IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Wednesday, May 26, 2010

Kematian Berupa Peringatan

No comments:
~Kullu nafsinn zaa iqotul maut~


Alhamdulillah...Setelah berkurun lama (ye ke berkurun?? lama juga lah), hampir sebulan lebih tidak mengisi ruangan rumah ini, saya berkesempatan menghadap laptop dan mencuba untuk menulis dan berkongsi sesuatu..Sesuatu yang berkait dengan rasa yang dialami oleh saya, dan pastinya kesan rasa itu cukup dalam bagi saya kali ini..

Sebelum itu, saya nak cerita sedikit sebanyak cerita ketiadaan saya di depan laptop ini buat jangka masa yang agak lama..Bermula last entry dulu, saya dah ke Temerloh untuk posting bersama Chah dan Deqma di Paeds. Lepas itu, bergelut dengan final exam, lepas itu lagi bertarung dengan final year project submission yang mendambakan air mata keluar berjejeran (huisssh, itu memang antara kenangan yang nak dilupakan tapi tak mampu lagi setakat ni)..

3minggu bersambungan dengan itu, saya dan Jibah tersayang berhabis masa dengan aman gembira tanpa belajar dan posting di UIA Gombak, ikut 'MASUM volleyball training'..Alhamdulillah...Banyak sangat belajar masa itu...Bukan saja dapat ilmu volley saja daripada Coach Zul (ex-national coach: perlu di'mentioned' di sini, hehe =P) ayat-ayat bunga pun ada juga, malah kami sama-sama dapat belajar dan berkongsi ilmu 'hidup dan kehidupan' bersama teammates yang lain, selain daripada ilmu 'merapu merapek' daripada adik-adik junior and senior yang seorang itu, hihi..Sangat membekas semua tu, tersenyum 'sorang-sorang' pun boleh jadi...

Dan, 
Saya baru saja selamat sampai ke Kuantan Sabtu baru ini, selepas driving dari KL sorang-sorang dengan mata yang asyik nak terpejam. Dalam perjalanan yang hampir ke selekoh UIAM, saya teringat tentang berita kematian nenek angkat saya di Cherok Paloh, segera membuat keputusan untuk menziarahi 'ibu dan abah' serta ahli keluarga angkat yang lain di sana..Walaupun sangat keletihan, tapi saya paksa diri, gagahkan semangat, untuk belajar dan didik diri untuk memenuhi tanggungjawab sesama saudara dan mengeratkan silaturrahim sesama saudara meskipun bukan sedarah sedaging.."fiey cuba nak contohi Mak ngan Ayah.Fi harap fi dapat mewarisi sifat berbudi Mak Ayah.."



Kematian Berupa Peringatan

Arwah mak ini adalah emak kepada ibu angkat saya, Dzuaini dan Anis semasa NurSS Baktisiswa  kali ini. Adam dan Usaid (Law student Gombak) adaldah anak-anak angkat mak. Kami semua agak rapat tetapi Adam dan Dzuaini lebih rapat dengan keluarga angkat kerana mereka sering menghabiskan weekend mereka di sana.  Berita kematian mak dikhabarkan ketika saya masih di Arau. 3 hari sebelum itu saya dikhabarkan mak jatuh sakit dan di masukkan ke ICU dalam masa 24jam. Sangat cepat semua itu berlaku..Pemergian itu mungkin dijangka tapi mungkin belum disiapsedia untuk  dihadapi dan diterima. 

Sesampai di rumah 'mak' (nama panggilan kami anak-anak dan cucu-cucu angkat arwah), hati berasa sangat sayu..Ada sesuatu yang menggamit rasa di hati. Melihatkan keadaan rumah yang baru usai mengadakan majlis tahlil cukup untuk mengimbau 'rasa itu' kembali.."aku pernah rasa ini semua dulu"..

Dengan mata yang separuh tertutup, saya gegaskan diri ke sink, bersihkan apa yang patut..Bukan selalu dapat peluang mengamalkan amalan yang dituntut Nabi Muhammad s.a.w. ketika bertandang ke rumah si mati iaitu kedatangan kita bukan sebagai tetamu tetapi sebagai pembantu peringan bebanan mereka. Jika tidak dari sudut emosi, harus kita bantu dari sudut fizikal, ringankan tugasan dan kerja yang ada. Sungguh, pengalaman menghadapi kematian ahli keluarga terdekat sentiasa mengingatkan dan memberitahu kita, harus kita tolong saudara si mati kerana ketika saat itu, mereka sarat menanggung bebanan perasaan yang amat berat sekali.

Dan,
Malam itu, solat saya beriring air mata menanggung rindu yang teramat buat kedua arwah Mak dan Ayah..Doa mohon sejahtera dan bahagia di sisi Tuhan saya titpkan buat mereka dan juga buat arwah mak Cherok Paloh yang baru dijemput Ilahi.

Sungguh, mati itu terlalu dekat dengan sesiapa sahaja..Masanya sudah sedia tercatat, cuma terbatas dek akal manusia. 



2 minggu posting terakhir


Hari ini hari ke 3 saya ber'posting di wad medikal di HTAA..4th year student yang seorang diri tersesat ke situ untuk posting Oncology (study berkaitan dengan kanser). Saya harus kata saya tidak kisah, dan terima ini sebagai latihan awal untuk saya jika benar rezeki saya dicampak ke mana-mana..Harus bersedia, suka ataupun tidak, harus suka dan terima dan memberi sebaik yang kita ada.

Kes-kes berkaitan kanser agak berkurangan di wad, dan kebanyakan mereka 'admit' ke wad sehari dua untuk kemoterapi. Hari pertama saya meninjau-ninjau juga area 'isolation room', menunggu cycle kemoterapi dijalankan, tetapi bukan rezeki saya la kali ni agaknya. Hari kedua dan seterusnya, saya 'stay' di 'acute cubicle'. Tolong apa yang patut dan cari lagi pengalaman-pengalaman yang mungkin ter'miss' sebelum ini.

Sungguh bertuah posting kali ini, wad medikal lelaki yang kebiasaannya melimpah-ruah 'patient'nya, susut benar dari sudut bilangan. Di kubikal saya, hanya 2, 3 pesakit. Dengan itu, boleh lah saya lebih fokus dengan satu-satu pesakit.



Kisah kematian kali ini


Ingin berkongsi satu lagi pengalaman mendepani kisah kematian. Mungkin saja kisah kematian itu terlalu sinonim  dengan hospital, terlalu sinonim dengan dunia perubatan dan kejururawatan, sehingga kematian itu menjadi terlalu biasa dan harus ditegal biasakan. Namun, bagi saya, setiap kisah kematian itu pasti beserta cerita di sebaliknya dan harus ada cerita berkesinambungan selepasnya.

Jujur saya katakan, jarang sekali saya berpeluang mendepani kematian di hospital di ketika waktu kerja saya. Untuk sebab itu, benarnya saya katakan saya agak kurang cekap mengendalikan 'last office' untuk pesakit. Last office (LO) merupakan penghormatan terakhir daripada pihak nursing untuk si mati, dengan membersihkan si mati seadanya sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan dan keluarga. Kali ini, sangat bersyukur berpeluang mengendalikan dan belajar kembali daripada juniors yang masih fresh ingatan mereka..Kita harus saling belajar dan memberi kan.

Ada kisah di sebalik pengalaman hari ini. Sudah 2 hari saya menjaga pesakit ini. Pesakit ini , 35 tahun, berkeadaan koma dan bernafas dengan bantuan 'ventilator'.  Pesakit ini di 'diagnosed' kan menghidapi penyakit Menigoenchephalitis, Infective endocarditis with +ve Hep C. Hari pertama menjaganya, saya menjaga dan membuat kerja seperti biasa, tidak terlihat sesuat yang luar biasa. Saya belajar daripada junior saya, medical student, Jibah, untuk seboleh-bolehnya tidak 'judge' sesiapa sahaja jika belum kenal sekenalnya tak kira siapa dia sebelum ini. Walaupun di 'bed ticket'nya tercatat dia bekas penyalah guna dadah, saya pesan selalu agar tidak memandang itu sebagai sebab untuk saya melihat serong beliau seperti pernah saya lakukan sebelum ini di ketika muda-muda dulu. Bimbang tersalah fikir, tersilap laku pada yang tak sepatutnya.


Ada satu pemandangan yang meruntun hati saya hari ini..Kebiasaan yang tidak nampak pada hari semalam tapi kelihatan pada hari ini..Saya kurang pasti siapakah orang itu bagi si pesakit ini, sama ada ibu ataupun kakak si pesakit, yang pasti wanita akan menghabiskan masa dengan mengalunkan yassin dan bacaan ayat-ayat Quran yang lain. Di masa lain, beliau akan mengusap lembut si pesakit ini.
~Allah, runtun benar melihat situasi itu..Berderau darah setiap kali mendengar alunan bacaan berbunyi esakan tersembunyi itu..Pasti berat perasaan yang ditanggungnya saat itu.


Jam 11pagi, saya mengambil tekanan darah si pesakit ini seperti biasa untuk setiap satu jam. Tekanan darahnya waktu ini sudah makin menurun ke bawah paras normal (89/56). Jauh daripada normal baseline pesakit ini. Doktor dimaklumkan segera dan keadaan pesakit sememangnya menunjukkan sistem dalam badannya semakin menurun. Doktor segera memaklumkan keadaan pesakit kepada wanita tersebut, rona merah menahan rasa kelihatan di wajah itu. Beliau segera memaklumkan pada saudara yang lain dan meneruskan bacaan yassin buat si pesakit. Akhirnya, saudara terdekat si pesakit mengambil keputusan untuk memilih 'Do not resuscitate' (DNR).
Kami akur.

Rupa-rupanya, keadaan si pesakit sudah pun menunjukkan tanda-tanda awalnya dia akan pergi. Semalam ada beberapa ekor semut kecil yang datang dari mana pun tidak diketahui, berada di atas katil pesakit dan itu disedari oleh saudaranya. Pagi ini, baru saya teringat, si pesakit ada bergerak lebih daripada biasa yang langsung tiada pegerakan, dan saya lihat beberapa kali ada takungan air mata dipeluput matanya. Di saat itu, alunan ayat Quran masih kedengaran oleh wanita itu..
Sayu..


Di saat dia ingin pergi, saudara-saudar terdekat telah ramai berkumpul membacakan yaasin dan menutur kalimah di telinga si pesakit, penuh rasa kasih dan cinta buatnya. Sebak saya tahan air mata, tak tertahan untuk berada di sekitar itu, perasaaan itu sungguh kuat, terasa dialami oleh diri sendiri. Bukan saya tidak tahan mendepani kematian seseorang, cuma saya tidak tertahan melihat kasih sayang dan kecintaan saudara-saudaranya buat si pesakit. 


Hati saya berkata, 

'beruntungnya si polan ini masih sempat merasa kehangatan kasih sayang daripada orang-orang sekelilingnya. Beruntunglah si polan ini, andai sebelum dia jatuh sakit, dia sempat bertaubat dan menerima redha dan kasih saudara-saudaranya. Sungguh aku kagum dengan  mereka, kerana berhidup dengan orang-orang yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini amatlah SAKIT dan MEMBEBANKAN jiwa dan perasaan..Semoga dia pergi dan diterima sebaiknya pula oleh penghuni dilangit andai keredhaan insan-insan yang ditinggalkan bersama-samanya. Andai si polan ini pergi sebelum sempat kembali, aku doakan semoga Allah masih menerimanya dan berharap insan-insan lain yang terjebak di jalan ini, kembalilah pada Allah selagi masih punya kesempatan..Jika tidak mampu memohon kemaafan daripada manusia, semoga sempat memohon keampunan daripadaNYA...Innalillahi wainna Ilahi rajiiuun....'




fiey ahmad
semoga aku juga diterima taubatku..T_T