IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Tuesday, April 28, 2009

Ekspedisi Mendaki Gunung Merapi, Padang, Indonesia (20-25 April 2009)

3 comments:
Ekspedisi kali ini memang menjadi antara pengalaman paling berharga dalam hidup..Banyak sangat pengajaran hidup yang dikutip sepanjang perjalanan pergi dan pulang..

Perjalanan 6 hari 5 malam ini merupakan antara beberapa program yang harus diikuti pada tempoh masa yang sama. Namun, ekspedisi ini juga yang terpilih untuk diikuti sedangkan ia adalah pilihan terakhir sekali di awalnya.

Ekspedisi ini merupakan pendakian gunung yang pertama buat saya. Selama ini setakat 'jungle trekking', bawa air mineral sebotol, perjalanan 30 min- 1 jam saja. Tapi kali ini, saya mendaki dengan muatan 11kg di belakang. Pengalaman yang menakjubkan. Huhu..

Butiran Expdedisi Padang, Indonesia.

Tempat: Padang, Indonesia
Tarikh : 20-25 April 2009
Peserta: 28 ahli Adventure & Recreational Club (ARC) UIAM
Kendalian: Majlis Pencinta Alam, Politeknik Andalas, Padang Indonesia

Tempat-tempat menarik yang kami kunjungi antaranya ialah:
  • Gunung Merapi
  • Danau Malinjau
  • Jam Gadang, Bukit Tinggi
  • Padang Kota, Padang
Cerita fasa 1^

1) Gunung Merapi
  • Jenis gunung : Gunung berapi hidup tak aktif.Mempunyai beberapa kawah tapi hanya satu kawah yang masih hidup dan berasap sulphur dengan hebatnya ketika kami berada di puncak.
  • Ketinggian : 2981 m dari paras laut
  • Puncak sebenar tidak dijejaki kami, sekadar melihat dari jauh kerana trek ke sana amat merbahaya, hanya seorang sahaja boleh melalui itu pada satu masa, keadaan yang berkabus juga membahayakan lagi keadaan.
  • Perjalanan dari kaki gunung ke puncak memerlukan lebih kurang 6 jam dengan 2 hentian ( 1st base pada sejam pertama dan bermalam di 2nd base selepas 3jam mendaki). Cuaca pagi, masyaALLAH, sejuk yang amat..dengan kabus yang sangat tebal. Hajatnya nak menyaksikan matahari terbit, tapi, dek terlalu sejuk dan masih gelap, kami memutuskan untuk tunggu hari cerah sikit sebelum mendaki ke puncak.
  • Pemandangan sedari awal perjalanan hinggalah ke puncak amatlah menakjubkan. Maha Suci ALLAH yang menciptakan segala sesuatu..Perasaan yang tak terungkap..Pengalaman yang tidak mungkin dapat dirasai di kala waktu biasa di tempat biasa. Terima kasih Tuhan kerana memilih aku untuk menyaksikan keagunganMU melalui ciptaanMu..Terasa rendahnya diri, kecil dan dhaifnya aku sebagai hamba.

Untuk fasa 1 cerita ekspedisi ke Padang, Indonesia berakhir di sini..Esok harus bangun awal untuk 'clinical posting' di ward ENT, 'office hour' 8 pagi- 5petang..

Sunday, April 26, 2009

Semoga diberi kekuatan..

1 comment:
Salam..

Hari ni hari kedua 'post' ekspedisi mendaki Gunung Merapi, Padang Indonesia..Banyak ingin diceritakan, dikongsi bersama sahabat2. Tapi, tahap kekuatan badan dan minda agak tidak mengizinkan kerana saya berharap dapat menulis dalam keadaan yang baik, tenang dan aman agar segala maklumat dan isi dapat disampaikan sebaik mungkin..

Hari ini sistem pertahanan badan berada di bawah paras normal mungkin..
Hidung terasa sangat pedih dan berair tak henti-henti lagi sejak petang tadi. Masa bersukan tak pula begini..Mata sudah terasa sangat pedih dan berair asyik..Tekak dah makin menjadi- jadi sakitnya, minum air pun tidak banyak kesannya. errm..'muscle' pun da terasa kesan 'inflammatory action' dalam badan ni.

hmm..sedaya-upaya bertahan. Esok sudah bermula 'clinical posting ' peringkat kedua..Di klinik Eye & ENT (Mata, Telinga, Hidung dan Tekak)..Berharap dapat sembuh sebelum tengah hari esok. Kang, tak pasal-pasal saya pula yang jadi 'patient' esok..

"Allah, andai ini tanda kasih sayangMU, aku terima dengan hati yang terbuka..
Peganglah hatiku ini supaya senantiasa dekat dan ingat pada Mu, jangan Kau lepaskan ia walau sekadar sekelip mata ataupun untuk kadar yang lebih singkat dari itu...

Ku damba redha dan keampunanMu, Tuhan..Aminn"

Sunday, April 19, 2009

Kekangan-kekangan Meng-Update blog..

1 comment:
salam..

Semoga sejahtera semua sahabat-sahabat..

Huhu, seminggu sudah saya tidak menge-post entry di blog ni..banyak kekangan yang tak dapat dielakkan..tapi dengan adanya kekangan-kekangan ini yang mendorong untuk diri lebih berusaha mengatasinya dan mengajar diri untuk lebih menghargai masa- masa yang ada..

Antaranya..
  1. Lepas exam, masa untuk rumah..bila dah duduk kat rumah, al-maklumlah..tak banyak masa, sebab masa untuk family dan diri sendiri tak terkejar, lagi- lagi lah dengan anak saudara yang bertiga tu..
  2. Balik Terengganu tak bawa laptop ikut sekali..Maximizing time..Being home..
  3. Lepas ni, seminggu ke PAdang Indonesia. Pergi mendaki gunung kat sana.. 20-25hb April 2009..
Ada perkara yang kita tak mampu nak elak, tak mampu nak control., Then, just let it be.. Yang penting, we have to plan our steps, then move with them..Sometimes, thing does'nt happen as planned, go through with smile (try to be a person who is good in hiding emotion, huhu)..We will be happy, when we make others happy..

p/s: Agak penat hari ini, semalam tidur hampir 4 pagi.. Menyiapkan cupcakes kakak ku yang tersayang..Gonna miss u, sis..

Sunday, April 12, 2009

Detik-detik yang Berharga...

No comments:
10 April 2009, hari ulang tahun kelahiran adik bongsu kami(nombor 11 dalam family) yang ke 12, Muhammad Hafizuddin Ahmad. Dan seperti biasalah kakak dia yang sorang ni selalu aje lupa, padahal da ingatkan diri sendiri 2, 3 hari lepas. Bila agaknya nak lebih 'alert' ni. Huhu..

Tapi, tak mengapa. Kami adik-beradik 'plan' nak 'celebrate' beramai-ramai nanti, bila dah semua orang pun ada kat rumah.

"Sabar ye, apih..Dan moga 'mung' makin matang dan membesar sebagai orang yang berguna untuk agama, keluarga dunia akhirat..K.Fi doakan mung semoga dilindungi selalu"

Ermm, balik mengejut kali ni pun tak sempat nak beli apa-apa. Sempat beli Chipsmore and Crisp je. Tu pun anak-anak saudara ku yang comel itu dah gembira sangat..Ermm, rasanya bukan gembira sebab dapat coklat, tapi sebab mak cik diorang balik kan..*senyum besar*
-berasa penting kan? hihihi

Yang penting kami menikmati petang itu dengan coklat itu. Sempat lagi pergi jenguk adik ke 2 bongsu kat Sek. Men Agama Ladang, Muhammad Amirul Iskandar Ahmad (Amit, Ting.3). Dah makin besar da Amit ni. Semoga akalmu dan imanmu meningkat seiring dengan kedewasaanmu ye, adikku Amit.

Terlalu banyak ingin diceritakan di sini. Tapi seperti biasa, masa bergerak tanpa tunggu sesiapa.

Dah pukul 5.12 petang. Latihan untuk mendaki gunung hujung minggu depan masih tak cukup lagi..huhuhu..masa untuk berjoging dan bermain..walaupun hari esok masih ada 'paper exam'.

Pepatah Arab berkata:

'Akal yang sihat berada di dalam tubuh yang sihat..'



p/s: tak sempat nak post semalam, line tak clear

Friday, April 10, 2009

Going Back to Where I belong..

1 comment:
I have finished my 3rd last paper..Healthcare Information System, 1 credit hour

As the other previous paper, I went into exam hall with somehow like 'no feel'. Hihi. *Grin*

But I do believe in one thing, Allah will help those who seek His help..Huhu, but with efforts as well la kan. Urmm, alhamdulillah, it is over with smile. I leave the rest to Him, and I know I'll get what I give in this exam. Even it is hard when 'he' is not with me nowadays, but I do feel 'his' warm love and spirit, blessing 'his' naughty daughter (hoping so- *smile*).

Today, it is already 3months ayah being 'there', and mak 2 years 7 months..

"Mak, Ayah, I pray for your happiness being there, and I do love both of you forever. Thanks for everything you sacrifice for me along the time we were together and only ALLAH can reward you what you deserve for..I dedicate all my love for both of you..Miss u much"

Today, I am going back to where I belong. My home. The most precious place ever in my life. Just cant wait to be there, meeting CikWan and my luvly nieces ( Esyah Batrisyia Nazihah Kakak Along-nama dia bagi sendiri hihihi, Arra and Amna@ Dedek), Ayie, Amit, Hafiz, Fendi and K.Da-and their coming baby also.

Esyah's voice really drives me smile last.

"Cik Pie, bila balik, esyah rindu cik Pie ni.." Esyah said on phone last week..Really made my tear burst..Huhu..

"Cik Pie, g Yayent (Giant), nak air Tategen (Nutrigen).." Arra also did want to miss talking to me...

Yeay..I am going home, no matter what is there, joyful or sorrow, I just wanna be there. The place I belong to.

I got not much time to write more.

I need to go now (11 48 am)..

Wishing me a safe journey

I love to be home no matter what =,)

Wednesday, April 8, 2009

Setiap Sesuatu itu ada maknanya..

3 comments:

3_190-191

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal 'Imraan 3: 190-191]


Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..Setiap sesuatu itu ada hikmah yang tersembunyi, didatangkan dalam bentuk ujian dan juga nikmat. Terpulang kepada yang menerimanya. Dalam situasi harian seperti berikut.

"Ish, tak sukanya aku demam macam ni, hidung berair-air, mata ni gatal-gatak je asyik, nak belaja pun susah..", kata si A.

Dalam situasi yang hampir sama, tapi sedikit berbeza,

"Emm, sakit-sakit macam ni buat aku lebih sedar bahawa aku manusia biasa, Allah nak bersihkan dosa-dosa kecil aku ni mungkin, kalau aku bersabar sikit, mesti berkat Allah bagi itu akan tolong aku walau aku tak belajar macam orang lain..", kata si B.

Perkara yang hampir sama keadaannya, tapi berbeza impaknya jika berbeza cara PENERIMAAN dan PEMIKIRANNYA juga berbeza..Cara terima dan fikir yang menentukan kesan seterusnya, sama ada kita akan terus mengomel dalam keadaan 'stress' dan menambahkan keserabutan yang ada, ataupun kita ambil masa untuk berfikir sejenak dan kembali kepada pergantungan kita padaNYA dalam setiap perkara, dengan berfikir sebijaknya, kita akan menerima dengan hati yang lebih terbuka, malah tersenyum barangkali, memikirkan bahawa setiap perkara yang Allah datangkan kepada kita ada maknanya, tanda kita masih dalam jagaanNYA, dalam kasih sayang dan rahmatNYA..

Allah menyediakan kita limpahan ayat-ayatNYA untuk kita, daripada sekecil-kecil naskhah al-Quran sehingga sebesar-besar alam semesta ini. Terpulang kepada kita untuk menilai, menggunakan akal fikiran kita sebaiknya.

Dibiar ia lusuh

Diasah ia kukuh.

2_76

“Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?” [al-Baqarah 2: 76]


Wallahua'lam

Tuesday, April 7, 2009

Daripada Seorang Sahabat..

2 comments:

"Bila engkau memandang segalanya daripada TuhanMU,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan hatimu sakit,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,

pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan DIA tidak tahu betapa deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak,
mudah akrab denganNYA..."

Semoga kita termasuk di dalam orang-orang yang terpilih untuk didekatkan padaNYA dengan limpahan kasih sayang dan rahmatNYA...

Ingatan demi ingatan diberikan padaku..

"Seringkah kita terfikir,
bagaimana mulianya dan bersihnya hati Nabi kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walaupun disakiti,
tetap menyeru walaupun diusir pergi,

Kenapa kita mudah benci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila kita dinasihati,

Ayuh kita bangkitkan diri,

agar segala yang indah menghiasi peribadi,

kerana qudwah kita adalah Nabi,

kerana itulah sifat hamba ALLAH yang hakiki..."


p/s: Terima Kasih Sahabat..Semoga kamu mendapat yang terbaik daripadaNYA jua..