IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Monday, January 28, 2013

Ayuh jadi TERLATIH untuk MELATIH!!

No comments:
Tiba-tiba teringat kata2 Ust, Norhafizah Musa masa K-fiqh hari tu

"Jiwa wanita ini dekat dengan rumahnya, sekalipun dia bekerja, hatinya tetap pada rumah dan isinya, suami dan anak2..
Wanita yang terlatih akan pandai memasak, mengemas dan menyediakan rumah yang baik untuk keluarganya.
Saya hairan, wanita yang kuat lantang memperjuangkan itu ini, tak pandai masak, baju tak berlipat bertingkat2..Apa yang diperjuangkannya pun saya tak tahu..

Wanita yang tak pandai memasak, mengemas ialah wanita yang KURANG LATIHANNYA..

Ibu bapa, latihlah anak sedari kecil agar terlatih mereka.."

Wanita yang tak pandai memasak, mengemas ialah wanita yang KURANG LATIHANNYA..
Ibu bapa, latihlah anak sedari kecil agar terlatih mereka.."


~~saya pun masih kurang terlatih, dan saya takkan sekali2 menyalahkan Arwah Mak dan Ayah untuk ini kerana mereka menyiapkan dan melatih saya kuat dari sudut emosi dan cara fikir, dengan cara mereka tersendiri sekalipun mereka buta sekolah dan tak pernah sekolah pun..

Dan menjadi TANGGUNGJAWAB SAYA SENDIRI untuk kembali melatih diri dan seterusnya melatih anak2 untuk bersiap siaga untuk Rumah dan Perjuangan..

Bukan mudah, tapi USAHA berniatkan untuk Allah pasti Allah tolong..



................................................................................................................................................

Dari sudut sisi seorang sahabat baik saya dunia akhirat, Hazwani Abdullah.. Komentarnya di FB pun sememangnya tidak pernah menngecewakan, malah membuahkan hasil fikiran positif yang lain..

Katanya:

"
  • Hazwani Abdullah Looking at this from a different angle, utk seorg ibu sbnrnya tanggungjawab utama ialah mendidik anak..memasak,mengemas,etc. dikira skill bonus..kita kdg2 terlalu menekankan aspek kerja2 rmh sampaikan kita terkejar2 nak pastikan makanan terhidang,dapur bersih,baju terlipat dan ruang tamu kemas..terlalu sibuk dgn kerja rmh ke tahap x sempat nak duduk main2 dgn anak,tgk homework anak,etc..terlalu mengejar kesempurnaan mengemas rumah sampaikan kita marah2 anak main kat ruang tamu sbb nnt bersepah, tak bagi anak kecik yg sibuk nak tlg basuh pinggan sama2 sbb nak siap kerja cepat2, stress x dpt meet d expectation of being a 'perfect' housewife sampai kurang senyum dan bergelak ketawa dgn anak2..

    Paling bagus kalau dpt jadi supermom..

    Sangat bagus kalau berusaha menjadi supermom tapi pada masa yg sama kena usaha juga supaya x lari drpd objektif seorg ibu..

    Tapi kalau x dpt buat kerja2 rmh, menjadi tanggungjwb suami utk cari solution spt cari pembantu, upah org, etc. 

    My two cents 
    5 hours ago via mobile · Unlike · 3
  • Hazwani Abdullah Not knowing how to cook does not make a person less of a woman..kalau x pandai masak tp pandai menguruskan keadaan dgn memastikan anak n suami terisi perutnya x kiralah apa pun caranya, dah dikira tercapai objektif jugak..i think la..
    5 hours ago via mobile · Unlike · 3


Dan ini pula kata saya, :)


  • Fiey Ahmad you got the point wani..  and i always happy with your point of view..different people different thoughts, tapi selagi untuk kebaikn, boleh beramal sama2 kn.. ustazah xde ckp pun xpandai masak xpandai ngemas will be less a woman, sbb capasity workload masing2 pun beza2 kn  ..yet, good woman is the one who always wanna fulfill her family needs, kenyang perut, terisi emosi,tak semestinya masak pandai gila dan rumah bersih berkilat bagai.. Aku jauh lagi nk sampai tahap tu, dan aku rasa takkan sampai kut sebb aku masak pun gitu2 je, dapur mesti berminyak sampai neng kena mop kdg, haha, rumah aku xde bersih cam certain people, aku selalu tye neng if this condition is okay for him and family and its ok for me too..  Rumah sepah sebb anak main tu tak pernah salah kan.. dun worry my dear fren, aku xpernah pandang enteng org yg bekerjaya dan berfamili serta sibuk sebab ramai keliling aku org tersayang mcm tu, THE MOST IMPORTANT THING like you said BIAR TERCAPAI OBJEKTIF.. 
    4 hours ago · Like · 2
  • Fiey Ahmad Ramai tak tahu kan tangggungjawab kemas rumah masak bagai tanggungjawab suami, jika wife buat tu mmg BONUS BESAR untuk suami dan isteri tu sendiri.. Toleransi dan kerjasama paling penting, dan kita pun boleh sediakn anak2 dari awal untuk lebih berdisiplin dan tahu peranan masing2, untuk future mereka juga in sha Allah.. Aku lagi kagum dan jeles kadang dgn org yg bekerjaya dan mampu mengurus keluarga dgn baik..BESAR PELABURANNYA tu.. rezeki aku di rumah, dan ayuh berkebajikan daripada semua segi dan dari semua posisi   you Hazwani Abdullah n Nuur Fatimahtul Zuhra
    4 hours ago · Like · 1

Dan, my other best friend time aka 4years roomate shared her granny words of wisdom too..

Nadiah Shamsuddin Just wanna share my grandmother punye thought... skil tu kdg2 tak penting sgt... because it can be learned time after time.. tp yg plg penting adalah willingness to cook and do the housechores with love for the one you love. Insya Allah, sgt bermakna. 
4 hours ago · Unlike · 2


UKHWAH YANG INDAH

Keindahan ukhwah itu bukan terletak pada indahnya waktu2 yang dilalui bersama sahaja, malah turut merangkumi indahnya berbeza pandangan tapi diraikan, kerana atas nama Allah ukhwah itu pasti menenangkan dan sentiasa akan ada kebaikan terhasil daripadanya.

Antara sebab saya berkongsi pandangan dan meminta pandangan daripada sahabat2 ialah untuk senantiasa suburkan ukhwah yang terpatri sekalipun sudah bertahun kenangan bersama2 itu..

Ukhwah biar ke syurga..Aminnn


fiey ahmad
p/s: selepas weekend yang hectic..baju yang dah berbasuh tunggu dilipat pula..sekian.. inn Allaha ma'ana

Friday, January 18, 2013

Hutang?? PTPTN??

2 comments:
Salam sahabat-sahabat semua..

Maaf nak tanya, apa status PTPTN sekarang ye? Dah halalan thoyyiba ke? Dah tak ada ke bunga-bungaan yang berkembangan di dalam pengurusannya?

Sebab ada tengok anak Melayu kita (Islam in sha Allah) bangga pinjam duit PTPTN menjawab isu pendidikan percuma di negara kita..

Saya suka kalau pendidikan percuma dapat diberikan pada semua, sebab memang hak setiap orang untuk dapat PENDIDIKAN YANG BAIK' (termasuk sistem, guru serta ilmu yang diajarkan itu)

Tapi saya tahu bukan mudah tapi BUKAN MUSTAHIL kan?

Kalau semua orang berhajatkan kepada sesuatu yang baik, pasti ada jalan dan usaha untuk itu.. BERSAMA-SAMA, bukan biar je sesetengah pihak buat, kita main peluk tubuh tidur tergolek-golek.

Tapi kalau tak dapat pendidikan percuma pun, SEDIAKANLAH PINJAMAN YANG HALAL, kan berkat gitu.. Tak lah orang hidup dalam hutang yang berhantu.

Orang berhutang ini hati sungguh tak akan merasa aman, tenang, lagi-lagi hutang yang berunsur riba, tak tenang lagi tak berkat.. (kita tak mahu yang ni la kan, mohon jauhkan daripada kami Ya Allah)

untuk sesiapa yang dah terjebak dalam hutang yang beriba (hutang pendidkan/rumah/kereta dll), usahakanlah untuk membayar dengan baik serta kurangkan bunga-bunga. Mohon Allah permudahkan, jangan lari, sebab hutang tak habis kalau berlari-lari, malah berbunga-bunga..

untuk yang tak terjebak lagi, bersyukurlah dan nekadkan diri untuk tidak sekali-sekali terjebak. Takkan pernah menguntungkan.. Ada caranya, baca, tanya..

~sungguh saya bersyukur pada Allah atas kebebasan daripada PTPTN. Bila dapat peluang JPA masa tu, bayar sekaligus je terus sebab tak nak bayar lebih-lebih yang tak patut.

Bila JPA tak panggil, rezeki juga kan, bukan bersorak suka dapat duit free tapi mungkin bukan rezeki kerja dengan GOV (sedang hati nak sangat serve GOV hospital).

TEKAD. BULAT. Untuk anak-anak, jangan bagi dekat dengan pinjaman-pinjaman yang merugikan dunia akhirat, takkan pernah untung kita pun.. In Sha Allah memang ada caranya!!





~~Jom banyakkan baca ilmu bermanfaat..!!
 — 

fiey ahmad
JOM BIJAK URUS WANG







Thursday, January 17, 2013

Isu Listen..Listen.. Listen

No comments:
Isu Listen Listen Listen.. bukan isu baru malah bukan isu lama..



"untuk memberi pendapat secara personal, saya bukan sesiapa, cuma rakyat Malaysia biasa, bekas murid, pelajar, graduan uni, bekas pekerja dan sekarang seorang suri rumah tangga..

Melihat secara keseluruhan video itu,memang kelihatan bersemangatnya penanya soalan (dengan fakta bagai), memang kelihatan 'kurang adab' nya moderator itu (mula dengan tarik mic, itu memang serius tak patut, lepas tu jawapan yang terasa tak tahu kat mana kaitannya.)

Ini hakikat, ini bukan perkara luar biasa, malah terlalu biasa di kalangan kita tak kira murid, pelajar, mahasiswa, pekerja bawahan...

Kita dah terbiasa tak bersuara (atau tak dibenarkan bersuara, lebih2 lagi bercakap bertentangan dengan semasa yang menggugat sesetengah pihak). Mungkin lepas ini, perubahan baik akan berlaku di kalangan kita, BERSUARA TAPI MASIH MAMPU BERBAHASA

Bila kita cakap, kata kita rude, tak hormat orang tua (macam pernah kena je dulu, sedangkan tak terlintas pula macam tu). Bila bertemu orang macam ni, maafkan saja mereka, mungkin mereka kurang perhatian dan kasih sayang..Kasihi dan sayangi mereka seadanya :)

Isu Listen3x hanya secebis rentetan PEMBODOHAN mahasiswa...

Tapi isu ini bukanlah satu alasan untuk kita samada mahasiswa, orang ramai atau sesiapa sahaja untuk menjadi ZALIM kesan pembodohan ini dengan memaki, mencarut, menyindir melampau, mengugut mahupun membinatangkan orang lain. (kecewanya..)

Islam tak pernah sekalipun ajar kita untuk ajar orang dengan segala perkara keji. Kita tak setuju cara dia, TEGAS tak bersetuju. Kita nak tegur, nak suruh dia minta maaf ke, bukan dengan hamun atau sinis melampau, sebab itu tak membezakan tahap pemikiran kita dengan dia. (react without think much)..

Sekadar ingatan ikhlas, apa yang kita buat,kita tulis, kita sebar, BERBAYAR.. 

Nak REACT(bawa dan sebar unsur negatif terlampau), 
Nak PROACT (bawa pemikiran orang kepada lebih baik)
Nak NO-ACT, (tengok, rasa, diam, lupa)

Fikir-fikirkan ye, ALLAH ITU MAHA ADIL~

fiey ahmad
tersenyum mengimbau kenangan..

Sunday, January 6, 2013

Almond Choc Chip Muffin

No comments:
My first Baking book..

And I feel it is completely complete, most importantly, the recipes are so easy and OKU friendly..haha..
Friendly to anyone I guess, who love simple, easy baking yet yummy to eat. One more interesting value of this lovely book is, the recipes are just nice for 4-5 people to have, so nothing to be wasted, which I love so much!!

Lotssss of love for Aton, who did buy this lovely book during Big Bad Wolf recently, so thankful (kalau kita pergi sendiri mesti tak jumpa dah buku ni)


Here is the original recipe. But I love to adjust according to my palate preference and things available in the pantry.


Originally, it was Chocolate chip muffin.. I transformed it into Almond Choc Chip muffin

Bahan2:


1. 110g butter
2. 65g castor sugar (I had no stock then I used icing sugar, balancing with the brown sugar)
3. 35 brown sugar
4.2 eggs
5. 1st baking powder
6. 200g all purpose flour (I use wheat flour aka tepung gandum)
7. Vanilla essence (tambah sendiri dlm resepi :P )
8. 120l milk (fullcream dutch lady)
9. 1 cup Almond ground (toast a bit)~ I used almond flake then crush with bare hand..
10. Choc chip
11. Secret Ingredient (CADBURY CHOC BAR) ~for a super awesome melt filling @.@



Steps:

1. Cream the butter till soft then add in sugar and beat till light and fluffy. Beat in eggs, one at a time.
2. Sift together flour and baking powder, twice for extra fluffy result ( I sift once only), alternating with milk.
3. Divide into the cup of the baking tray.
4. Put 1 small piece of CADBURY CHOC, then cover it a bit
5. Sprinkle choc chip as you wish.
6. Bake in the 180'c for 25 min..till lightly coloured. 

Malay version..
Cara2:



1.Pukul butter sampai lembut dan masukkan gula, pukul lagi. Then, telur sebiji, sebiji.
2. Masukkan tepung + baking powder yg diayak (ayak 2x kalau nak muffin lagi gebu, tak rajin tadi ayak sekali je). Selang seli dengan susu
3. Dah siap pukul, letak dalam baking tray 1/2 penuh (kita pakai non stick, kalu tak ada non stick, sapu butter sikit kt tray tu.)~adunan lebih kita bakar dalam muffin nye case tu
4. Letak 1petak kecik CADBURY CHOC kat tengah, then cover sikit dengan adunan tu.
5. Tabur choc chip suka hati. ~kita tambah pulak almond flake kat atas.
6. Bakar 180'c 25min. Daa.. tapis icing sugar kat atas kasi snowy2 sikit




This on-baking -tray batch is in the oven.. (love this one, crunchiness is all over)





This was 2nd batch..Fill in the paper cups, add some more topping with toast walnut



After finish, sift icing sugar on top for snowy effect..


fiey ahmad
nothing taste better than when you bake it yourself even you dont really know how to bake..
follow the recipes and of course follow the instinct much more

Friday, January 4, 2013

APPLE CRUMBLE...1st trial

3 comments:

Sangat simple dessert hari ini..1/1/12
Malas nak bake kek hari jadi sendiri, buat ni best juga

Bahan-bahan:
1. 6biji epal (kita guna 3bj epal merah 3 biji epal hijau, nak rasa which one lagi sedap..epal hijau masamm sangat rasanya)
2. Serbuk kayu manis (batang kayu manis pun boleh)
3. 120g gula perang
4. 250g tepung gandum
5.120g butter/margerine

Cara-cara:

1. Kupas dan buang biji epal, potong 8. Masukkan dalam pan bersama 1/3 gula perang dan serbuk kayu manis.
2. Panaskan dengan api sederhana dalm 3-5min. Lepas tu gaulkan 1sudu butter.


3. Sambil tunggu epal masak sikit, sediakan crumble,  gaul tepung, margerine gula (tinggalkan sikit untuk taburan atas crumble last2), serbuk kayu manis sikit.


4. Bila epal dah masak, letak atas ovenproof dish, then tabur rata tepung crumble. 

yang ini epal merah, kita letak sebelah

lepas tu epal hijau letak sebelah.. nak rasa mana lagi sedap
and, kita prefer epal merah sebab epal hijau masam sangat :)



5. Bakar 30min 180'c api atas bawah. 

6. Last, tabur lebihan gula dan bakar 5min agi untuk dapatkan super crunchy crumble dengan warna caramel..

warna caramel tu adalah hasil gula yang di tabur last 5min


Tabur lebihan gula perang kat atas sikit lagi.. Crumble ye saja rasa macam biskut jagung ada gula :)


P/s: rasa sebiiji cam pai epal, tapi lebih senang nak buat..OKU friendly..haha..makan dengan aiskrim dan sos vanila pun sedapp..sayang nak makan dengan BR, makan saja je la sebab malas nak buat vanilla sos lagi :)





 fiey ahmad
lepas ni, banana crumble pulak 





Happy Birthday to me..

No comments:
31/12/12

Dah genap 26 tahun dah diri ni.. Orang lain dah melangkah ke umur 27 tahun, kita baru nak merasa umur 26 dah jadi 27 juga..

Mr Hubby belanja BR 1/2 gallon.. sayang kamu!!

Pencapaian??

Tak kisahlah dengan nombor pada umur itu, tapi jenguk balik apa yang dah saya buat, apa yang dah saya capai.

Secara lahiriah, boleh kira banyak juga pencapaian dan perubahan yang berlaku pada diri saya..


UPSR, PMR, SPM, MATRIK UIA, MAIN CAMPUS UIA~ dah selamat semua, result Alhamdulillah cukup untuk makan..

Wakil sekolah, wakil matrik, wakil UIA main netball dan volleyball ~ dah sudah...

Join program itu ini, gi mari gi mari ~dah banyak jugak.

Dah dapat kerja baik sebagai nurse bilik bedah ~walaupun kerja 6bulan je tapi banyak perkara belajar.

Dah kahwin dengan Suami tercinta ~dah nak masuk 2 tahun Alhamdulillah bahagia ke saat ini.

Dah accident dan loss one of the most precious limbs ~ Alhamdulillah sebahagian besar badan masih dalam keadaan baik..

Dah berhenti kerja kat hospital dan jadi Suri rumah sepenuh masa dah ~ the great experience of life

Dah dapat seorang anak perempuan comel penyejuk mata penghibur jiwa ~Zahra nama diberi



Perkara di atas tiada apa yang kekal, dan tidak mampu jadi ukuran telah berjayakah saya..Tidak sama sekali..Allah tidak menilai semua itu melainkan saya manfaatkan semua itu untuk orang lain dan agama.

Saya tak pernah berbangga dengan semua itu tapi amat bersyukur dengan pengalaman indah itu..Itu antara jalan pembentukan saya hari ini. Tidak ada nikmat di atas mampu saya dustakan. Sesungguhnya, segala datang bersama tanggungjawab bukan..


Secara batiniyah........ sukar untuk cari kayu pengukurnya.


Sebagai anak >> arwah Mak dan arwah Ayah je tahu dan dapat kesannya hingga ke saat ini.

Sebagai adik/kakak >> adik beradik mungkin tahu betapa betah, lantang, selamba, kasarnya saya kadang-kadang dengan mereka.

Sebagai isteri >> masih turun naik, dalam usaha menambah baik diri untuk jadi isteri penyejuk mata penawar jiwa en Syed Abdul Mun'em tercinta.. Kadang-kadang merajuk, menangis, gelak, malas, rajin terlajak, cakap banyak, diam tiba-tiba, buat muka, ..Encik suami la yang banyak bersabar dengan kerenah saya dan dia jadi penilai juga untuk status isteri ini..~ " B, redha B lesen untuk Sayang dapat Redha Allah..Redhakan Sayang ye, B" 

Sebagai ummi >> Zahra belum boleh bagi feedback tapi jelasnya, long way to go..Banyak lagi ummi kena belajar kan Zahra..

Sebagai ahli komuniti >> masih jauh terkebelakang.. Jauh daripada orang yang memberi kepada agama dan ummat Islam. Baru join Masjid, baru nak involve program charity sekolah agama swasta yang tak berdaftar. Baru ngajar ngaji kat kakak muallaf seorang. Baru..Semua baru..

Ya Allah, mudahkanlah langkah-langkah kami untuk mencari redha Mu wahai Allah..


Tahun Baru Masihi 2013

Setiap kali ulang tahun kelahiran saya, memang sangat sinonim dengan sambutan tahun baru masihi.. Terasa baru nak berumur 26 tahun, sekali umur dah automatik jadik 27tahun.. :)

Dari dulu, memang tak pernah melibatkan diri dengan new year celebration. Bagi saya tak ada faedah langsung. 

Bunga api , buang duit.
Countdown2, buang masa.

Dua tahun kebelakangan ni, sambutan tahun baru menambah warnanya bila ada pihak yang berinisiatif menganjurkan sambutan yang lebih baik untuk umat Islam. Dan saya pula cemburu tak dapat berada di tempat begitu.

Pengisian rohani, tazkirah, selawat.. Tambah nilai iman kita, why not kan...

Dan bila tengok video mereka melaung takbir berkali-kali, Subhanallah, meremang rasanya..Kalau ruh dan semangat Islam semaki disuntik dan dijana di hati umat Islam berkali-kali sebegini, tak mustahil Malaysia bakal menyediakan barisan mujahid yang berani jihad untuk agama Allah..Suatu hari nanti inn Sha Allah.


Hari-hari terus berlalu dan tetap berlalu..

Menghitung umur yang makin bertambah, nilai kesihatan mulai susut secara teorinya, dan doa kami semoga kami lebih berusaha untuk menambah amal dan juga menambah nilai dalam hidup kami sendiri dan orang lain demi saham akhirat.

Semoga tak lalai di perjalanan. Semoga jalan hala tuju usrah kecil kami menghala ke arah membina masyarakat dan daulah Islam.


Radio kecil ini peneman kami dan sumber ilmu dan ingatan buat kami..best juga dan sangat berbaloi2..buat teman tidur lagi :)



fiey ahmad
dah tua dah...