tengah tidur^^), ingin saya beritahu apa yang bersarat di fikiran di kala tak dapat nak update dari phone yang nun jauh di KL..

Ramai yang menduga dan menjangka keadaan selepas PRU13 nanti.. Siapa bakal memimpin, masih amankah kita, masih selamatkah kita, akan lebih baikkah keadaan kita..

Allahu..Allahu.. Hanya Allah yang paling mengetahui..

Kita hanya mampu menjalankan tugas kita SEHABIS BAIK YANG KITA MAMPU dari posisi masing-masing (saya beerjuang di status SURIRUMAH, ok tak?)

Berlaku peralihan kuasa atau tak nanti, kita tetap wajib menjadi Muslim yang bermanfaat, tetap punya tanggungjawab untuk julang Islam.. Menjulang Islam itu bukan sekadar melaung memperjuangkan parti Islam itu sahaja, malah Islam itu keseluruhannya.. AKIDAH, AKHLAK, FIQAH dan lain-lain lagi..

Dimohon dan diseru sangat-sangat buat sahabat2 Muslim, sila jaga akhlak, kata-kata dan tindakan kita.. Setiap apa yang kita ucap, setiap kata yang kita tulis di FB, yang kita share, bahasa, akhlak, semuanya adalah refleksi diri kita dan nilai Islam pada kita..Dan setiap itu Allah akan persoalkan nanti.

Islam itu indah dan sempurna, kita penganutnyalah yang selalu mencalarkan kesuciannya..Biar orang pandang Islam itu tinggi dengan sikap dan akhlak kita, malah dengan itu lebih mudah Islam diterima kebanyakan..

Andai berlaku peralihan kuasa, kita juga harus bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.. Huru hara? Manifesto tak ditepati? Tak nampak banyak perubahan? Ini mungkin akan terjadi setelah banyak lubang-lubang besar yang ditinggalkan mantan, cuba sama-sama fahami ini..

Apapun, ayuh sama-sama usaha bangunkan Malaysia ke arah yang kita impikan..Yang Allah redhai dan berkati paling utama..Pemimpin yang baik juga perlukan rakyat yang baik untuk membina negara..

Allahu..Allahu..Peringatan untuk diri sendiri juga.Ayuh bersedia~


FIEY AHMAD

surirumah yang inginkan Malaysia yang lebih baik