IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Saturday, March 23, 2013

Nilaian Keputusan Peperiksaan..

No comments:
Setiap kali result peperiksaan besar keluar banyak cerita kejayaan dan habuan yang dicanangkan.. 

Ada sekolah bagi hadiah ipad kat student straight A's.. woww..rezeki kan..tapi kalau dimanfaatkan dengan baik alhamdulillah, kalau tidak naudzubillah...

Satu persoalan daripada saya.. 

Ada tak sesiapa diantara kita yang dulu-dulu biasanya dapat result biasa-biasa saja, A pun sebiji 2biji.. lepas tu bila dah result sebenar dapt straight A's atau berbanyak A, jauh dari expectation..dan juga sebaliknya..

Buat sesiapa yang pernah ada pengalaman macam ni semestinya hanya mereka sahaja tahu di mana tahap sebenar mereka dan apa sebenarnya kedudukan result mereka..

Berapa ramai antara kita pelajar2 yang memang layak untuk dapat keputusan yang kita dapat berdasar usaha kita, tanpa cheating dan lain-lain.. Tak kira di level mana exam kita tu..

Buat yang layak mendapat, tahniah.. Buat yang tak layak sebenarnya, syukur pada Tuhan dan minta keampunan jika ada kesilapan yang tak patut kita buat.

Jangan terbiasa dengan sifat membohong kerana hakikatnya kita membohong diri sendiri dan Tuhan tak pernah berjaya dibohongi. Dan kebanyakan sifat ini akan terus menerus di bawa ke dalam kehidupan (belajar di uni pun cheat & masa kerja pun cheat) mereka selagi tidak bertaubat dan menyesalinya..

Mungkin ramai tak faham apa yang saya nak sampaikan dan juga tersensitif buat mana-mana pihak..

siapa yang terbuat, terkena, terkesan tak perlu melenting sebab tak ada siapa pun tahu selain kamu dan Allah..minta ampun dan janji tak nak ulangi..jangan dibawa ke hujung kehidupan sikap begini tak ada yang untung selain merugikan.

Buat sesiapa yang jujur dengan usahanya tapi tidak berjaya seperti kejayaan di mata orang, berbanggalah dengan usaha kamu..Itu cukup tinggi di sisi Tuhan..Apa yang penting, siapa kita dan usaha kita di mata Tuhan..

Sistem pendidikan kita masih lagi seperti dulu, berjayanya kejayaan pada banyaknya A..

Buat adik2, sila bersedia untuk di kehidupan seterusnya.. Di universiti atau kolej banyak lagi perkara yang kalian boleh nilai baik buruknya..

Banyak A sekarang tak menjamin pun baik atau tak kalian, kalian yang tentukan sifat, sikap kalian terhadap keluarga, masyarakat dan agama kalian..

Pandanglah setiap apa yang berlaku melalui sisi pandang agama dan redha Tuhan. Matlamat utama kita adalah redha Tuhan. Sukar mengubah mentaliti ini, tapi semoga usaha yang kecil ada impaknya.

Semoga menjadi manusia bermanfaat....^^

P/s; Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMAKH) terlalu besar manfaatnya saya di situ


fiey ahmad

Thursday, March 21, 2013

Memori SPM 2003

No comments:
Hari ini result SPM keluar..ramai yang buat status tentang ini.. Ramai yang mengimbau kenangan tak kurang banyak tokoh2 motivasi Islam Ust Pahrol Juoi & Prof Muhaya memberi tazkirah dan ingatan buat pelajar dan ibu bapa itu sendiri..Terbaik daripada mereka!!

Dan saya cuma manusia biasa, surirumah/anak/ummi dan orang kebanyakan..

SPM 2003 : 10 tahun berlalu tapi hari ambil result masih segar betul dalam memori.. Masa menunggu di bawah payung depan library sekolah dengan Nurul Haiza dan kawan2 lain. 

Masing2 cuak nak masuk..saya dengan muka tak malu masuk sebagai orang pertama, kata kat diri sendiri "pekse dah jawab, result dah keluar dan tak ada apa yang akan berubah pun..ambil dan terima je (redha la konon)..

Sambutan semua guru2 masa tu memang terkesan di ingatan..Semua berkumpul di meja ustazah guru kelas saya. Sekadar bersyukur penuh rasa terkejut lagi.. "aku terima ya Allah, besar ini untuk aku..tapi aku terima ya Allah"

Arwah ayah orang pertama saya call.. " Ayah, saya dapat sekian sekian..kawan saya yang sekolah sheikh malek dapat straight A1 dan best student sana"

Dan seperti biasa respon ayah yang dah dapat dijangka 
" haaa tulaa..kalu mung gi sekolah tu mesti mu dapat gitu jugop." Serius tapi nada suara macam exited.

Dengan gelak saya jawab
"elleh..kalu saya gi sekolah tu belum tentu saya dapat macam result saya hari ni..hihi" gelak lagi..Ayah da masak sangat dengan anak bongsu perempuan dia ni..^^rindu ayah..

Apapun...result kita tak wakilkan kita sebagai berjaya atau tidak..kita tentukan kita berjaya atau tidak..siapa sangka saya surirumah je sekarang^^ 

Bagi saya istilah orang yang berjaya ialah orang yang banyak memberi kesan positif pada manusia sekeliling dan masyarakat, pada agama. Dan orang paling berjaya ialah orang yang paling ditunggu dan dijemput Tuhan dan ahli langit dengan penuh gembira..kita??

Ayuh sama2 letakkan matlamat akhirat sebagai matlamat paling jelas di hati kita dan anak2 kita..jelas akhirat mereka jelaslah dunia mereka in sya Allah.~ Wallahu a'lam

fiey ahmad
result masih tersusun di fail, laminated lagi^^