IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Wednesday, October 28, 2009

Air Mata Rasulullah..Insan Agung

2 comments:



~Kiriman Email daripada seorang Sahabat dunia akhirat..Terima Kasih atas ingatan ini...Moga hati kita terus subur untuk Mencintai Rasulullah dengan menyelusuri jejak tinggalan baginda tercinta..~


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'



Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Tuesday, October 27, 2009

Kepuasan Memberi..

No comments:

Hari ini saya rasa sangat bersyukur, diberi peluang sedikit masa untuk menjaga Po Po sebelum beliau discaj dari wad..

Sebelum pulang, dengan bantuan Mawaddah dan juga pelatih Jururawat Masyarakat cuba menyediakan Po Po seselesa mungkin sebelum pulang. Asalnya, anak Po Po meminta bantuan daripada adik pelatih JM itu, tapi kebanyakan mereka baru masuk bekerja di ward itu hari in sebagai hari pertama mereka. Ada beberapa orang yang telah bersama-sama kami 'student nurse UIA' menjaga Po Po sejak seminggu yang lalu.

Kata salah seorang daripada mereka, Nirmala,
"Panggil kakak itulah (merujuk pada saya dan Mawaddah kot masa tu) sebab diorang dah KENAL auntie ni"

Sambil tersenyum, bukan kerana bangga tapi kerana penghargaan buat satu perkataan iaitu KENAL..

Bagi saya, perkataan berhuruf lima abjad itu besar maknanya dalam dunia perawatan..
Buat Nursing mahupun Medical.

Saya mula memegang prinsip
"kenali patient kita untuk kita memberi apa yang mereka perlukan, memberi apa yang terbaik daripada kita untuk mereka".

APa yang saya amalkan bila ketika ber'posting'.
  1. Ingati nama patient kita- Adress them by name wether when talking to your friends, staff nurses or doctors. Ia amat bermakna bagi mereka yang memaknakan nama mereka.
  2. Ketahui 'medical diagnosis' mereka- medical treatment and management will be based on the diagnosis. Then will be our hand that deliver the treatment altogether with doctors.
  3. Keadaan keseluruhan patient- ini melibatkan 'consciousness,movement, diet, comfort, pain, and many more because this will indicate wether patients need our assistance. Here there come a word named HOLISTIC. Kadang-kadang, kita tidak jua mampu "memberi segalanya" pada semua, tapi yang penting kita memang sedaya kita "memberi yang terbaik daripada apa yang kita ada", walaupun sekadar sentuhan tangan mahupun senyuman di bibir.
~People will forget what you said, People will forget what you did, But People will never forget what you made them feel~

Sambungan sedikit daripada saya, ~if people do forget you at all, remember there is ALLAH there, Who will never ever forget what you said, what you did and what your intention is~


Dalam proses menyiapkan Po Po, tukar baju, tukar pampers, tukar dressing Po Po, kami mengagak CBD Po Po leaking. Kami meminta staff nurse in charge tengokkan agar sesuatu yang harus dilakukan untuk keselesaan Po Po. Po Po tidak mampu bertutur lancar, oleh itu kami cuba menjadi suara untuknya, untuk keselesaan dan kebaikannya. Tanpa kita sedar sedari dulu lagi, kita student nurse mampu dan seharusnya menjadi suara buat patient yang memerlukan kita, sekaligus mendidik kita berlatih bertutur dengan nada dan gaya bahasa yang memberi ruang untuk kita bermudah cara dengan semua.Memberi dan Menerima..Indah bukan..

Mawaddah dan saya juga dengan bantuan Sr. Wan Hasliza, kami mencadangkan untuk ditukar CBD itu, staff nurse Mazliza pun bersetuju. Di sejurus sebelum menukar CBD, Mawaddah menyediakan 'perineal care' untuk patient. Sesungguhnya, ingin sangat ditekankan pada daya sendiri dan semua, 'perinal care' itu amatlah penting buat patient yang tidak berdaya melakukannya sendiri, baik lelaki mahupun perempuan. Ingatan buat diri sendiri dan sahabat semua, di kesempatan membuat 'sponging', 'BO' dan lain-lain, sama-samalah kita menitik beratkan 'perineal care'. Sebagai mana kita inginkan jagaan yang terbaik untuk kita.

Usai menyiapkan Po Po, kami dudukkan Po Po pada 'high fowler's position', dengan harapan agar bedsore Po Po mempunyai ruang untuk sembuh. Kadang-kadang kita tak sangka, patient yang pada asalnya kita temui buat pertama kali dalam keadaan yang terbaring semata-mata tanpa sebarang pergerakan, mampu duduk walaupun lemah.

Pesan saya buat adik-adik pelatih JM, sahabat dan saya sendiri, "patient is progressive, kita yang menilai tahap demi tahap yang mereka tempuhi.kita yang menyedari perubahan patient, andai kita benar-benar 'mengenali' mereka". Dan tindakan perawatan kita bergantung pada keadaan semasa kan, malah 'medical management' juga begitu..

Kita mampu memberi kata jika kita tahu..
Kita mampu memberi tenaga jika kita mahu..
Kita mampu memberi jika itu matlamat yang dituju..

Po Po gembira kembali ke rumah. Walaupun tidak menyorong ke pintu ward, ucapan "bye-bye" Po Po amat memberi kepuasan di hati.

Kepuasan Memberi, teori yang tak pernah dapat disangkal..
~Allah Maha Pemberi, nikmat hidup, Iman dan Islam.. Bersama-samalah kita menjadi yang bersyukur~

fiey ahmad
HoSHAS K12

Monday, October 26, 2009

Hikmah Di setiap Sesuatu..

No comments:

~Lihatlah setiap sesuatu itu daripada Allah,pasti ketemu nikmat kasih sayang Tuhanmu padanya~

Telah Allah janjikan bagi umat manusia, setiap apa yang dijadikanNYA bukan sia-sia..Pasti penuh hikmah dan ibrah yang tersurat mahupun tersirat..Dan pasti ada yang bisa membongkarkannya, sama ada dari kaca mata mahupun mata hati..

aliimran190.jpg

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]


Fikir dan Zikir pada Allah, kesannya ketenangan pada hati kita..

Bila kita memandang sesuatu itu daripada Allah, pasti hati kita aman merasakan cinta Allah itu, sama ada berbentuk HADIAH,TARBIAH, INGATAN,ataupun TEGURAN..

Barang pasti setiap derap langkah perjalanan hidup kita pasti ada perancangan dariNYA, 'haluan' dan 'laluan' sebahagian daripada pilihan kita.

Bersangka baiklah dengan DIA, insyaALLAH ketemu ketenteraman di jiwa.

Berbuat baiklah dengan setiap sesuatu yang ada pada kita untuk setiap sesuatu di sekeliling kita, kelak pasti datang pertolongan yang tidak disangka-sangka daripada Tuhan yang Maha Pemurah, dalam sedar mahupun tidak...


~Ya ALLAH, tenangkanlah hati ini dalam maghfirah dan mahabbah dariMU..Jauhilah aku daripada bersalah sangka terhadapMU dan terhadap segala yang Engkau berikan~


fiey ahmad

Temerloh Bandar Ikan Patin

Wednesday, October 21, 2009

Semakin Belajar Erti HIDUP..

2 comments:



Dulu, saya sering rasa yang saya ni 'perfectionist'. Even not for all the time,but I can say that it is almost all the time. Saya yang sedari kecil, sekalipun berhati kecil,namun bernaluri kemanusiaan yang inginkan segalanya indah, segalanya sempurna, tiada kesakitan, kekecewaan, tiada kesengsaraan.Saya memandang segalanya harus cukup lengkap, tidak menyusahkan dan tidak membebankan..

Dengan itu, saya membesar dengan sifat yg cukup sinonim dengan jiwa saya,DENIAL, PESSIMIVE, NEGATIVE...Semua itu membesar dengan saya.

Saya NAFI bila saya rasa ada kawan berikan layanan lebih untuk saya,
Saya NAFI bila saya rasa ada kawan berikan kasih sayang lebih untuk saya.

Saya PESIMIS bila saya rasa ada orang berbuat baik pada saya,
Saya PESIMIS bila saya mendapat kebaikan, kerana fikir saya mungkin lepas ini ada keburukan.

Saya NEGATIF dalam banyak perkara dalam hidup saya..
Terlalu NEGATIF..

Kenapa saya begitu ye??
Setelah bertahun hidup bersama-sama mereka, saya mencari-cari, kenapa saya memilih untuk begini..

AKhirnya, saya rasa saya ketemu jawapan itu di dalam tahun ini mungkin. I am so because I force myself to always PLAY SAFE..Play safe means 'NOT TO BE HURT'.
Because I am afraid of being hurt, I fear of being left in pain, after watching sooo many pain in lifes..

MAKNA KEHIDUPAN

Tapi,akhirnya saya menyedari jalan hidup ini tidak dijanjikan mudah.Hidup ini hanya medan.Tempat mencari makna BERBAHAGIA dengan kehidupan..

Hari ini, saya terbangun lewat untuk posting shift pagi.Argghhh!! Sangat tak suka bangun lewat, siap gopoh-gapah..Bersiap dalam masa 16min..Sampai ke ward K12 HoSHAS tu tepat-tepat pukul 7am..fuhh...Tapi, seperti biasa, kalau terlewat begini, mood mesti lari sikit..Chah pon takut nak tegur saya,wuwuwu..

Chah, sebagai Charge nurse, memberi tugasan saya di cubical open ward..Sebelah kiri, dengan 2 orang patient..ALhamdulillah, dalam hati berkata. "aku mesti belajar dan buat lebih banyak perkara yang perlu buat hari ini...kena lawan balik rasa bad mood ni"

Hari ini terasa betul-betul buat Nursing Management. Manage patient from head to toe. Prioritize, Advocate, Educate, Care and many more. Selama ni, berkejar-kejar saya ke sana ke mari..Haha, ada saja kerja nak dibuatnya, pendek kata, tak 'focus'. Hari ini tumpuan saya pada patient bawah jagaan saya. Kedua-duanya perempuan. Dan hari ini, saya lebih belajar hidup ini bukan sekadar hanya,DENIAL, PESSIMIVE, dan NEGATIVE..


Kakak A dengan diagnosis Sepsis TRO Leptospirosis, keadaannya baik berbanding dua hari lepas walaupun masa itu bukan di bawah jagaan saya, dan hari ini saya mengambil alih jagaan dalam keadaannya yang telah hampir beransur baik. Tahniah buat sesiapa yang menjaganya sebelum ini.

Auntie B atau saya lebih memanggilnya secara hormat 'Po Po (nenek)', dengan diagnosis asalnya ialah Hyperkalemia, HPT, DM dan Anaemia. Po po ini antara patient yang paling lama dikenali saya sejak hari pertama bekerja. Waktu itu shift malam (9pm -7am). Po po katilnya di cubical Acute waktu itu. katil 24, hujung rapat ke dinding. Asalnya saya tidak menyedari kewujudan Po Po di situ, kerana cubical itu semuanya lelaki kecuali Po Po. Sehinggalah waktu dah menjengah pagi, saya cuba 'assist' staff nurse menguruskan Po Po setelah kami menyedari Po Po mulai sedar dari keadaan 'unconscious'nya setelah sekian lama. Dan bangkitnya kali ini terus dengan menarik keluar Venofix di 'jugular vein'nya dengan selamba.

Rentetan daripada peristiwa itu, sering tak terlepas untuk memandang Po Po, walaupun tak pernah beliau berada di bawah jagaan saya. Blood transfusion dua tiga pint. Insert Ryle' Tube.Sampai lah Po Po dipindahkan ke open ward. Sebelum ini, dapat jaga Po Po secara tak langsung saja, tolong Chah buat bed-making, feeding dan juga dressing bersama Mawaddah.

Beberapa hari saya beri laporan dan pandangan pada staff nurse mengenai bedsore itu, minta tolong usulkan pada doktor untuk 'inspect and plan what to do with that bedsore'. Alhamdulillah, hari ini berhasil jugak untuk Po Po, semasa bed making, Dr Siti Khadijah 'round' dan saya mengambil peluang untuk meminta doktor melihat dan 'plan something' untuk tu. Dan Dr. plan untuk disloughing. Berbunga hati saya untuk Po Po. At least, I do something that I can remember and learn from.

Melihat Dr. Khyrool sedang buat 'preparation', saya dan Chah offer diri untuk assist. Nak ambil peluang untuk tengok dan tambah pengalaman 'in assisting' sebenarnya. Terima kasih buat sahabat yang memberi sedikit sebanyak idea bahawa tugas 'student nurse can be beyond what we think' ~Undeniably, experiences make us become more creative and they are priceless.~

Agak menyedihkan sebenarnya, bak kata Dr. Kim Mo Mo, MO ward K12 tu,ketika buat 'round', kami masih sibuk dengan aktiviti 'disloughing'...

"she develops the bedsore thing here." Urmm, sama ada kita 'realize' ataupun tak, preventing bedsore is mainly nursing job, with cooperation with others. Bila ada bedsore dan stage of bedsore, menandakan tahap Nursing Care kita. Sangatlah tak dinafikan, staff nurses have tons of works to do, suppose to do. But giving a good care for patients is a choice of us.

Dan beliau menyambung lagi," Patient is ok now, now is only your Nightingale". Saya dengan bersungguhnya jawab, "ok, dr". Selepas itu, saya menyambung tugasan meng'assist; Dr. Khyrool membuat 'disloughing' untuk Po Po. Banyak perkara yang saya pelajari dan membuktikan praktikalitinya di sini,SAYA SEMAKIN BELAJAR ERTI HIDUP ~Doctor-Nurse relationship, Way of Communication, Respect and Being Respected~

Po Po sudah makin pulih, faham apa yang kita cakapkan padanya, beri kerjasama..Betul kata Sr. Azizah, apa yang paling membahagiakan kita bila kita dapat lihat progreess patient kita yang makin bertambah baik, dan rasa hubungan dengan patient itu istimewa bila kita menyumbang sedikit untuk kehidupan mereka.~alhamdulillah..lalalala..hatiku berbunga indah


Being a good nurse is about a choice. It is about OUR CHOICE..


**Evertyhing to gain, Nothing to Lose**

Terima Kasih buat sahabat-sahabat dan wardmates (Ria, Mamas, Chah, Mawaddah, Mona, Ismi, Siti, K.Lin Kecik, Ain, Nizam, Rafiq, Pdot)yang sangat 'supportive and helpful',
lectures yang sangat inspiring and motivating,
staff nurses yang baik hati dan 'willing' untuk mengajar dan 'guide' kami,
doktor-doktor yang berhati besar dan sedia berkhidmat,
WE ARE IN A TEAM, WE WORK TOGETHER FOR DELIVERING GOOD SERVICE TO NEEDY PEOPLE.

Tidak lupa juga patient-patient yang saya hormati.Moga cepat sembuh dan jangan lupa jaga kesihatan ;)


fiey ahmad
~thank Allah for this 'nursing' gift~

Tuesday, October 20, 2009

Mengemis KasihMu Tuhan..

No comments:
Artist: Raihan
Album: Gema Alam
Song Category: Nasyid


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa KU menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


~Tuhan, sesungguhnya tiadalah daya aku selain mendamba pertolongan dan kekuatan daripadaMU..Aku sekadar seorang hamba yang memohon dikuatkan hati ini untuk terus menghadapi jalan tarbiah yang Engkau sediakan untuk aku..

Tetapkan hati ini untuk terus berjuang demi insan-insan tercinta di dalam hidupku..Airmata yang jatuh masih tidak mampu menggambarkan keperitan hati aku mendengar dan melihat penat jerih saudara-saudaraku yang kucintai..

Kuatkanlah hati mereka, agar mereka tahu hanya Engkau sebaik-baik Penilai yang bisa menilaikan pengorbanan dan keikhlasan mereka.~


aku seorang hamba
fiey ahmad
no 14, Seberang Temerloh

Friday, October 16, 2009

Cerita tentang dunia Kejururawatan

2 comments:

Kerajaan isytihar 12 Mei Hari Jururawat - Metro 14hb Oktober 2009


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan 12 Mei setiap tahun sebagai Hari Jururawat Malaysia untuk mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata cadangan Hari Jururawat Malaysia sudah diluluskan Kabinet, baru-baru ini.


Walaupun 93 peratus kekosongan jawatan jururawat dalam sektor awam sudah diisi dan kira-kira 7,000 jururawat baru dikeluarkan setiap tahun, masih lagi terdapat kekurangan dalam bidang itu terutamanya dalam penjagaan kesihatan tertentu seperti palliatif dan Unit Rawatan rapi (ICU).


Beliau berkata, terdapat 79,742 jururawat di seluruh negara dengan 59,000 di sektor kerajaan.


“Kini, nisbah populasi jururawat kita ialah 1:329 dan kita harap untuk mencapai tanda aras Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 1:200 pada tahun 2013,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejururawatan Antarabangsa dekat sini.


Beliau berkata, setakat ini, ada 107 kolej kejururawatan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kurus kejururawatan di seluruh negara.


Terdahulu dalam ucapan, Liow berkata, jururawat yang menjadi barisan hadapan penting dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah antara yang pertama menerima suntikan Influenza A(H1N1) apabila hantaran pertama vaksin itu tiba di negara pada akhir bulan ini. - Bernama



Bukan sekadar masalah KUANTITI..

KEKURANGAN daripada sudut BILANGAN bukan satu-satunya masalah utama dunia kejuruwatan di Malaysia khasnya, malah KEKURANGAN daripada sudut KUALITI juga..

Apabila kita hanya melihat masalah daripada sudut kuantiti sahaja, maka kita fikir, jika bilangan 'admission' ditingkatkan pada masa sekaragn, dalam masa 4 tahun masalah 'shortage of nurses' itu akan dapat diselesaikan. Lantaran yang demikian, berteraburanlah IPTA dan kolej-kolej menawarkan kursus ini dengan menjanjikan jaminan kerja di masa hadapan.

Memang tidak dinafikan, kerjaya di bidang perubatan atau 'medical field' ini memang meluas dan tidak akan malap insyaALLAH, kerana akan ada setiap saat dan waktu orang jatuh sakit dengan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi di ketika 'environment' dunia hari ini..

Saya di sini bukan merendahkan mana-mana pihak , jauh sekali memperkecilkan dan mempersoalkan tindakan susulan mempertingkatkan bilangan jururawat di Malaysia tanpa pemantauan ketat pada sudut KUALITInya..Antara KUANTITI dan KUALITI, jika ditanya pada rata-rata responden agak-agaknya, apalah jawapannya. Sebagai responden pertama pada soalan sendiri, saya dengan rendah diri memilih KUALITI, kerana pada fikir sayay, jika saya menjadi pesakit, saya iniginkan jururawat berkualiti yan gmenjaga saya, kerana saya tahu, mereka ini menjaga saya demi mengharapkan saya akan bertambah baik dan kembali sihat, malah memberi saya ingatan tentang pentingnya unutk menjaga kesihatan..Bukankah itu ingin kita semua..??

Sekali lagi jujur ingin saya tekankan, bukan saya mempertikaikan kualiti sesetengah pihak, sekadar menginginkan PENAMBAHBAIKAN pada NURSING itu sendiri, demi kemaslahatan pesakit-pesakit dan orang yang memerlukan khidmat kita. Bukan sekadar KUANTITI jadi isunya, malah KUALITI itu juga titik asasnya dalam menberikan yang terbaik untuk yang memerlukan.

Orang selalu cakap,

"Ambil nursing ni, senang dapat kerja.."
"Bagusla ambil nurse, kalau ada ahli keluarga sakit, senang sikit"
"Nursing ni luas cabang dan bidangnya, untungn ambil nursing"

~Maka beruntunglah orang-orang yang mengambil & memberi kebaikan daripada Nursing itu~

Di sebalik itu, pernahkah kita mendalami sedalam-dalamnya, tanggung jawab dan amanah di tika menyandang 'title' seorang nurse, sama ada di ward, di masyarakat luar, pada diri sendiri dan juga pada agama ALLAH..

Sesungguhnya, tanggungjawab itu amatlah berat dan besar sekali..Bagi sahabat-sahabat dan adik-adik yang telah MEMILIH atau PAKSARELA berada di jalan ini, fikirkanlah, ada sebab 'mengapa DIA pilih kita untuk berada di sini..

Mungkin untuk menjadi 'nurse'..Mungkin juga tidak...Tapi, yang pasti, di situ pasti terletak hikmah kenapa kita di sini hari ini..HIKMAHNYA??
Terokailah sendiri berbekalkan AKAL, HATI dan IMAN yang diberi..

Our hands SAVE, Our hand KILL...

Redha ALLAH jua matlamat utama kita..Tak kira di mana kita, apa jua kita....

~wallahua'lam~

fiey ahmad..
-ada case study yang perlu disiapkan-

Sunday, October 11, 2009

Kemanisan Bersyukur..

No comments:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu "Demi sesungguhnya!jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambahi nikmatku kepadamu, dan Demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKU amatlah keras"

bukankah kita umat manusia yang dianugerahkan 2 nikmat paling tinggi, iaitu Iman dan Islam..yang meyakini bahawa janji-janji Maha Pencipta itu benar..

mungkinkah sifat semulajadi manusia yang PELUPA itu membenarkan kita manusia ini untuk kupa dan leka daripada bersyukur dengan apa yang kita ada dan perolehi hingga ke saat ini..

Bukankah jika kita telek kembali apa yang ALLAH kurniakan pada kita hingga ke hari ini jauh lebih besar dan bermakna buat kita hamba yang selalu lalai ini berbanding hamba-hamba NYA yang cukup tinggi Iman dan Tawakkal mereka di bumi Aqsa, di bumi Iraq,

Kita di sini cukup makan minum, malah berlebih-lebihan hingga membina dan menyimpan simpanan yang xsepatut nya ..

Kita di sini di beri peluang untuk berjalan ke sana ke mari dengan rasa agak aman InsyaALLAH tanpa bunyi bedilan meriam dan bidasan peluru..

Tapi kita di sini, lebih banyak ngomelnya, lebih banyak ketidak puashatian kita, lebih banyak ketidak syukuran kita..

Kita manusia, kita hamba, yang cukup banyak kelemahan dan kekurangan..Kita seringkali lebih melihat kekurangan dan keburukan orang lain, lantas lebih menyalahkan mereka di atas ketidak puas hatian kita, kita mahu itu, kita mahu ini, TAPI pernahkah kita meluangkan kebanyakan masa kita untuk menilik dan memuhasabah diri kita, adakah kita sudah cukup baik untuk mendapat apa yang kita suarakan, adakah kita ini layak untuk mencapai apa yang kita lantang bicarakan...saya mengingatkan kembali diri saya dan sahabat ziarah untuk belajar untuk bersyukur dan pada masa yang sama untuk ke arah lebih baik..

Antara petikan kata-kata hikmah yang saya kutip di perjalanan hidup sabagi student/

"We can not expect the changes to just be happened like that, or let other people to make the changes, be a part of the changes"

untuk itu, bersama-samalah kita ynag inginkan perubahan ini, menjadi sebahagian daripada usaha itu, andai kejayaan itu bukan kita yang rasai, pasti akan ada segelintir yang akan mendapat menikmati daripada usaha kita..


"ayuh, sama-sama kita berlapang dada..bersyukur untuk merasa lebih kenikmatan kasih-sayang Tuhan itu, dan sama-sama tingkatkan diri untuk ke arah lebih baik"


buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

saya budak baru, sedang dan akan belajar,

kalau silap, lupa, lalai, tegur-tegurkan..


fiey ahmad.

temerloh, rumah no 14

Friday, October 9, 2009

Tautan Kasih pada Serikandi Islam

No comments:

Mengimbau kenangan dulu..ketika masih di Tingkatan 3, di bilik Halimatus Saadiah, level 2 asrama Sek Men Agama Khairiah, K Trg, Trg.
Ada sebuah buku yang begitu membawa kesan di hati ini. Buku yang berjudul '10 wanita Ulung Islam'..Di kisahkan di dalamnya rentetan sejarah hidup serikandi-serikandi Islam yang hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w...Buku yang berisi yang penuh cerita-cerita meruntun jiwa, dengan keindahan rupa paras, ketinggian peribadi orang kanan pejuang-pejuang Islam, ketegaran Iman dan Taqwa di sebalik kelembutan wanita, kecekalan hati dan semangat yang cukup ampuh..

Dan antara 1 cerita yang berbekas di jiwa ini adalah kisah seorang serikandi Islam yang tegar menjihadkan diri bertempur di medan darah demi Islam dan saudara darah dagingnya..

Ya Allah, semoga semangat Khaulah ini terus menyubur demi keteguhan syiar Islam itu..
Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pencinta sirah Islam. Skil & teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Malah, pada ilmu saya, barangkali beliau merupakan wanita yang paling handal berlawan dalam sejarah Islam.

Episod-episod penglibatan Khaulah dalam perang-perang Islam tercatat dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhammad bin Umar Al-Waqidi Al-Aslami. Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi pembuka Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya , ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Allahuakbar..Allahuakbar..

fiey ahmad

di kala hati berasa gundah..

Wednesday, October 7, 2009

Bila Iman itu menipis..

2 comments:

Iman..

Kalimah yang sering meniti di bibir umat Islam seluruhnya..4 huruf kecil namun besar maknanya, luas makrifahnya berat tanggungan untuk memeliharanya..

Iman itu YAKIN..

Iman itu PERCAYA..

Iman itu CINTA..

tapi sukar sekali untuk menggapai matlamat garapan iman itu, dek kelemahan diri sendiri, dek kebatilan jiwa hamba..

Sangat berasa iri hati melihat sahabat2 yang kuat jiwanya, utuh hatinya, kebal jiwa dan rohnya, mengejar cinta Ilahi bersama Iman yang berbuah ranum di taman nurani mereka.

Sangat cemburu bila melihat dan membaca coretan hikmah di laman masing-masing, sangat cemburu bila melihat mereka petah berbicara mengenai Iman, Cinta dan Perjuangan dengan bahasa-bahasa ikhlas.

Dan, kecewa itu rasa yang kembali pada diri yang penuh dosa ini..Terkadang rasa sakit teramat sangat bila hati, jiwa, akal dan rasa bertelagah di benak mengharukan kisah hidup yang penuh simpang-siur ini..Rasa kecewa itu bertandang bila hati tidak dapat beristiqamah dengan jalan-jalan menuju keindahan hakiki. Rasa kecewa itu hadir lagi, bila hati ini sendiri lemah dalam menyingkap sebenar rasa berjiwa hamba itu..Kecewa mengganda bila menoleh kesilapan dulu namun masih tidak berkemampuan menidakkan ulangan itu..Kecewa dengan ketidakmampuan diri..

Mungkinkah ini kifarah dari MU Tuhan untuk kejahilan kealpaan dan kelalaian hambaMU ini..

Allah..berat benar rasa ini..Ku mohon tunjuki jalan yang Kau redhai..


Ku Rasa Ingin Lari..

No comments:
Aku bukan sempurna..
Tidak bermimpi untuk sempurna..

Bukan mudah ingin mencipta perubahan..
Kerana diri sendiri juga sukar berubah..


Bukan mudah menjaga hati yang lain..

Kerana hati sendiri mudah terasa..

Realiti ini bukan fantasi..

Atau cerita dongeng berulit indah..

Jerih itu pasti..

Luka itu mesti..
Ku rasa ingin lari..
Tapi difikir-fikir kembali..KE MANA HARUS AKU PERGI?

Rasa itu wujud..
Bukan direka mahupun dicipta..
Namun, harus diteliti..

Lari tiada membawa erti..
Selain memperkecil diri sendiri..

TABAHKAN HATI.. HADAPILAH REALITI..

Hidup ini bukan jalan mudah..

Jiwa dan akal ini yang bakal menggubah..
Demi mencari pengakhiran yang indah.. WAllah hua'lam

fiey ahmad
Temerloh

Friday, October 2, 2009

Cardiac Care Unit (CCU) Posting

No comments:
Di kala hari ke 10 Aidilfitri kami Year 4 Nursing Students sudah harus memulakan clinical posting di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Kami sekelas dibahagikan pada 2 kumpulan besar. Untuk minggu pertama ini, separuh daripada kami ke Cardiac Care Unit (CCU), sebahagian lagi ke Intensive Care Unit (ICU).

Dan saya,
ALhamdulillah, bertuahnya saya kali ini kerana dicampakkan ke CCU, Dan saya sangat terasa keyakinan itu bahawa Allah sangat mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNYA..

Di kala tahap motivasi ini hampir mencecah dataran paling bawah, Allah menyediakan tarbiah paling effective. TARBIAH MELALUI TELADAN..

ROLE MODEL

Pernah kan kita dengar,

"Our child sometime fail to follow what we said, but they never fail to immitate what we did"

" Kita harus memperkasakan diri dengan memilih contoh yang baik untuk dicontohi"

"Sebaik-baik teladan adalah Rasulullah, manusia agung di muka bumi"

Contoh dan teladan..Hampir serupa tapi sedikit berbeza..

Contoh itu sesuatu yang boleh diikuti, sama ada baik ataupun buruk. Contohnya, guru itu menjadi contoh pada anak muridnya. Tak kira ape jua sikap dan sifat positif atau negatif yang dipancarkan, itulah menjadi contoh kepada anak didik mereka.

Teladan pula sesuatu yang baik yang boleh kita ambil untuk menjadi ikutan yang baik untuk kebaikan kita..Teladan yang diambill boleh menjadi batu-bata pembentuk dan penguat kepada karakter seseorang, sahsiah seseorang. Teladan-teladan inilah yang menjadi intisari dan panduan untuk seseorang di masa depan mereka, *buat mereka yang menghargai.

DAn pastinya, tiada contoh tebaik buat umat manusia selain Rasul Allah, Nabi Muhammad s.a.w.
Yang diutuskan demi menyempurnakan aklhak umat manusia demi menuju perjalanan mencari akhirat. Meskipun jauh terbatas dek ruang dan waktu, Rasulullah tidak pernah gagal memberi contoh dan teladan yang baik melalui 2 perkara besar yang baginda tinggalkan untuk kita. Al-Quran dan Sunnah.

Cerita dari CCU

4hari menjalani praktikal di CCU meninggalkan kesan yang hebat pada diri saya. Dalam masa 4 hari itu, lebih kurang 28jam di sana, saya menyaksikan begitu banyak contoh dan teladan yang boleh dikutip. Kami di'refresh'kan semula dengan ilmu yang pernah dahulu kala kami pelajari, ilmu tentang 'Cardiac Care and Management'.

Yang paling best dan sangat berkesan kepada saya ialah..ECG interpretation, di mana ingin saya ekspresikan betapa bahagianya saya dapat menangkap cara-cara sebenar dan mudah untuk menafsir ECG. At least, saya dapat belajar dan memahami untuk melihat kewujudan Acute Myocardial Infarction dalam ECG..Huhu, bahagianya rasa ini, sekurang-kurangnya, before grad dapat juga faham ECG..hihi=)

HUhu, rasa macam tengah buat Viva pun ada juga bila ditanya bertubi-tubi soalan daripada SN Zarina Ismail (credit untuk beliau kerana sangat menaga kami dan memberi inspirasi). Tak lupa juga SN Zalinawati dan SN Noor Amimah yang telus meneliti kami ketika kami terkial-kial memasang A to Z ambu bag. Untuk SN Nooraini yang sangat menceriakan keadaan, selalu mention pasal degree-diploma, tapi dala keadaan ceria dan tak offensive, kami senang menerima. Buat SN Basariah yang selalu merendah diri di kala sahabat-sahabat staf melambung-lambung beliau sebagai 'best student' untuk post basic Cardiac Care, layanan dan penjagaan buat patient pun tip top.SN Intan juga, sangat sporting dan comel..Dan juga buat SN yang lain, yang tak sempat shift sama-sama.

  1. Menjadi staf yang baik
  2. Menjadi staf yang 'knowledgeable'
  3. Menjadi teman kerja yang baik
  4. Menjadi role model yang baik
  5. Menjadi TITIK PERUBAHAN untuk masa depan
Menjadi staf yang baik tidak cukup sekadar melayan baik patient kita dengan lemah lembut dan budi bahasa, menjadi staf yang baik harus perlu ada disiplin, harus 'attitude', harus ada 'knowledge' dan harus ada jiwa demi untuk mekukan yang terbaik buat patient. Di CCU, staff nurse dan medical officers menunjukkan sikap dan sifat yang baik sekali, berlandaskan matlamat, segalanya yang terbaik untuk patient. Di sini, saya melihat staff nurse yang bersemangat melengkapkan diri dengan knowledge untuk patient, disiplin yang baik untuk patient, sikap yang baik untuk patient. Dan insyaALLAH, kebaikan itu kebali pada orang yang memberi kebaikan.. ~Happiness is most felt by those who give if away~


Di sini saya kembali menghidupkan semangat saya untuk dunia kejururawatan (dunia yang lebih saya kenali sebagai dunia 'antara dua pengakhiran'. Sesungguhnya, Nursing ini terbentang luas sebagai jalan menuai pahala dan kebaikan. Telah dijanjikan bukan, barangsiapa melakukan kebaikan, maka untuknya berganda-ganda kebaikan. Lagi-lagi, kebaikan yang kita pasakkan niat 'lillah taa'la', pasti nilainya berganda-ganda ditambah dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka..yang penting, kita mencorakkan langkah kita, ke mana arah kita, macam mana pengakhiran kita..
~ Destiny is not a matter of chance. It is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved~

Belajar untuk menghormati untuk dihormati. Maka benarlah bila orang kata, bila kita hormat orang, orang akan hormat kita.
.

~It is not sufficient to be worthy of respect in order to be respected.

fiey ahmad
=)